Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Saranan Puteri Umno Sungai Siput Selaras Dengan Perlembagaan



SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, saranan Puteri Umno Bahagian Sungai Siput agar penampilan atau pemakaian Puteri Umno haruslah bercirikan Islam adalah selaras dengan perlembagaan Umno.

Katanya, secara prinsipnya beliau bersetuju dengan saranan itu kerana dalam perlembagaan Umno sendiri telah menggariskan peruntukan bahawa perjuangan Umno untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Ini bukan sahaja soal etika berpakaian bahkan dari sudut perwatakan, dan saya kira saranan itu bukan bererti hendak menghukum semua Puteri tidak berciri berpakaian muslimah atau tidak saya rasa dia tidak bermaksud sedemikian.

"Cuma sebagai satu nasihat dan muhasabah supaya ia kena dengan perlembagaan Umno itu sendiri, kita hendak membawa perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara jadi kita tunjuk contoh kepada masyarakat pada umat Islam kita bukan sahaja memperjuangkan agama bahkan dalam kehidupan kita sendiri kita melaksanakan agama," katanya.

Dalam pada itu, Fathul menggesa agar Puteri Umno menyambut saranan itu dan mengikut saranan tersebut.

"Nasihat yang sangat baik...ia perlu diikut," katanya.

Sebelum ini dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Sungai Siput baru-baru ini, salah seorang ahlinya mencadangkan agar Puteri Umno berpakaian seperti 'seorang muslimah sebenar'.

Terdahulu, gambar seorang ahli Puteri Umno Bahagian Sungai Siput menjadi viral selepas beliau didakwa menyeru ahli Puteri bertudung. - Sinar Harian



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Saranan Puteri Umno Sungai Siput Selaras Dengan Perlembagaan Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.