Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Dr Fathul Bari Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga TG Nik Aziz



12 Feb: Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian bekas Menteri Besar Kelantan, sebentar tadi.

إنا لله وإنا إليه راجعون"

Kepada ahli keluarga TG Nik Aziz Rahimahullah:

أعظم الله أجركم وأحسن عزائكم وغفر لميتكم

“Semoga Allah melipatkan pahalamu dan memperbaiki kesabaranmu serta mengampuni orang meninggalmu”

Dr Fathul Bari menyatakan takziahnya di laman sesawang twitter beliau dan turut menasihatkan orang Islam supaya tidak terbawa-bawa apa-apa kepercayaan khurafat dan tahyul yang boleh membawa kepada syirik akibat dari kematian seseorang termasuklah kematian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.



Amalan yang sepatutnya diamalkan apabila berlaku kematian adalah dengan istirja' iaitu mengucapkan إنا لله وإنا إليه راجعون (inna lillahi wa inna ilaihi rojioun) selain mendoakan kebaikan buat si mati dan keluarga.

Hentikan kpercayaan khurafat,tahyul yg boleh mmbawa kpd syirik akibat kmatian sseorg.Memadai dgn istirja' &mndoakan kebaikan utknya&keluarga

Dr Fathul Bari turut membangkitkan satu kisah sebahagian masyarakat arab yang seringkali mengaitkan peristiwa gerhana dengan kejadian-kejadian tertentu, seperti adanya kematian atau kelahiran, dan kepercayaan ini diikuti secara turun temurun sehingga menjadi keyakinan umum masyarakat.

Ketika anak Nabi saw,Ibrahim wafat, brlaku gerhana.sbhgian org brkata:gerhana brlaku krn wafatnya ibrahim.Nabi saw mgkritik kpercayaan itu.



Pada saat terjadinya gerhana matahari, kebetulan wafatnya anak Nabi sallallahu alaihi wa sallam yang bernama Ibrahim. Dari Al Mughiroh bin Syu’bah, beliau berkata,

كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ ، فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – « إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ »

”Di masa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari ketika hari kematian Ibrahim (anak Nabi Muhammad). Kemudian orang-orang mengatakan bahawa munculnya gerhana ini karena kematian Ibrahim. Lantas Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak terjadi karena kematian atau lahirnya seseorang. Jika kalian melihat gerhana tersebut, maka solat dan berdoalah.’” (HR. Bukhari no. 1043)

Dr Fathul Bari menasihatkan orang ramai supaya tidak mengaitkan apa-apa kejadian dengan apa-apa kematian secara umumnya kerana hal ini bersangkut dengan kepercayaan akidah.

Semoga Allah mengampunkan TG Nik Abdul Aziz dan kita semua dan memberikan kesabaran kepada keluarga beliau.





Artikel Berkaitan:

Dr Fathul Bari Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga TG Nik Aziz

Hati-Hati Sanjung Nik Aziz Jangan Sampai Rosak Iman




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Dr Fathul Bari Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga TG Nik Aziz Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 1:09 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.