Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

#TanyaDFB - Tindakan Kebodohan Eric Paulsen Mengundang Respon Negatif




KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.

Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Jakim boleh menfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana telah, dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum.

Mohd Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah, berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain daripada pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

“Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama.

“Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulse, yag juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty.

Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Jan lepas, dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak.

Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Pada 14 Jan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes Paulsen akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman dua hari.

Mohd Hafarizam berkata selain itu pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai satu daripada subjek kecenderungan menghasut hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mencegah gejala menghina agama Islam di negara ini yang semakin menjadi-jadi.

Beliau berkata ada banyak lagi Akta-Akta yang boleh diambilkira untuk pindaan seperti Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama.

“Namun, kesudahan yang ingin dicapai ialah keharmonian antara kaum atau penganut agama dan toleransi yang mampan. Ini memerlukan perlaksanaan strategik yang menyeluruh contohnya Parlimen, Eksekutif, Kehakiman, Polis, ahli Akademik dan rakyat’, katanya.

Mohd Hafarizam juga menyarankan supaya kesedaran yang lebih luas dan mendalam berkenaan ajaran Islam perlu diperhebatkan oleh Jakim dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan kepada semua bangsa, tidak terhad kepada beragama sahaja.

Mohd Hafarizam menegaskan ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam.

Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata saman itu boleh difailkan sekiranya Jakim pasti terdapat elemen fitnah dalam kenyataan peguam itu kepada agama Islam.

“Beliau ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Oleh itu kenyataan beliau mestilah yang akan membawa kebencian kepada kerajaan atau permusuhan kaum,” katanya.

Selain itu katanya, pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai salah satu subjek kecenderungan menghasut perlu dilakukan kerana tiada peruntukan khusus berhubung penghinaan agama Islam dalamAkta Hasutan itu dan sekiranya peruntukan itu dimasukkan ia akan memantapkan lagi akta tersebut.

“Oleh itu pindaan nanti perlu dimasukan perkara ini,” katanya.

Nik Ahmad Kamal menjelaskan bagi kesalahan menghina agama atau mengganggu keharmonian antara agama, Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala di bawah Sesksyen 298A Kanun Keseksaan, ia memperuntukan hukuman penjara dua tahun hingga lima tahun.

Beliau mengambil contoh kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa kerana mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan mengikut Seksyen 298A yang memperuntukan hukuman yang lebih tinggi. – BERNAMA



#TanyaDFB - Soal Jawab Cukai #GST (Video Penuh)
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-soal-jawab-cukai-gst.html

Segmen Terpilih:

#TanyaDFB - Maksud Cukai #GST Dari Sudut Kaca Mata Islam
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-maksud-cukai-gst-dari-sudut.html

#TanyaDFB - Zaman Umar Tiada Cukai #GST ?
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-zaman-umar-tiada-cukai-gst.html

#TanyaDFB - Menjawab Nuruddin Al-banjari Guna Hadith Haramkan Cukai #GST #Jizyah #Muks
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-hadith-haramkan-cukai-gst.html

#TanyaDFB - Cukai #GST Pukal Tidak Adil. Subsidi Pukal Adil ?
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-cukai-gst-pukal-tidak-adil.html

#TanyaDFB - Pendapat Ulama Berkenaan Cukai #GST
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-pendapat-ulama-berkenaan-cukai.html

#TanyaDFB - Hak Rakyat Vs Hak Pemerintah Cukai #GST
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-pendapat-ulama-berkenaan-cukai.html

Segmen Tambahan:

#TanyaDFB - Bantuan Mangsa Banjir Dikatakan Tidak Ikhlas
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-bantuan-mangsa-banjir.html

#TanyaDFB - Isu K-Pop Peluk Gadis Bertudung
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-isu-k-pop-peluk-gadis-bertudung.html

#TanyaDFB - Tindakan Kebodohan Eric Paulsen Mengundang Respon Negatif
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-tindakan-kebodohan-eric.html

#TanyaDFB - Khurafat Banjir - Gambar Nik Aziz Tak Kena Selut
http://www.drfathulbari.com/2015/01/tanyadfb-isu-k-pop-peluk-gadis-bertudung.html





Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
#TanyaDFB - Tindakan Kebodohan Eric Paulsen Mengundang Respon Negatif Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 2:30 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Dia ini bukan bodoh. Bertindak memprovokasi dalam kerangka perancangan rapi. Jika tidak punya "back up" kuat, tidak mungkin beliau berani !

    Kita, Umat Islam yang bodoh. Sentiasa memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuh yang ingin sekali menghancurkan Melayu dan Islam dalam agenda mengawal Malaysia. Kita majoriti, namun minoriti munafik melayu sudah nyata melawan arus dan memusuhi Umat Muhammad SAW.

    Siapa mereka ? Ini lah perkara pokok yang mesti di benteras. Umpama ajaran sesat yang banyak sekali melibatkan professional melayu yang cerdik tapi rapuh...

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.