Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Nasihat Fathul Bari kepada peniaga



KUALA LUMPUR – Golongan peniaga muslim yang masih enggan menurunkan harga barang sedangkan harga minyak dan diesel sudah pun turun sejak dua bulan lalu akan dianggap sebagai memakan harta saudaranya sendiri secara batil

Pandangan tersebut disuarakan Pengerusi Jawatankusa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau menyifatkan, sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan semata-mata akan menyebabkan ketidakadilan dalam urusniaga.

Menurut Dr. Fathul Bari, sebagai orang Islam yang beriman, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku terutamanya ketika situasi minyak dunia turun ketika ini.



Selain menyifatkannnya membawa kezaliman terhadap pihak dan individu lain, beliau turut menggesa peniaga muslim menurunkan harga barang setimpal dengan situasi semasa.

“Prinsipnya mudah saja, ‘Wahai orang-orang yang beriman jangan sama sekali kamu makan harta saudara kamu dengan cara yang batil’ saya kira itu prinsip yang sangat jelas, mengambil harta manusia secara batil.

“Seperti contohnya dalam situasi sekarang ini di mana kerajaan dah mendesak agar harga barang turun disebabkan harga minyak telah turun, namun masih ada yang enggan menurunkan harga barang tersebut.

“Sedangkan ketika harga minyak naik, peniaga telah menaikkan harga barang mengikut harga minyak ketika itu, tapi apabila harga minyak telah turun sebaliknya berlaku, ini jelas berlaku ketidakadilan di situ,” katanya kepada Berita ABN hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perspektif boikot dalam pandangan Islam, ini pendapat beliau.

“Boikot ini asasnya datang daripada pemerintah, baru ada impak kepada apa yang kita buat atau lakukan. Contohnya zaman Nabi SAW. Nabi berurusniaga dengan orang Yahudi walaupun tahu orang Yahudi membenci Islam dan membenci Nabi SAW.



“Tapi Nabi tetap berurus niaga dengan mereka, tetap menerima hadiah dan ziarahi mereka… Nabi juga tak pernah boikot.

“Namun apabila sesuatu tekanan berlaku terhadap orang Islam, Nabi telah laksanakan boikot, bila Nabi sebagai pemerintah boikot… pastinya rakyat pun turut serta.

“Kita kalau secara individu nak lancarkan boikot dan ia terpulang kepada kita, tapi kalau kita menyalahkan orang lain yang tak boikot kerana kita memboikot sesuatu perkara itu… itu tidak boleh,” ujarnya.

Pengumuman harga baru petrol dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 1 Februari lalu cukup melegakan.

Namun sehingga kini, orang ramai masih terkilan kerana harga barangan di pasaran masih lagi tinggi dan tidak seiring dengan penurunan harga minyak. - ABNXCESS




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Nasihat Fathul Bari kepada peniaga Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 11:12 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.