Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

ISIS Bukan Salafi Bukan Jihadi Tetapi Khawarij



Waspada gerakan 'jual' nama Islam tarik pengikut

SHAH ALAM - Masyarakat umum perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang gerakan yang menggunakan nama Islam untuk merekrut pengikut terutama yang berkaitan dengan militan.

Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, gerakan yang menggunakan nama Islam bukan bermaksud gerakan tersebut benar.

"Hanya kerana nama gerakan itu dikaitkan dengan Islam, tidak bermakna gerakan itu betul. Sebab itu perlu diberikan pendedahan yang jelas dan tuntas kepada rakyat agar tidak mudah dipengaruhi.

"Kalau kita lihat dalam sejarah Islam, golongan-golongan yang digelar sebagai 'khawarij'...yang mana mereka ini membaca al-Quran, bukan tak baca. Jadi, sikap-sikap mereka seperti ini yang membuatkan orang awam mudah dipengaruhi," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan agar golongan yang tersasar daripada maksud perjuangan Islam sebenar ini dilabel sebagai 'khawarij' bukannya pejuang jihad atau 'salafi jihadi'.

"Sebab itu saya lagi setuju kalau kita terus melabelkan gerakan ini sebagai 'khawarij'. Lebih tepat penggunaannya kerana asalnya di dalam Islam dahulu, zaman Nabi dan selepas zaman Nabi pun, mereka ini digelar 'khawij' kerana apa? Kerana mereka ini orang yang cintakan Islam, mahukan Islam tetapi kefahaman mereka tentang Islam itu salah.

"Saya harap anak-anak muda tidak mudah dipengaruhi dengan laungan yang menggunakan nama Islam, sebaliknya perlu dilihat intipati sesuatu perjuangan.

"Saya cadangkan kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Counter Terorism menggunapakai nama ini. Saya tidak setuju mereka dilabel sebagai 'salafi jihadi'," katanya.

Beliau melahirkan kebimbangan jika perkataan yang membawa maksud baik itu dikaitkan dengan militan, ia akan membuatkan umum takut untuk menggunakannya pada masa akan datang.

"Perkataan 'salafi' dan 'jihad' ini adalah perkataan yang sangat baik. Namun, sekarang ini masalahnya adalah jelas penyalahgunaan perkataan jihad itu. Guna perkataan jihad tapi kita memaksudkan perkataan yang salah atau batil. Seperti kata Ali bin Abi Talib, perkataan yang benar tetapi mereka menginginkan maksud yang batil.

"Kita bimbang nanti sampai orang membenci 'salafi' sedangkan perkataan itu merujuk kepada generasi sahabat nabi. Jadi, tak naklah orang menganggap perkataan 'salafi' itu tidak bagus. Begitu juga perkataan jihad yang ada maksud bagus.

"Cuma salah IS, mereka telah menyalahgunakan perkataan jihad dan memberi tafsiran yang salah tentang jihad. Jadi, mereka sesuai digelar 'khawarij' daripada digelar 'salafi jihadi'. Ekstremisme ini adalah ideologi 'khawarij'.


"Saya bimbang lepas ini, orang takut nak bercakap tentang jihad. Sebab apa? Kita digambarkan jihad ini bahaya, akibatkan perpecahan, peperangan dan sebagainya. Sedangkan jihad itu luas," katanya. - Sinar Harian

Rakaman: Salaf: Nama Yang Elok Jadi Rebutan





Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
ISIS Bukan Salafi Bukan Jihadi Tetapi Khawarij Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.