Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Penyokong Anwar Perlu Hormat Keputusan Mahkamah



Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari, menyeru supaya penyokong-penyokong Anwar yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, berhenti dari memanipulasikan cerita dan menghormati keputusan mahkamah.

Ini dilihat kerana sejak Anwar dipenjarakan dan sehingga kini, perhimpunan solidariti Anwar tidak putus-putus dilakukan oleh penyokong beliau.



“Demostrasi atau perhimpunan tidak boleh mengubah apa-apa keputusan pun. Saya melihat tekanan yang diberikan oleh penyokong-penyokong ini tidak membawa sebarang kebaikan pun. Masa mereka berhimpun depan Penjara Sungai Buloh sambil pegang lilin tu, nak tunjuk apa kepada rakyat?

“Bukanlah saya kata ia melanggar akidah Islam cuma itu bukan budaya agama kita. Jadi elok ke kita sebagai Melayu Muslim nak ikut budaya orang bukan Muslim? Rasulullah SAW pun dah menegaskan Baginda melarang kita mengikut budaya bukan Islam.

“Umum memang mengetahui saya amat menentang segala bentuk demostrasi yang dilakukan. Tidak kiralah PAS ke, PKR ke, UMNO ke. Saya memang tidak setuju,” katanya sewaktu dihubungi wartawan Malaysian Digest.



Tegasnya, mahkamah terakhir adalah di akhirat kelak. Apa yang Allah putuskan itu adalah yang paling tepat. Di dunia juga kita ada mahkamah dan tidak bererti manusia tidak berhak dihukum. Apabila mahkamah dunia berautoriti memutuskan sesebuah keputusan, rakyat harus redha untuk menerima.

“Jika Anwar dizalimi, Allah akan angkatkan beliau di akhirat kelak dan jika memang beliau bersalah, moga-moga Allah ringankan beban beliau kerana sudah menjalani hukuman dunia. Berhentilah bercerita mengenai kebaiban orang,” katanya mengakhiri perbualan. - Malaysian Digest




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Penyokong Anwar Perlu Hormat Keputusan Mahkamah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:35 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.