Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

7 Syarat La Ilaha Illallah






Syarat-syarat la ilaha illallah ada 7 iaitu;

1. Al–Ilmu, iaitu mengetahui makna la ilaha illallah, sebagaimana firman Allah subhanahu wa taala yang;

"kecuali orang yang mengakui kebenaran dan mereka mengetahuinya." [QS. Az-Zukhruf: 86]

Berkata para ulama tafsir;

"mengakui kebenaran maksudnya mengakui kebenaran kalimah la ilaha illallah, dan mengetahuinya maksudnya memahami dengan benar apa yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka iaitu tentang kalimah la ilaha illallah."

2. Al–Yaqiin, iaitu meyakini makna la ilaha illallah tanpa ada keraguan sedikit pun, Allah subhanahu wa taala berfirman;

"sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu." [QS. AL-Hujuraat: 15]

3. Al-Ikhlas, iaitu memurnikan seluruh ibadah hanya kepada Allah subhanahu wa taala dan menjauhi kesyirikan, baik syirik besar maupun syirik kecil, Allah subhanahu wa taala berfirman yang;

"Maka beribadahlah kepada Allah dengan tulus, ikhlas beragama kepada-Nya. Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni." [QS. Az-Zumar; 2-3]

4. Ash-Shidqu iaitu jujur, maksudnya adalah mengucapkan kalimah ini dengan pembenaran di dalam hati. Barangsiapa yang mengucapkan kalimah ini dengan lisannya akan tetapi hatinya mendustakannya maka dia adalah seorang munafik dan pendusta. Allah subhanahu wa taala berfirman;

"Dan di antara manusia ada yang berkata; kami beriman kepada Allah dan hari Akhir padahal sesungguhnya mereka bukanlah orang-orang yang beriman, mereka menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari." [QS. Al-Baqarah: 8-9]

5. Al–Mahabbah (cinta), maksudnya mencintai kalimah ini dan apa yang dikandungnya, sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke 31; "…Dan antara manusia ada yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cinta seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah…"

6. Al-Inqiyaad, iaitu tunduk dan patuh. Seorang muslim harus tunduk dan patuh terhadap isi kandungan kalimah ini, sebagaimana firman Allah;

"Dan kembalilah kepada Rabbmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong." [QS. Az–Zumar: 54]

7. Al-Qobuul, iaitu menerima kandungan dan kesan atau akibat dari kalimah ini, sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah;

"Sungguh, dahulu apabila dikatakan kepada mereka; la ilaha illallah, mereka menyombongkan diri, dan mereka berkata; "Apakah kami harus meninggalkan sesembahan kami kerana seorang penyair yang gila". [QS. Ash-Shoofaat: 35-36]

Hal ini menunjukkan mereka tidak mahu menerima la ilaha illallah.

Inilah 7 syarat kalimah لاَ إِلهَ إِلَّا الله yang harus difahami dan diamalkan oleh setiap muslim, tidak hanya sekedar menghafalnya sahaja, akan tetapi hendaklah diiringi dengan amal perbuatan dalam kehidupan sehari-hari.



11 Oktober: Daurah bertajuk "Manhaj Ahli Sunnah Dalam Menyatukan Umat" hasil tulisan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tersohor, Syaikh Dr. Abdurrazzaq bin Abdil Muhsin Al Badr. Beliau adalah salah seorang pengajar di Universiti Islam Madinah dan juga pengajar di Masjid Nabawi.

Salinan kitab ini boleh dimuat turun di pautan yang disertakan di bawah.

Daurah yang diberi nama "FOKAS" ini akan berlangsung setiap bulan dengan memfokuskan kitab-kitab kecil ahli sunnah. InsyaAllah.

Video dibahagikan kepada empat bahagian agar memudahkan pendengar dan penonton membahagikan masa untuk mengikuti rakaman ini. Barakallahufikum. -DRFATHULBARI.COM

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Download Kitab | PDF


FOKAS: Fokus Kitab Ahli Sunnah
Kitab: Manhaj Ahli Sunnah Dalam Menyatukan Umat

Penulis: Syaikh Dr Abdurrazzaq Abdil Muhsin Al Badr
Penyampai: Dr Fathul Bari Mat Jahya

Tarikh: 11 Oktober 2015
Masa: 8:30 pagi - 4:30 petang

Semoga bermanfaat. Barakallahufikum.


Video Penuh:

Part 1/4 - https://www.youtube.com/watch?v=jY84IPLPqGY
Part 2/4 - https://www.youtube.com/watch?v=uMqU3inbi2s
Part 3/4 - https://www.youtube.com/watch?v=Ta1GrqaZW-E
Part 4/4 - https://www.youtube.com/watch?v=eA1Extd-gJM


Pecahan Bab:

FOKAS: Pengenalan Kitab Manhaj Dalam Menyatukan Umat
https://www.youtube.com/watch?v=RVRvTKRBx3U

FOKAS: Bab Dalil-Dalil Larangan Perpecahan Dari Al-Quran & As-Sunnah
https://www.youtube.com/watch?v=_TPC_YpldTg

FOKAS: Bab Wasiat Allah Kepada Nabi Supaya Tidak Berpecah
https://www.youtube.com/watch?v=EPWEMjZoGmY

FOKAS: Bab Penyelesaian Paling Berkesan Untuk Isu Perpecahan Umat -1
https://www.youtube.com/watch?v=eyMEvwamDBM

FOKAS: Bab Penyelesaian Paling Berkesan Untuk Isu Perpecahan Umat -2
https://www.youtube.com/watch?v=5Jwtww2HKWk

FOKAS: Bab Penyelesaian Paling Berkesan Untuk Isu Perpecahan Umat -3
https://www.youtube.com/watch?v=TwbX38FfwPo

FOKAS: Bab Penyelesaian Paling Berkesan Untuk Isu Perpecahan Umat -4
https://www.youtube.com/watch?v=WrESRaisKiE

FOKAS: Bab Penyelesaian Paling Berkesan Untuk Isu Perpecahan Umat -5
https://www.youtube.com/watch?v=jrmqHA7tnqo

FOKAS: Bab Penyelesaian Paling Berkesan Untuk Isu Perpecahan Umat -6
https://www.youtube.com/watch?v=eRbLOWdQSm0

FOKAS: Penutup Kitab Manhaj Dalam Menyatukan Umat
https://www.youtube.com/watch?v=dfysw3szGqk


Segmen Terpilih:

Menjawab Syubhat Kassim Ahmad Tunai Haji Bulan Lain Elak Kesesakan
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028381797206648/

Kisah Syaikh Aiman Al Daqqaq Difitnah Sebagai Terrorist
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028239583887536/

Maksud Al Urwa-Tul-Wusqa Yang Sebenar
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028388480539313/

Bantahan Ke Atas Golongan Mendahulukan Akal Dari Dalil
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028399920538169/

Bantahan Ke Atas Golongan Mendahulukan Tokoh Dari Dalil
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028412980536863/

Abu Jidal-Kaki Debat Sila Tonton Video Ini
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028429287201899/

Siapa Kata Ada Bidaah Hasanah Seperti Menuduh Nabi Pengkhianat
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028873353824159/

Penentuan Tempat Solat Perlu Keizinan Pemerintah
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028884457156382/

7 Syarat La Ilaha Illallah
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028903500487811/

2 Rukun La Ilaha Illallah
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028922210485940/

Guru Paksa Saya Cukur Janggut
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028961433815351/

Fenomena Jerebu Tanda Kiamat?
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1028974127147415/

Adakah Pakai Inai Itu Sunnah?
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1029214637123364/

Patutkah Malaysia Terima Pelarian Syria Jika Penganut Syiah?
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1029227663788728/

Boleh Jatuh Kafir Jika Tolak Hukum Hijab
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1029229567121871/

Isteri Pemalas Ditegur Tak Jalan
https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1029238403787654/




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
7 Syarat La Ilaha Illallah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 11:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.