Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Indeks Syariah Kaedah Terbaik Kerajaan Penuhi Maqasid Syariah



KUALA LUMPUR, 11 Feb – Model Indeks Syariah Malaysia dilihat usaha terbaik kerajaan untuk mengislamisasi kelapan-lapan sektor yang ada demi memastikan kelangsungan pentadbiran negara menepati Maqasid Syariah.

Exco Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata lapan bidang utama yang akan diukur iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, pasaran dan persekitaran serta sosial bakal memberi ruang terbaik kepada kerajaan untuk mengukur sejauh mana indeks berkenaan dapat dicapai.

“Apabila disebut Islamisasi, kita ambil contoh Kementerian Dalam Negeri, bukannya mahu tukar nama kementerian berkenaan tetapi indeks syariah itu akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kementerian berkenaan menepati indeks syariah.



“Dan apakah undang-undang menepati tuntutan agama selain apakah mampu menjaga nyawa, akal dan sebagainya lagi berdasarkan prinsip Maqasid Syariah. Inilah kelebihan dan inilah manfaat yang akan diperolehi kelak dan ianya adalah sesuatu yang cukup baik,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Malaysia semalam melakar sejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasminya melancarkan model Indeks Syariah Malaysia yang disifatkan sebagai indeks yang komprehensif dan pertama seumpamanya di dunia.

Mengulas lebih lanjut, beliau seterusnya menambah dengan adanya indeks berkenaan ia bukan sahaja akan menjadi kayu pengukur kepada kerajaan malah memberi peluang untuk memperbaiki segala lompongan yang ada.



“Harapan saya selepas diwujudkan ini, ianya perlu disusuli dengan bentuk tindakan yang sebaik mungkin supaya matlamatnya tercapai, dan dalam sektor politik pula, apa kata UMNO memulakan langkah awal untuk kepentingan bersama,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib berkata, indeks tersebut merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu menilai ke­seriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan.

Katanya lagi, fungsi kedua pula untuk mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan supaya rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat hasil daripada penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam. – MediaUMNO




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Indeks Syariah Kaedah Terbaik Kerajaan Penuhi Maqasid Syariah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.