Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Wajar Kerajaan Negeri Pertimbang Kenaikan Elaun Guru KAFA - Fathul Bari





KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya menasihatkan kedua-dua pihak iaitu Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan pihak kerajaan Selangor mencari titik penyelesaian berhemah berikutan isu menaikkan elaun guru berkenaan kepada RM1,500.

Katanya, perkara tersebut tidak perlu dijadikan sebagai isu politik untuk mengambil kesempatan menghentam atau mengutuk kedua pihak sama ada guru KAFA mahupun kerajaan Selangor.

“Guru KAFA tersebut ada hak untuk membuat permohonan kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi guru KAFA tersebut perlu mengikut prosedur dan peraturan apabila ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Jadi, kalau mereka tidak izinkan untuk masuk, beliau tidak perlu masuk. Cuba usaha cara lain supaya tidak menimbulkan kekecohan,” katanya kepada Malaysian Digest, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Fathul menyatakan pihak kerajaan Selangor dan JAIS juga seharusnya memberi ruang kepada guru KAFA tersebut untuk menghantar memorandum berkenaan.

“Pada pandangan saya, pihak kerajaan Negeri Selangor pula tiada masalah sekiranya memberi peluang dan ruang kepada guru tersebut untuk bertemu dengan MB.

“Kedua pihak ada betul dan salah. Bagi pandangan saya, yang sebetulnya guru KAFA itu ada hak untuk meminta dan yang salah dibelah guru tersebut pula adalah kenapa cuba untuk masuk meskipun tidak dibenarkan.

“Di bawah Kerajaan Negeri pula ada hak tidak izinkan,” ujarnya.

Malah menurut Dr Fathul, adalah wajar sekiranya kerajaan Negeri mempertimbangkan kenaikan elaun kepada guru KAFA memandangkan kekangan ekonomi termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) , sedangkan kenaikan elaun bagi Ahli Parlimen baharu sahaja diumumkan.

"Jadi, dalam siatusi begini, perkara tersebut (kenaikan elaun guru KAFA) boleh dipertimbangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang guru KAFA, Ekhsan Bukharee Badrul hadir ketika sidang persidangan DUN Selangor menggesa kerajaan Selangor menaikkan elaun guru KAFA sepertimana yang dijanjikan dalam menisfesto Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Bagaimanapun, tindakan guru tersebut dilihat mengundang kekecohan apabila beliau dihalang daripada berjumpa dengan Menteri Besar Selangor.

Terbaharu, Ekhsan mendakwa telah dikenakan surat tunjuk sebab oleh JAIS atas beberapa alasan antaranya mencetuskan provokasi. - mD







Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Wajar Kerajaan Negeri Pertimbang Kenaikan Elaun Guru KAFA - Fathul Bari Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 1:08 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.