Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Hati-Hati Sanjung Nik Aziz Jangan Sampai Rosak Iman



Jika ada kematian, seeloknya orang ramai mendoakan roh jenazah, ahli keluarganya dan mengucapkan takziah sebagaimana yang diajar baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata orang ramai tidak perlu menceritakan apa yang berlaku di persekitaran seperti melibatkan matahari dan awan kerana ia bersalahan dari segi akidah Islam.

“Untuk kaitkan apa yang berlaku apa yang berlaku di persekitaran adalah salah di sisi akidah.

“Walaupun ia tidak sampai ke syirik besar, mempercayai unsur sebegitu adalah khurafat,” katanya kepada Mynewshub.cc ketika dihubungi hari ini.



Beliau mengulas berkenaan kejadian di laman sosial apabila beberapa pengguna dilihat mengaitkan beberapa peristiwa di kawasa persekitaran kerana kematian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia malam tadi.

Beberapa gambar di laman Facebook dikatakan menunjukkan kepulan awan membentuk kalimah Allah dan ratusan ekor burung didakwa terbang secara berkumpulan di sekitar rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Apabila disebarkan maka ramailah yang jadi ‘nasi tambah’ kononnya fenomena itu berlaku susulan pemergian ulama yang cukup zuhud dan tinggi keperibadiannya.

Bagi Fathul Bari, kepercayaan sebegini perlu dikikis dari dunia orang melayu Islam.



Sememangnya…bukan hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.

Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.

Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian menerusi sabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana dan langit tidak hujan dengan kematian salah seorang daripada kamu”.

Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. - MYNEWSHUB.CC













Artikel Berkaitan:

Dr Fathul Bari Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga TG Nik Aziz

Hati-Hati Sanjung Nik Aziz Jangan Sampai Rosak Iman



Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Hati-Hati Sanjung Nik Aziz Jangan Sampai Rosak Iman Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:19 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Fathul Bari.... Memanglah UmerNo dulu kini dan selamanya... udah2 lah tu...

    ReplyDelete
  2. Mulia seseorg dgn taqwa, tanpa taqwa tiadalah kemuliaan. Kejadian kejadian aneh bukan alamat kemuliaan seseorg jikapun benar berlaku. Tak jumpa pulak riwayat riwayat kejadian aneh saat kewafatan Rasullullah saw.
    Anyway pengaruh NA kpd umat Islam M'sia mmg besar.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.