Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Politik bukan medium pecah belah Melayu



KUALA LUMPUR: Politik tidak harus dijadikan alat untuk memecahbelahkan orang Melayu selain dijadikan bahan jual beli untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak.

Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, politik seharusnya menjadi sistem mentadbir negara menjadi lebih baik dan merapatkan persaudaraan sesama Islam.

"Sayangnya ada pihak yang berjual-beli atas nama politik dan agama untuk mendapatkan sokongan malah ada juga yang menolak agama untuk maksud sama.

"Ada dua penggunaan agama di sini namun sebagai umat Islam, kita perlu menonjolkan agama sebagai sistem terbaik di dalam pentadbiran dan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Fathul mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru orang Melayu Islam untuk bersatu sekiranya mahu terus mentadbir negara.

Kata Dr Mahathir, walaupun orang Melayu Islam merupakan majoriti di negara ini namun kaum ini dilihat berpecah kerana wujudnya beberapa parti politik mewakilinya seperti UMNO, PAS dan PKR.

Dalam pada itu jelas Dr Fathul, penggunaan agama Islam seharusnya dipraktikkan sepenuhnya di dalam pentadbiran dan diterjemahkan dalam isu melibatkan negara.

"Ia juga akan mencipta muhasabah, cinta perpaduan, hormat menghormati dan sokongan kaum lain kepada Islam," ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, kabinet sedang meneliti sebuah pelan ke arah mewujudkan suasana negara yang kondusif yang akan menggalakkan penyatuan nasional melalui perpaduan dan konsesus.

Menurut Najib, idea pelan itu sudah diberikan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 namun banyak pihak pada ketika itu menolaknya termasuk pembangkang yang mempertikaikan keputusan pilihan raya tersebut. - Astro Awani




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Politik bukan medium pecah belah Melayu Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.