Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Insiden Di Tanah Haram 2015 Dari Sudut Positif





Tatkala ramai orang memperkatakan tentang insiden ini dari sudut yang negatif, di sini saya ingin memperkatakan beberapa hal yang positif dan mengharap agar ia menjadi penenang kepada keluarga di mati.

Juga semoga dapat memberikan semangat kepada kita semua agar dimatikan di dalam khusnul khotimah.


1. Mati Ketika Menunaikan Haji

Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma;

بينما رجل واقف بعرفة، إذ وقع عن راحلته فوقصته، أو قال: فأقعصته، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: اغسلوه بماء وسدر، وكفنوه في ثوبين -وفي رواية: في ثوبيه- ولا تحنطوه -وفي رواية: ولا تطيبوه- ، ولا تخمروا رأسه ولا وجهه ، فإنه يبعث يوم القيامة ملبيا

"Ketika seseorang tengah melakukan wukuf di Arafah, tiba-tiba dia terjatuh dari haiwan tunggangannya lalu haiwan tunggangannya menginjak lehernya sehingga meninggal. Maka Nabi sallallahu alaihi wa sallam berkata: "Mandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara lalu kafanilah dengan dua potong kain – dan dalam riwayat yang lain: "dua potong kainnya"- dan jangan diberi wewangian. Jangan ditutupi kepala dan wajahnya. Sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan bertalbiyah." [H.R.Bukhari no. 1265 dan Muslim no 1206].

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda;

من خرج حاجا فمات كتب له أجر الحاج إلى يوم القيامة ومن خرج معتمرا فمات كتب له أجر المعتمر إلى يوم القيامة ومن خرج غازيا فمات كتب له أجر الغازي إلى يوم القيامة

"Barangsiapa keluar untuk berhaji lalu meninggal dunia, maka dituliskan untuknya pahala haji hingga hari kiamat. Barangsiapa keluar untuk umrah lalu meninggal dunia, maka ditulis untuknya pahala umrah hingga hari kiamat. Dan barangsiapa keluar untuk berjihad lalu mati maka ditulis untuknya pahala jihad hingga hari kiamat." [HR Abu Ya'la dan dishahihkan Albani dalam Sahih At Targhib 1114].


2. Mati Tertimpa Benda Keras / Runtuhan

Dari Jabir bin Atik radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

"Selain yang terbunuh di jalan Allah, mati syahid ada tujuh: mati kerana taun syahid, mati kerana tenggelam syahid, mati kerana sakit tulang rusuk syahid, mati kerana sakit perut syahid, mati kerana terbakar syahid, mati kerana tertimpa benda keras syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid." [HR. Abu Daud 3111 dan dishahihkan Al-Albani].


3. Mati Pada Hari Jumaat

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

"Tiada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya kecuali Allah Subhanahu wa taala akan menghindarkannya dari fitnah kubur." [HR. Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma. Dalam Ahkam al-Janaiz, asy-Syaikh al-Albani menyatakannya hasan atau sahih dengan banyaknya jalan periwayatan].


4. Disolatkan Oleh Ramai Orang

Dari Kuraib dia berkata,

أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ أَوْ بِعُسْفَانَ فَقَالَ يَا كُرَيْبُ انْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ. قَالَ فَخَرَجْتُ فَإِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ تَقُولُ هُمْ أَرْبَعُونَ قَالَ نَعَمْ. قَالَ أَخْرِجُوهُ فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ »

"Anak Abdullah bin Abbas di Qudaid atau di Usfan meninggal dunia. Ibnu Abbas lantas berkata, "Wahai Kuraib (bekas budak Ibnu Abbas), lihat berapa banyak manusia yang mensolatkan jenazahnya." Kuraib berkata, "Aku keluar, ternyata orang-orang sudah berkumpul dan aku mengkhabarkan pada mereka pertanyaan Ibnu Abbas tadi. Lantas mereka menjawab, "Ada 40 orang". Kuraib berkata, "Baik kalau begitu." Ibnu Abbas lantas berkata, "Keluarkan mayat tersebut. Kerana aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lantas disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berbuat syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafaat (doa) mereka untuknya." [HR. Muslim no. 948].

Dari Aisyah radhiyallahu anha, dia berkata dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam bahawa beliau bersabda,

مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّى عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ

"Tidaklah seorang mayat disolatkan (dengan solat jenazah) oleh sekelompok kaum muslimin yang mencapai 100 orang, lalu semuanya memberi syafaat (mendoakan kebaikan untuknya), maka syafaat (doa mereka) akan diperkenankan." [HR. Muslim no. 947].

Dari Malik bin Hubairah, dia berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّى عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ

"Tidaklah seorang muslim mati lalu disolatkan oleh tiga saf kaum muslimin melainkan doa mereka akan dikabulkan." [HR. Tirmidzi no. 1028 dan Abu Daud no. 3166. Imam Nawawi menyatakan dalam Al Majmu' 5/212 bahawa hadis ini hasan. Syaikh Al Albani menyatakan hadis ini hasan jika sahabat yang mengatakan]



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Insiden Di Tanah Haram 2015 Dari Sudut Positif Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.