Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

HUDUD: Menurut Perlembagaan Malaysia & Realiti Masyarakat Majmuk





KUALA LUMPUR 2 April - Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja mempolemikkan isu hudud untuk kepentingan masing-masing.

Fathul Bari berkata, akibatnya tindakan itu, secara tidak langsung pihak-pihak tersebut secara tidak sedar telah melakukan penghinaan kepada hukum Allah tersebut.

“Bila membicara hudud, sila jauh dari politik. Sesetengah pihak telah menjadikan hudud ini polemik, malah ada menjadinya sebagai agenda politik.

“Bila dipolitikkan, muncul video mempermainkan hudud, bahkan ada unsur penghinaan,” katanya dalam satu forum hudud anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya malam tadi.

Turut bercakap di forum itu ialah ahli panel Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud Kelantan, Azhar Abdullah; bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan Dekan Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Prof Nazari Ismail dan Pensyarah Kanan UM, Siti Zubaidah Ismail.

Fathul menjelaskan sesetengah penceramah yang hadir dalam forum perdebatan atau perbincangan telah menyuarakan hudud bukan seperti diperjelaskan oleh Islam.

“Mereka mempertikai kenapa kita nak tarik balik sistem kuno ini. Kalau orang bukan islam cakap saya tak hairan, tapi yang berbicara ini adalah Muslim, itu kita kesal,” katanya.

Beliau turut menyatakan kepentingan penubuhan jawatankuasa teknikal mengkaji pelaksanaan hudud di peringkat pusat kerana ia boleh mengumpul pengetahuan dari pakar dalam pelbagai bidang. - RAKYATNEWS





Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
HUDUD: Menurut Perlembagaan Malaysia & Realiti Masyarakat Majmuk Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 2:58 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.