Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Tak Sesuai Buat Lawak ‘Ultraman Bersolat’

SEBELUM ini Mynewshub ada berkongsikan foto comel seorang kanak-kanak lelaki yang mengikut bapanya bersolat Terawih di masjid membawa sekali permainan patung Ultraman yang turut sama ‘bersolat’ di sebelahnya.

Banyak pihak melabelkan foto itu sebagai gambar paling comel Ramadan ini dan seperti biasa apabila sesuatu perkara itu menjadi viral, adalah pihak yang mahu menirunya.

Macam baru-baru ini, sekeping gambar dikongsikan di laman sosial di mana seorang kanak-kanak lelaki bersolat dan di belakangnya beratur mainan kegemarannya seperti Ultraman, robot Transformers dan Lego yang ikut sama ‘bersolat’.

Mungkin perkara ini kelihatan remeh untuk dipersoalkan namun menurut pendakwah dan Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya menerusi entri di laman mikro Twitternya, perkara itu adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak walaupun ianya kelihatan melucukan.



Memuatnaik gambar tersebut, Dr Fathul menulis:

“Walaupun memang kelakar, tapi tak sesuai buat lawak macam ni. #ultramanxsolat.”

Entrinya itu kemudian mendapat maklum balas daripada seorang pengikutnya, @hijlaaznan yang menyarankan beliau melihat foto itu dari sudut positif kerana perkara itu dilihat dapat memberikan galakan untuk kanak-kanak bersolat.

Selain itu @hijlaaznan turut berkata tugas ibu bapa adalah menerangkan secara perlahan-lahan kepada anak mengenai sesuatu perkara itu agar mereka tahu mana satu baik dan buruk.

Dr Fathul kemudian membalas respon itu dengan berkata, “Tak perlu positif sampai bawa Ultraman. Kita doktrinkan anak-anak dengan fantasi yang merapu. Maaf ya.”



Sementara itu, ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi, Dr Fathul Bari berkata perkara ini tidak sesuai untuk diajarkan kepada anak-anak meskipun objektifnya adalah untuk mengajar mereka menunaikan solat.

“Objektif tidak boleh menghalalkan cara. Saya tegur kerana ianya tak sesuai untuk galakkan anak-anak bersolat dengan menerapkan unsur fantasi dan khayalan.

“Ultraman semua tu fantasi dan khayalan. Kita kalau nak galakkan anak-anak bersolat seharusnya letak contoh yang hakiki, contohnya, dia ikut bersolat di belakang abangnya atau kita mengajarnya setiap bacaan dalam solat dari belakang.

“Macam saya, anak sulung saya yang berusia tujuh tahun solat di sebelah saya dalam usaha untuk mengajarnya bersolat.

“Kita jangan tiru cara orang Barat yang mana-mana kanak-kanak mengidolakan Cinderella, watak kartun Frozen dan sebagainya dalam kehidupan mereka.

“Kita jangan terapkan unsur-unsur khayalan dan fantasi untuk anak-anak sebab benda ini bukan benda hakiki (benda hidup),” katanya.

Dr Fathul Bari turut mengatakan gurauan seperti ini tidak perlu lagi diviralkan kerana benda-benda sebegini tidak membawa sebarang kebaikan dan perkara positif buat anak-anak.

Menurutnya lagi, walaupun ada sesetengah ibu bapa yang berkata perlu mengikut peredaran zaman dalam mendidik anak termasuk dalam melaksanakan kewajipan bersolat, namun menurutnya cara itu langsung tak kena.

Sebaliknya, ibu bapa perlu menerapkan kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya agar anak-anak menunjukkan minat untuk bersolat seperti mana yang dianjurkan dalam agama Islam.

“Ni anak-anak kita lebih kenal jenis-jenis Ultraman daripada mengetahui kisah-kisah para Nabi dan sahabat yang lebih banyak membawa kepada unsur kebaikan seperti mana yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Fathul Bari mengatakan adalah untuk ibu bapa mengelakkan sebarang unsur khayalan dan fantasi dalam memberikan pendedahan awal mengenai solat kepada si kecil. – MYNEWSHUB.CC



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Tak Sesuai Buat Lawak ‘Ultraman Bersolat’ Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:30 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.