Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Perubahan Besar PAS Sehingga Ahli Berpecah #GHB



KUALA LUMPUR: Pergolakan yang melanda antara pucuk pimpinan PAS seolah menemui titik nokhtahnya apabila beberapa ahli parti itu bertindak keluar dari parti dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Hal ini secara tidak langsung memperlihatkan bentuk perpecahan dari segi ideologi yang berbeza di dalam sebuah parti Islam dimana berlaku pertembungan dari barisan ulama dan barisan 'liberalis'.

Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari berkata, sejak dari dulu golongan fundamentalis dan liberalis sukar bersama.

"Sebab itulah pada awal penglibatan mereka di dalam PAS, ada cubaan untuk mengliberaliskan keseluruhan fahaman PAS. Mereka meletakkan beberapa orang pemimpin yang seakan-akan menyokong pemikiran liberalis.

"Makin lama hal ini disedari oleh ulama PAS. Tambahan lagi baru-baru ini golongan itu kalah sekapal. Hal ini merupakan perkara yang baik buat PAS dimana mereka adalah pro ulama," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Menurutnya, pemimpin PAS harus kuat untuk mempertahankan pendirian asal penubuhan parti iaitu memperjuangkan Islam dari akar umbi.

"Saya lihat hari ini, golongan-golongan yang berkepentingan bertepuk tangan meraikan perpecahan di dalam parti yang secara jelasnya memperjuangkan agama Islam.

"Dengan pembentukkan GHB ini, bertambahlah satu perpecahan baru dalam dunia politik. PAS perlu mengambil langkah yang lebih efisyen supaya penyebaran ideologi ini tidak berjangkit di peringkat akar umbi," katanya.

Ditanya, adakah pembentukkan GHB ini bakal membawa implikasi besar terhadap rakyat Malaysia, Fathul menyatakan mereka yang menyokong liberal mempunyai ruang menyatakan pandangan berbeza tanpa ada garis panduan yang jelas.

"Sebab itulah apabila bersekongkolnya mereka dengan DAP dan PKR, walaupun secara lisannya mereka kata mereka tidak setuju benda yang tidak benar, tidak setuju LGBT dan perkara yang menggadai hak Melayu dan sebagainya tetapi realitinya itulah yang sedang berlaku.

"Dulu UMNO dihukum PAS apabila bekerjasama dengan MIC dan MCA. Demikian juga pada hari ini mereka bersama-sama berganding bahu dengan DAP dan PKR.

"Saya melihat satu perubahan yang sangat besar telah berlaku di dalam PAS hari ini yang mana perpecahan dalam kalangan ahli sendiri yang mengakibatkan politik di Malaysia bertambah tidak stabil dari masa ke semasa," katanya. - Malaysian Digest



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Perubahan Besar PAS Sehingga Ahli Berpecah #GHB Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. PAS sedari dulu berciri khawarij, wujudnya tak menambah, bahkan lbh membawa perpecahan dan perbalahan sesama Islam. Pupusnya pun tak merugikan Islam, bahkan pd aku lbh baik. GHB atau Parti Amanah pulak lbh merupakan proksi DAP (DAP Amanah Party). Islam hanya diguna sbg bahan promosi.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.