Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Nasihat Buat UMNO & Islam Keseluruhannya: Perpaduan Itu Sunnah Perpecahan Itu Fitnah



NASIHAT BUAT UMNO & UMAT ISLAM KESELURUHANNYA: PERPADUAN ITU SUNNAH PERPECAHAN ITU FITNAH

Firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara, dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran dan perpecahan sesama kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam dan perpaduan juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (QS Ali 'Imran, 103)

1) SEBAB TURUN AYAT:

Al-Imam Ibnu Kathir (w.774h) menyatakan: "Seorang yahudi lalu di hadapan lelaki-lelaki dari kaum Aus dan Khazraj yang sedang berbual dengan mesra. Si Yahudi tersebut rasa benci melihat kemesraan mereka yang suatu ketika dahulu saling bermusuhan. Maka, dia menyuruh seorang pemuda (anak buahnya) untuk sertai berbual dengan mereka dan membangkitkan cerita di zaman jahiliyyah sewaktu perang Bu’ats. Mereka mula berselisih serta bongkak dengan kegagahan masing-masing. Lama kelamaan mereka mula saling mencaci dan menimbulkan amarah kedua belah pihak sehingga kedua-dua pihak mengangkat senjata. Hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah. Baginda segera pergi menemui, menasihati serta mendamaikan mereka.

Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

"Adakah kalian masih menyeru dengan slogan jahiliyyah (taksub) sedangkan Aku berada di sisi kalian?". Nabi sallallahu alaihi wasallam kemudiannya membacakan ayat ini. Mereka menyesali apa yang mereka lakukan, kemudian mereka berpelukan berdamai dan saling mencampakkan senjata masing-masing.". (Lihat: Tafsir al-Quran al-Adzhim, oleh Ibnu Kathir, 2/90-91)

2) MORAL:

a. Allah mewajibkan perpaduan atas asas yang benar dan melarang segala bentuk perpecahan.

b. Allah mengingatkan kita bahawa perpaduan/ukhuwwah itu merupakan nikmat yang sangat besar sehingga mampu menyelamatkan manusia dari neraka.

c. Allah menegaskan bahawa perpecahan itu mengakibatkan azab dan pembalasan neraka.

d. Sememangnya musuh-musuh Islam benci melihat perpaduan umat Islam. Sejarah membuktikan bagaimana si Yahudi menghantar pengadu domba untuk melaga-lagakan serta memecah-belahkan antara kaum Aus dan Khazraj yang telah disatukan hati mereka oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam atas nama Ansar.

e. Demikian juga hari ini. Isu-isu yang berlaku dalam negara hari ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah lagi berhikmah. Namun, pengadu domba "moden" iaitu JARI yang menulis, copy, paste, share, like, tweet, retweet dan lain-lain; tidak henti-henti melaga-lagakan sesama manusia. Berhati-hatilah, jari-jari ini semuanya akan berbicara di akhirat nanti samada "AKU MEMFITNAH @ AKU MENGUMPAT @ AKU MENGADU DOMBA @ AKU BERDUSTA @ AKU SEBARKAN PRASANGKA".

Firman Allah, maksudnya:

"Pada hari itu (hari dihisab amalan manusia) kami kunci mulut-mulut mereka, sebaliknya tangan-tangan akan berbicara, dan kaki-kaki akan menjadi saksi atas segala sesuatu yang mereka lakukan" (QS Yasin, 65)

f. Analisa maklumat

Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam:

"Seseorg itu akan dinamakan sebagai PENDUSTA, sekiranya dia menyebarkan SEMUA perkara yang didengarinya." (Riwayat Muslim).

Dapat difahami bahawa bukan semua maklumat yang kita dengari atau baca itu SEMUANYA BENAR. Maka, berhati-hatilah dalam mempercayai sesuatu.

g) Jika kita berpegang dengan prinsip cintakan perpaduan, bencikan perpecahan, sudah barang pasti kita akan berhati-hati dalam mempercayai mahupun menyebarkan apa-apa maklumat yang kita perolehi kerana bimbang ianya mungkin dusta, fitnah, umpatan, adu domba dan lain-lain. Kita mungkin bahagia kerana menjadi orang pertama menyebarkan maklumat tersebut. Namun, pernahkah kita terfikir, ramai di sana menderita kerana kelalaian kita dalam menganalisa kesahihan berita.

h) Oleh itu, marilah sama-sama kita rapatkan kembali saf dan satukan hati-hati kita atas nama ISLAM bagi membuktikan betapa kita mensyukuri nikmat PERPADUAN yang Allah anugerahkan kepada kita selama ini.

Wallaahua'lam

Dr Fathul Bari Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia





Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Nasihat Buat UMNO & Islam Keseluruhannya: Perpaduan Itu Sunnah Perpecahan Itu Fitnah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:30 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.