Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

#GST: Mengulas Cadangan Mufti Wilayah Persekutuan



Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad mencadangkan kepada pihak berkuasa beberapa perkara untuk dipertimbangkan agar kegusaran dan kegelisahan di kalangan masyarakat dapat dihindarkan.

Antara saranan Zulkifli yang turut menegaskan hukum pelaksanaan GST adalah harus ialah:

  • Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.
  • Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisme khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri.
  • Mekanisme dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai.
  • Ketelusan dalam pelaksanaan dengan penuh integriti dan amanah perlu dipertingkatkan bagi mereka yang terbabit dalam urusan GST ini.

Beliau dalam tulisannya pada 17 April itu turut mengatakan rakyat jelata dan orang ramai ternanti-nanti hasil daripada percukaian GST itu, mengharapkan kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah umum akan dibaik pulih.

Beliau juga meminta penerangan yang menyeluruh diadakan terutamanya bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang bermain di minda masyarakat.

Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, cadangan Zulkifli itu sesuatu yang baik namun pelbagai pihak perlu dilibatkan untuk perbincangan lanjut.

Katanya, beliau amat menyanjung tinggi saranan mengenai mengecualikan orang Islam yang membayar cukai itu, sambil menambah ia mungkin boleh direalisasikan selepas perbincangan bersama antara pakar ekonomi dan pakar agama.

“Saya ada bincang dengan beberapa orang sahabat saya, ahli ekonomi, kami tak nampak jalan dan cara bagaimana nak buat.

“Kalau kamu bayar zakat, kamu nak bawa beli barang, kamu nak buat macam mana? Kalau ada pakar ekonomi yang boleh fikirkan apa yang dicadangkan mufti, maka terpulang untuk pelaksanaannya,” katanya.

Fathul berkata, tidak kira pandangan sesiapa pun, ia mesti realistik dan bersesuaian dengan keadaan semasa negara.

Katanya, jika wujud ruang pembentangan dan perbahasan mengenai mekanisme pelaksanaan sistem itu maka realiti semasa akan dapat dibincangkan.

“Apa-apa fatwa yang dikeluarkan mana-mana pihak, perlu lihat dan analisis isu dan keadaan semasa, sebab realiti semasa dalam keadaan tertentu boleh menjadi penentu kepada hukum yang akan dikeluarkan.

“Kalau kita nak beri apa-apa pendapat dan pandangan, perlu ada pakar ekonomi dibawa sekali, juga pakar agama, baru boleh kita murnikan hasil fatwa itu," katanya.

Beliau berkata, beliau tidak mahu para agamawan dilihat bercakap tanpa melihat keadaan dan realiti semasa.

"Saya tak bermaksud merujuk sesiapa atau mana-mana pihak. Saya hormat, kasih dan taajub dengan ilmu, kefahaman dan adab mufti Wilayah,” katanya kepada The Malaysian Insider. – Malaysian Insider



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
#GST: Mengulas Cadangan Mufti Wilayah Persekutuan Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:45 AM Rating: 5

1 comment:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.