Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

TRAVELOG: KERJASAMA KETENTERAAN NEGARA-NEGARA ISLAM (MALAYSIA, INDONESIA & BRUNEI)



TRAVELOG: KERJASAMA KETENTERAAN NEGARA-NEGARA ISLAM (MALAYSIA, INDONESIA & BRUNEI)

Oleh:
Dr Fathul Bari bin Mat Jahya (DFB)
23 Rabiul Akhir 1437H / 2 Februari 2016

1. Dunia kembali panik apabila lahir semula ideologi "Khawarij/Teroris", umat Islam hilang punca kerana tertindas dengan fitnah dan persepsi media yang jahat.

2. Hampir ke semua berita-berita yang diputarkan secara tidak adil mengaitkan Islam dengan keganasan, ekstremisme dan terorisme. Berulang-ulang sehingga apabila disebut terorisme, akan terbayang di minda manusia; janggut, jubah, bendera hitam, nama-nama gelaran (laqab/kunyah), jihad, khalifah, bai'ah, hukum Allah, salafi dan lain-lain.

3. Walhal kesemua hal di atas langsung tiada hubungkait dengan keganasan, sebaliknya teroris menggunakan nama-nama di atas untuk mencipta 'branding'. Strategi 'marketing' seperti ini, merupakan perkara biasa. Namun tetap menghairankan apabila umat Islam sendiri terpengaruh sehingga alergi dengan perkara-perkara tersebut.

4. Di atas kekeliruan inilah, timbul inisiatif Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Salman untuk mewujudkan kerjasama ketenteraan bersama negara-negara Islam yang lain atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai TAHALUF AL-'ASKARI AL-ISLAMI. Alhamdulillah, Malaysia adalah di antara 34 negara yang menyambut baik usaha mulia ini.

5. Alhamdulillah, saya sekali lagi diberi peluang untuk bersama-sama rombongan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin ke Arab Saudi. Kali ini, Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan Timbalan Menteri Pertahanan Brunei Lieutenant General Dato Abdulaziz Mohammed Tameet turut serta bagi merealisasikan kerjasama ketenteraan negara-negara Islam di peringkat Asean. Pada pandangan saya, hubungan akrab antara Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Pertahanan Arab Saudi Muhammad bin Salman adalah faktor utama kejayaan pakatan ini.

6. Pada 28 Januari 2016, selepas Subuh di dalam Masjid Nabi di Madinah, bersebelahan Maqam Rasulullah Sallallahu alaihi wa salam, saya disapa oleh Datuk Seri Hishammuddin; "Ustaz Fathul, mari berbual dan ambil nasihat dari pak Ryamizard (Menteri Pertahanan) Indonesia." Saya lantas duduk sebelah beliau. Dan beliau mula berkongsi bagaimana Kementerian Pertahanan Indonesia di bawah kepimpinan beliau menangani ancaman terorisme.

7. Menteri Pertahanan Indonesia membangkitkan soal "bughoh"/pemberontak. Kata beliau: "Golongan teroris adalah "bughoh", maka mereka wajib diperangi". Beliau juga menukilkan beberapa maksud dari hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wa salam tentang hal tersebut. Kemudian beliau mengatakan bahawa, perlu diperjelaskan kepada umat Islam tentang kepentingan patriotisme dan hubungannya dengan agama supaya jihad itu dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas.

8. Datuk Seri Hishammuddin mencelah, kata beliau: "Sebab itu perlu ada kerjasama yang baik di antara ulama dan pemimpin..". Bapak Ryamizard dan saya mengangguk tanda bersetuju sepenuhnya dengan pandangan beliau. Dunia pasti huru-hara jika tiada keakraban di antara ulama dan umara.

9. Selepas mengerjakan umrah pada hari yang sama, ketika menunggu solat Isya, saya dan Ketua Pengarah KAGAT Dato Kamaruddin sempat berbual dengan Datuk Seri Hishammuddin. Beliau menceritakan tentang hubungan baik Malaysia-Arab Saudi, kejayaan pertemuan antara Raja Salman, Timbalan Raja Muda Muhammad bin Salman dengan deligasi Malaysia, Indonesia dan Brunei, seterusnya tindakan yang perlu diambil.

10. Antara yang menarik perhatian saya adalah usaha meluruskan salah faham media antarabangsa tentang Islam. Istilah "Islamophobia" timbul kerana tangan-tangan sebahagian umat Islam yang tidak bertanggungjawab. Maka, kesempatan ini diambil oleh musuh-musuh Islam lantas memburuk-burukkan ajaran Islam. Seolah-olah Islam adalah agama teroris.

11. Selain itu, Datuk Seri Hishamuddin juga meminta agar agamawan saling bekerjasama memberikan penjelasan yang tuntas serta kefahaman yang betul kepada masyarakat awam perihal jihad, negara Islam dan sebagainya. Kata beliau: "Ustaz, soal terorisme ini, dia merentasi apa jua fahaman dan aliran bahkan merentasi agama". "Apa-apa sahaja yang tidak wasathiyyah, boleh membawa kepada ekstremisme", ujar beliau lagi.

12. Harapan saya; moga kerjasama Kerajaan Arab Saudi, Malaysia, Indonesi dan Brunei terlaksana dengan jayanya. Saya juga berharap usaha Tahaluf al-'Askari al-Islami disokong penuh oleh semua negara-negara Islam dan berfungsi sebagai benteng pertahanan dari sebarang ancaman terorisme. Firman Allah, maksudnya: "Hendaklah kalian saling tolong-menolong dalam hal-hal kebajikan dan ketaqwaan.." (QS al-Maidah, 5:2). Tentunya kebajikan yang paling besar adalah menjaga agama dan nyawa manusia.

Terima kasih Menteri Pertahanan Malaysia YB Datuk Seri Hishammudin dan rombongan dari Kementerian Pertahanan Malaysia di atas usaha murni ini. Barakallahufikum.


Datuk Seri Hishammuddin (kiri) bersama Ketua Pengarah Kagat, Mejar Jeneral Dato' Kamarudin Bin Mamat (tengah)


Dr Fathul Bari bersama İsmet Yılmaz, Speaker Dewan Negara yang juga bekas Menteri Pertahanan Turki (kiri)


Datuk Seri Hishammuddin (kiri) bersama Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu (kanan)


Di atas kerusi Jeneral TNI (Purn.) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Indonesia


Dari kiri, Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd, Timbalan Menteri Pertahanan Brunei, Jeneral TNI (Purn.) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Indonesia dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia









Like | Follow | Subscribe

Telegram (Please Join)
Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
TRAVELOG: KERJASAMA KETENTERAAN NEGARA-NEGARA ISLAM (MALAYSIA, INDONESIA & BRUNEI) Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:07 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.