Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

#ISLAHPOLITIK : Mendamaikan DS Najib dan Tun M





#ISLAHPOLITIK NEGARA: Mendamaikan YAB Dato Seri Najib & Tun Dr Mahathir

1. Perkataan "Islah" diulang beberapa kali di dalam Al-Quran. Ia membawa maksud memperelokkan/memperbaiki/mendamaikan. Berkata Ibn Faris (w.395H): "Perkataan "صلح" membawa maksud menyelisihi segala sesuatu yang menyebab kerosakan." (Lihat: Mu'jam Maqaayis allughah,3/303). Maka segala usaha untuk mengelakkan kerosakan adalah ISLAH.

2. Antara perkara yang wajib diislahkan adalah politik negara. Politik yang ditakrifkan sebagai mengurus tadbir, kini digantikan dengan mengurus persepsi. Sudah tentu rosak sistemnya. Kelompok mana yang berjaya mengurus persepsi,maka merekalah juara walaupun hakikatnya kebatilan. Hasilnya perpecahan, pergaduhan dan kebencian, bukan perpaduan dan kasih sayang.

3. Contohnya: Pergeseran yang berlaku antara dua tokoh besar negara YAB Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia dan Tun Dr Mahathir yang memberikan implikasi negatif kepada pentadbiran&kesejahteraan negara. Tidak adakah pihak yang azankan kalimah "ISLAH" di telinga kedua pemimpin ini? Atau hanya bisikan tohmah dan fitnah? Astaghfirullah.

3. "Islah" adalah kalimah terbaik untuk mengharmonikan keadaan. Setelah itu, baru difokuskan isu dan permasalahan sebenar. Mungkin ada yang berkata, kenapa perlu islah kerana tiada sebarang sengketa. Saya jawab: Masakan tiada sengketa sedang keaiban kedua tokoh sedang dijaja oleh para pemuja masing-masing. Bermula dari isu 1MDB hingga serangan ke atas keluarga dan peribadi.

4. Wajarkah hal ini terus berlaku? Sedangkan sesama muslim kita dituntut menutup keaiban. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yg menutup aib saudaranya,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat kelak"(riwaya Ibnu Majah,no:2544).

5. Bahkan sebahagian besar isu-isu yang dimainkan adalah berasaskan persepsi. Sedarkah kita bahawa syaitan bertepuk tangan melihat perpecahan berlaku. Jika dahulu, syaitan berjaya menjadikan Adam dan Hawa berpersepsi buruk terhadap Allah sehingga mereka berdua dikeluarkan dari syurga, maka hari ini pengadu domba bergembira dengan persepsi buruk yang tersebar tentang keaiban kedua-dua tokoh negara. Apa objektif mereka? Jawapannya: Mereka inginkan perpecahan. Kerana dengan perpecahan akan mencipta musuh dan membuka kelemahan.

6. Bagi yang inginkan al-Haq, pendirian kita jangan dipengaruhi sifat keiblisan. Tak perlu adu domba kerana balasannya neraka. Sabda Nabi SAW: "Tidak akan masuk syurga para pengadu domba" (riwayat Muslim,no:168). Tak guna umpatan kerana kita benci memakan daging saudara seislam. Firman Allah: "Janganlah kamu mengumpat sesama sendiri.Adakah kamu suka memakan daging saudaramu sedangkan kamu membencinya?" (Surah al-Hujurat, ayat:12). Tak wajar memfitnah kerana besar dosanya di pehitungan qiyamah. Sabda Nabi SAW: "Antara dosa yang paling besar, adalah tuduhan palsu/fitnah" (riwayat al-Bukhari,no:5977 ). Biar kita tinggalkan iblis tanpa pengikut. Kita inginkan balasan syurga bukan laknat yang Maha Esa.

7. Justeru, peranan muslim bila melihat dua pihak bertelagah adalah ISLAH maksudnya damaikan. Firman Allah SWT, maksudnya:"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara,maka islahkanlah/damaikanlah kedua mereka..." (surah al-Hurjurat,ayat:10). Bukan mengapikan kemudian bersorak melihat perpecahan. Bahkan musuh pasti mengambil kesempatan di saat zahirnya kelemahan.

8. Gerakan #ISLAHPOLITIK negara perlu dihidupkan dan diberi nafas. Kita mohon perlindungan Allah dari menjadi negara yang menghadapi masalah politik sehingga membuka ruang kepada barat untuk campurtangan. Ia akan berakhir dengan kemusnahan yang berpanjangan. Lihat apa yang berlaku di Iraq,Mesir, Libia, Syria,Palestine dan lain-lain. Allahul musta'an.

9. #ISLAHPOLITIK merentasi apa jua fahaman politik kepartian. Ia berteraskan prinsip amar makruf nahi munkar yang meletakkan prinsip agama sebagai asas. Ia juga merupakan tanggungjawab setiap rakyat dalam negara ini yang inginkan kesejahteraan bukan huru hara dan kebencian.

10. #IFSADPOLITIK vs #ISLAHPOLITIK:
  • Persepsi VS Bukti
  • Membenci VS Berkasih sayang
  • Bertelingkah VS Berdamai
  • Berdusta VS Berkata benar
  • Mengumpat VS Bercakap hal yang baik
  • Mengadu domba VS Harmonikan keadaan
  • Khianat VS Amanah
  • Berpecah VS Bersatu
  • Penting diri VS Penting Rakyat/Negara
  • Kejar Jawatan VS Tunaikan tanggungjawab
  • Penting dunia VS Penting Agama
  • Redha manusia VS Redha Allah
  • Sangka buruk VS Sangka baik

Jom #ISLAHPOLITIK bukan #IFSADPOLITIK

Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Biro Biro Pemuda IPT PPUM




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
#ISLAHPOLITIK : Mendamaikan DS Najib dan Tun M Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 3:19 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Anonymous10 June, 2015

    Memang hebat dan benar apa yang dikatakan oleh Dr Faathul Bari cuma diharap tidak hanyua bercakap sebaiknya tuan boleh memulakan langkah sebagai seorang yang bergelar ilmuan agama malah mengetuai salah satu cabang dakwah dalam umno sendiri , yang berbalah danm bertelagah ada lah ahli umno, seorang pemimpin masa kini dan seorang lagi mantan tersahor. Kita sarankan tuan memulakan langkah pertama hinggaa mereak berdau berjaya didamaikan.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11 June, 2015

    Isunya bukan antara Tun M dan DSN, tp yg dikhuatiri Tun M adalah kecundangnya UMNO / BN dan hutang negara yg berpanjangan yg terpaksa ditanggung oleh rakyat.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.