Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Jangan Muflis Kerana 1MDB



Susulan dari kenyataan saya di Suara TV, ia telah menimbulkan pelbagai salah sangka di kalangan ramai. Maka saya ingin menegaskan pendirian saya.

Pendirian saya:

1) Taat pemimpin adalah dalam hal yang ma'ruf. Dato' Sri Najib adalah pemimpin kita, presiden kita, ulil amri kita dan Perdana Menteri kita; maka taat kepada beliau dalam hal yang ma'ruf adalah satu kewajipan.

2) Membela diri adalah hak setiap manusia, muslim mahupun kafir, rakyat juga pemerintah. Di zaman Nabi sallallahu alaihi wasallam, seorang sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam bernama Abdullah bin Sahl terbunuh dalam peperangan Khaibar. Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas pembunuh Abdullah bin Sahl kerana tidak memiliki bukti yang KUKUH. Kisah ini dari riwayat al-Bukhari, no:6769 dan riwayat Muslim, no:1669.

Ini menunjukkan Nabi sallallahu alaihi wasallam berikan peluang kepada Yahudi membela diri sehingga tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana tiada bukti yang kukuh. Maka, kita perlu berikan ruang untuk Dato' Sri Najib membela diri beliau dan biarkan kes ini disiasat mengikut prosedurnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diberi peluang untuk tangguh kes 62 kali untuk bela diri secukupnya, kenapa kita tak boleh tunggu Dato' Sri Najib untuk bela diri beliau sendiri.

3) Saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul atau yang mana satu salah dalam soal ini. Walaupun hati saya memiliki kecenderungan tersendiri namun saya tetap takuti label "MUFLIS" di akhirat nanti.

Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam maksudnya:

“Tahukah kamu kalian, siapa orang yang muflis itu?” Jawab mereka; “Orang yang muflis dikalangan kami ialah seseorang yang tidak mempunyai dirham dan tidak pula mempunyai harta-benda!”

Jelas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, “Sesungguhnya seorang yang muflis dikalangan umatku ialah seseorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala-amalan solat, puasa dan zakat; dan kedatangannya itu sesudah ia mencaci-cela orang lain, membuat tuduhan palsu (fitnah), memakan harta, mencedera, dan memukul orang lain maka pahala kebaikannya itu akan diberikan kepada orang yang dianiayainya itu, dan apabila pahala kebaikannya habis sebelum selesai hutangnya maka orang-orang yang telah dianiayaai itu akan diambil dosa-dosa mereka lalu dibebankan ke atasnya pula, dan kemudian itu ia dicampakkan kedalam api neraka.”(HR Muslim, no:4684)

Fitnah berlegar secara melampau dan pada skala raksasa. Saya bukan ahli ekonomi dan juga bukan pegawai penyiasat yang mampu menganalisa dan membuat kesimpulan tepat. Informasi-informasi yang ada masih belum memuaskan hati saya kerana masing-masing mempertahankan info masing-masing. Saya hanya mampu membaca secara umum sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan semua. Jadi, saya bimbang penilaian saya tersalah dan ia akan menjadi hujjah ke atas saya di akhirat kelak.

Maka atas prinsip "bara'ah zimmah" (melepaskan diri dari dipertanggungjawabkan) di akhirat kelak, lebih baik saya bergantung kepada keputusan siasatan pihak berwajib yang pakar dalam bidang mereka. Ini lebih menyenangkan hati saya kerana berlepas diri dari fitnah. Dan saya akan berhujjah dengannya di akhirat kelak di hadapan Allah.

4) Saya tidak mahu terlibat dalam mana-mana gerakan yang membawa kepada perpecahan tercela. Saya sayangkan UMNO, namun kecintaan saya kepada agama lebih tinggi dari segalanya. Agama membenci perpecahan. Biarlah saya dinilai dengan apa tuduhan sekalipun, namun pegangan saya tetap berasaskan agama, bukan emosi, sentimen mahupun persepsi.

5) Jadikan ibrah kesabaran Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam menunggu keputusan wahyu tentang Aisyah yang difitnah berzina; untuk kita semua bersabar menunggu hasil keputusan siasatan pihak berautoriti tentang 1MDB.

7) Jika kita berpegang kepada Quran dan Sunnah, kita akan selamat selamanya. Itulah jaminan Nabi kita sallallahu alaihi wasallam. Bertenang dan bersabarlah semua. Jauhi sifat mungkar yang ditegah Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Wallaahua'lam

Dr Fathul Bari Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM)



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Jangan Muflis Kerana 1MDB Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:25 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.