Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Kerjasama UMNO-Pas: 'Jangan ungkit kisah lama kalau hendak bersama' - Dr Fathul



KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pemimpin kanan Pas bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati UMNO merupakan langkah dangkal dan kurang rasional.

Yang Dipertua Ilmuwan Malaysia (iLMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, faktor perselisihan silam merupakan alasan lemah yang tidak munasabah sama sekali.

"Mereka masih menggunakan isu lama, sejarah lama untuk menghukum orang hari ini. Kita tidak nafikan mungkin dahulu ada pemimpin UMNO ada melakukan kesalahan dan mungkin itu perselisihan faham yang berlaku antara pemimpin di zaman itu. Jangan jadikan kesalahan dulu untuk menghukum pemimpin sekarang.

"Sangat mengecewakan apabila ada seorang pemimpin parti Islam yang sepatutnya berbicara soal perpaduan di atas dasar agama kini meletakkan prasangka buruk kepada seseorang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Dr Fathul mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dan seorang lagi Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang bertegas tidak akan ada gabungan antara parti itu dengan UMNO.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO yang terjalin kini hanya melibatkan hal ehwal Islam dan yang berkaitan sahaja.

Dalam pada itu jelas Dr Fathul, Pas juga diminta merenung kembali sejarahnya dahulu yang bekerjasama dengan DAP.

"Dahulu mereka berprasangka baik dengan DAP apabila bersama, kini mereka tidak senada pula apabila hendak bersama UMNO.

"Bila sudah selesai letaklah syarat hendak jadi menteri atau apa sahaja. Perkara yang dibuat pemimpin Pas kini hanya mengelirukan orang. Mereka seharusnya mengikut contoh pemimpin nombor satu parti," ujarnya.

Terdahulu, pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Majlis Perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan.

Ia dilihat langkah awal penyatuan atau kerjasama di antara Pas dan UMNO.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed turut melahirkan harapan agar 'tali perpaduan' Najib kepada Pas dapat dilaksanakan selari dengan syiar Islam.

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu harus diperhalusi dengan perbincangan yang berterusan antara kedua-dua pihak supaya ikatan itu dapat dijayakan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Datuk Seri Hishammuddin sebelum ini juga menyatakan, kerjasama antara Pas dan UMNO yang terjalin kini hanya melibatkan hal ehwal Islam dan yang berkaitan. -Astro Awani



Like | Follow | Subscribe

Telegram (Please Join)
Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Kerjasama UMNO-Pas: 'Jangan ungkit kisah lama kalau hendak bersama' - Dr Fathul Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 7:45 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.