Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Alvin Tan Perlu Bersedia Terima Akibat – Fathul Bari



KUALA LUMPUR: Blogger kontroversi, Alvin Tan diingatkan bersedia menerima kesannya ekoran tindakannya mempersendakan azan menerusi satu klip video yang di muat naik di laman sosial Facebooknya, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, tindakan yang dilakukan Alvin jelas tidak mencerminkan sikap yang baik terhadap agama Islam, bahkan ia merupakan satu penghinaan kerana telah menimbulkan kebencian dalam agama.

“Tindakan Alvin tidak boleh diiyakan kerana jelas menghina agama kita. Saya rasa tidak rasional jika mengandaikan perbuatan Alvin itu mungkin akan memberi satu kebaikan (petunjuk) kepadanya kelak.

“Ya, jika ada yang ingin mendoakan supaya dia mendapat petunjuk, silakan. Saya juga doakan dia tetapi dia kena ambil risiko.

“Namun, dia perlu bersedia untuk menerima akibat atas tindakan tersebut dengan mempersendakan laungan azan yang sangat mulia bagi umat Islam dan di sisi Allah.

“Bukan ugutan kepadanya, cuma perlu diingatkan mana-mana agama sekalipun sekiranya ada yang menghina agama mereka, tidak mustahill wujud segelintir individu yang akan bertindak di luar batasan,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Alvin menerusi satu klip video berdurasi 2 minit 50 saat dilihat mempersendakan Islam apabila mengalunkan azan dalam keadaan separuh bogel sambil bermain piano.

Susulan tindakan Alvin itu, rata-rata pengguna media sosial mengutuk keras perbuatannya dengan menyifatkan sebagai biadab.

Namun, wujud segelintir pengguna laman maya yang berfikiran positif dengan mengharapkan agar Alvin bertaubat dan dibukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam.

Jelas Fathul Bari, perbuatan Alvin itu bukan alasan untuk orang ramai khususnya umat Islam mengambil tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan peruntukan undang-undang.

“Apa yang perlu ditekankan adalah perbuatan dia tidak mengharuskan Islam untuk menghina kembali agama dia atau mana-mana agama lain mahupun melakukan perbuatan melampau.

“Alvin perlu ingat, setiap manusia ada pelbagai cara pemikiran walaupun ada pelbagai agama tetapi jka individu itu mampu disiplin dirinya dengan agama yang dianuti, itu suatu perkara yang baik.

“Sebagai orang Islam, hendaklah kita mematuhi nilai-nilai agama dalam berurusan dengan isu sebegini,” katanya.

Alvin sebelum ini dipercayai melarikan diri ke luar negara pada September tahun lalu.

Dia berhadapan dengan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghinan Islam dan juga institusi beraja. – mD



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Alvin Tan Perlu Bersedia Terima Akibat – Fathul Bari Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:55 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.