Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Musibah Banjir Menguji Kita



Negara kini diuji lagi, kali ini dengan bencana banjir pula. Malah ia adalah bencana banjir terburuk bagi sejarah negara. Ia melibatkan hampir ratusan ribu mangsa yang terpaksa dipindahkan.

Ia melibatkan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar. Antara negeri yang menerima kesan yang besar adalah Kelantan dan Terenganu, selain itu Pahang, Perak dan Johor juga menerima kesannya.

Nasib Mangsa

Tragedi ini amat menyentuh hati kita, apabila melihat nasib dan penderitaan mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam bencana ini. Ramai mangsa yang bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri dan ahli keluarga masing-masing.

Mereka juga terpaksa berhijrah untuk mendapatkan tempat perlindungan dan bekalan makanan. Ramai antara mereka yang kehilangan harta benda, akibat ditengelamkan dan dibawa oleh arus banjir ini.

Peristiwa ini sunguh menyayat hati kita rakyat Malaysia. Inalillahiwainalillahirojiun. “Sesunguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya kami akan kembali (di harikiamat). Ya, ALLAH, berikan pahala kepadaku kerana musibah yang menimpaku dan berikan ganti dengan yang lebih baik daripada apa yang telah menimpaku.”

Bencana banjir ini mungkin salah satu peringatan dari ALLAH swt kepada kita seluruh rakyat Malaysia. Maka bermuhasabah dirilahkita dan memohon keampunank epada ALLAH. Agar ALLAH jauhi kita dan Negara dari musibah yang tidak mampu kita tanggung.

Pastinya, ujian ini amat sukar bagi mangsa dan ahli keluarga yang terlibat, Sesunguhnya berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.

Tambahan pula masalah penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak dan warga emas turut dikesan di penempatan banjir.Dan yang lebih perit adalah mereka yang mengalami penyakit kronik yang tidak boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Namun apakan daya, ini semua adalah di bawah kekuasan ALLAH swt, bukan di bawah kekuasaan kita manusia. Kita hanya mampu berdoa.

Hujan itu dari ALLAH

Dalam Al-Quran banyak ALLAH swt menceritakan tentang hujan. Adakalanya ALLAH swt menurunkan hujan sebagai rahmat dari Nya kepada hambaNya. Seperti dalam surah Al-Baqarah; ayat 22. Firman ALLAH swt, yang bermaksud;

“ALLAH lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi ALLAH, sebarangsekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa ALLAH ialahTuhan Yang Maha Esa).” [Surah Al-Baqarah; ayat 22]

Namunadakalanya ALLAH swt menurunkan hujan untuk memberi peringatan kepada hambanya yang melakukan pekara yang dimurkai. Firman ALLAH swt yang bermaksud;

“Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari ALLAH (yang dapat memberikan pertolongan).” [Surah Nuh; ayat 5]






Kerosakan dari Kita

Sesunguhnya, setiap yang berlaku adalah daripada ALLAH swt. Dan sedar atau tidak, setiap kerosakan dan bencana itu berpunca dari tangan-tangan kita, manusia sendiri. irman ALLAH swt yang bermaksud;

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [Surah Al-Ruum; ayat 41]

Ibrah Dan Pengajaran

Moga bencana ini menjadi pengajaran bagi kita seluruh rakyat Malaysia. Pada ketika ini kita perlu kembali merenung tentang dosa diri yang mengundang murka ALLAH swt. Mungkin sahaja ini adalah kafarah dari dosa kita sendiri. Namun jangan sesekali kita menunding jari dan memandang kesalahan orang lain.

Maka, kembalilah kita kepada ALLAH swt. Insaf dan mohonlah taubat dari ALLAH swt dan berdoa agar ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita dan menghentikan musibah ini.

Bersyukur

Walau bagaimanapun, kita teramat bersyukur kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sangat perihatin dengan mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda Negara ini. Mungkin ini ujian yang ALLAH swt, yang mahu melihat bagaimana kita bersatu dalam membantu mereka-mereka yang di dalam kesusahan.

Jika dilihat, semua pihak tidak kira dari badan-badan kerajaan, swasta, NGO, artis, wartawan mahupun seluruh masyarakat awam sendiri yang sudi tampil dengan rela hati untuk menghulurkan bantuan.Ini amat membanggakan.

Dengan ini, kita dapat melihat semua pihak cuba sedaya upaya untuk membantu. Tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Ibarat peribahasa Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”mereka semua menunjukan semangat perpaduan kita rakyat 1 Malaysia.

Ada hikmah

Semoga ada hikmah di sebalik bencana ini. Mungkin dengan cara ini ALLAH swt menguji kita untuk mengurniakan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Mungkin sahaja ini permulaan bagi sesuatu yang lebih baik akan datang. Sesunguhnya ALLAH swt tidakakan menzalimi ummatnya.

Hikmah terbesar di sebalik musibah adalah, dengan dihapuskan dosa dan diganjari pahala sehingga kita beroleh Syurga ALLAH swt. Nabi saw bersabda,

“Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila ALLAH mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang redha maka ALLAH redha padanya, dan siapa yang murka maka ALLAH murka padanya.” (Sahih Riwayat Al-Tirmidzi)

Rasulullah saw bersabda:

“Ujian selalu bersama orang-orang beriman lelaki dan perempuan, baik pada diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu ALLAH dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahan pun.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Maka janganlah kita merintih dan menyalahkan takdir dengan ujian dan musibah ini. Sesunguhnya ini tanda ALLAH swt sayang pada umat-umatnya lalu diturunkan ujianNya kepada kita sebagai peringatan agar kita kembali kepada ALLAH dan taat kepadaNya.

Bersabar dan Tabah

Dan sesunguhnya jika kita berjaya menjadi manusia yang bersabar, sudah tentu janji ALLAH itu pasti buat kita. Habuan syurga bagi mereka yang bersabar dengan ketentuan ALLAH swt ini.

Diharap semua mangsa-mangsa banjir serta ahli keluarga sabar, tabah, dan kuat dalam menghadapi ujian dari ALLAH swtini.Moga dengan bencana atau musibah yang berlaku ini akan segera pulih dan digantikan oleh ALLAH dengan sesuatu yang lebih baik. Firman ALLAH swt yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali.” [Surah Al-Baqarah; ayat 155-156]

Sesunguhnya, orang beriman percaya bahawa semua takdir ALLAH itu baik dan ada hikmahnya, kerana ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Mereka mengharap pahala darinya dan hanya orang yang sabar dicukupkan pahala tanpa batas, iaitu orang yang sabar semata-mata kerana Allah, bukan kerana terpaksa. Ini kerana sabar yang diganjari pahala adalah sabar di awal musibah.

Kesimpulan

Akhir kata, bersama-samalah kita bermuhasabah diri dan berdoa agar ALLAH swt menamatkan bencana ini lalu digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dengan semangat perpaduan. Bersatulah kita dalam membantu mangsa bencana banjir ini. Dan berharap agar pihak-pihak yang tidak bertangungjawab berhenti menyebarkan fitnah-fitnah dan khabar angin terutama di media sosial, tentang bencana banjir di Negara ini.








Share terus ke facebook dan twitter anda menerusi networkblog http://www.networkedblogs.com/syndication/?bid=1438683

Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Musibah Banjir Menguji Kita Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 5:25 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.