Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

PAS Perlu Jawab Tindakan DAP 'Rekrut' Pelajar Timur Tengah



KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya meminta PAS tampil menjawab isu DAP yang didakwa bertindak merekrut pelajar Malaysia yang belajar di Timur Tengah menyertai DAP.

"Selama ini yang mengekrut pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah adalah PAS sendiri.

"Bagi saya ini adalah sebuah bentuk cabaran buat PAS apabila DAP cuba membuat gerakan untuk menarik pelajar-pelajar aliran agama yang mana selama ini sebahagian besar cenderung kepada PAS.

"Ramai ke yang nak masuk DAP dekat sana? Kalau mereka kata ramai pelajar Jordan yang diugut kerana nak sertai DAP, universiti Timur Tengah tak pernah melarang pun pelajar nak masuk parti mana," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Menurutnya, negara seperti Arab Saudi bersifat monarki dan segala penyertaan dalam mana-mana parti politik harus dimaklumkan kepada pihak universiti.

"Ada pelajar Syiah, Tarekat melampau dan macam-macam lagi tetapi setakat ini tak pernah saya dengar ada tekanan dari pihak universiti di Timur Tengah.

"Daripada DAP sibuk menarik pelajar menyertai mereka, baik mereka pulihkan hubungan mereka dengan PAS dulu.

"Keyakinan orang PAS pada DAP pada masa kini makin meluncur disebabkan kritikan-kritikan pemimpin DAP terhadap PAS sendiri.

"Jadi, usaha untuk memperbaiki diri ke arah kemajuan negara harus diutamakan lagi," katanya.

Beliau mengulas lanjut kenyataan di laman sosial Facebook DAP Mesir menyebut tiga wakil DAP iaitu Zairil Khir Johari, Teresa Kok dan Lim Kit Siang berada di Timur Tengah kononnya atas permintaan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa di Jordan.

"Rombongan DAP ke Jordan menghadapi pelbagai rintangan dari pelbagai pihak. Begitu juga pelajar-pelajar yang berusaha untuk terlibat program terbuka bersama pimpinan DAP diugut akan ditarik biasiswa dan pelbagai ugutan," katanya.

Difahamkan, rombongan itu telah mengadakan program mereka di Dewan Solah Petra, Jordan pada 14 April lalu.

Dr Fathul juga melontarkan pertanyaan mengenai takrifan DAP terhadap Islam jumud oleh PAS atau hanya menghukum PAS sebagai parti jumud kerana PAS mahu melaksanakan Hudud.

"Sebenarnya, pergerakan Pemuda UMNO telah jelajah seluruh dunia bertemu pelajar. Exco Pemuda UMNO, Onn Hafiz bersama-sama dengan Khairul Azwan, saya sendiri dan beberapa sahabat lain ke Timur Tengah berjumpa pelajar-pelajar di Jordan dan Arab Saudi.

"Kami bukan nak jadikan mereka ini ahli UMNO tetapi kita nak mahasiswa ini kritis.

"Mereka harus ada hubungan yang baik dan menghasilkan pandangan yang membantu ke arah kebaikan pada negara," katanya. - mD



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
PAS Perlu Jawab Tindakan DAP 'Rekrut' Pelajar Timur Tengah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 12:38 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.