Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

"Jika merotan satu kesalahan, bagaimana pula anak yang menderhaka?"



KUALA LUMPUR: Susulan pengenalan akta baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka memberi lebih perlindungan kepada hak kanak-kanak, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda mempersoalkan di mana pula hak ibu bapa ke atas anak.

Dr Fathul Bari Mat Jahaya berpendapat ibu bapa yang telah didera secara mental oleh anak-anak yang menderhaka juga perlu diberi perlindungan hak sewajarnya oleh undang-undang.

"Kita berbicara soal hak anak ke atas ibu bapa, bagaimana pula hak ibu bapa ke atas anak?

"Kenapa kita tidak fikir hak ibu bapa bagi anak-anak yang derhaka, anak-anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yang abaikan ibu bapa setelah mereka tua?” soal beliau ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini.

Fathul Bari turut menyoal jika masyarakat Malaysia ingin menjadi seperti masyarakat di negara barat di mana hak anak-anak terlalu dijaga sehingga apabila dewasa, mereka mengabaikan ibu bapa mereka.



"Sebab itu orang-orang Barat banyak yang musafir (kerana) mereka tak hiraukan ibu bapa mereka lagi," katanya.

Menurut beliau, semasa kejadian banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Kelantan, Pahang dan Perak baru-baru ini, ramai anak-anak yang tidak pulang melawat ibu bapa mereka yang menjadi mengsa banjir.

Mengulas tentang kandungan akta baharu yang dikatakan bakal menghukum ibu bapa atas kesalahan merotan anak, beliau berkata dalam Islam perbuatan memukul anak itu diharuskan, namun tidak boleh sehingga mendera.

Beliau juga mengungkap sebuah Hadis di mana Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "“Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukul lah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka."

Bagaimanapun, katanya pukulan tersebut sudah tentu bukan pukulan yang mendera atau di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti kemaluan dan muka, atau dengan objek yang tidak sepatutnya termasuk najis, ataupun dengan mencela mereka, kerana Islam melarang kesemua perbuatan itu.



Pada Sabtu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim telah mengumumkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya, Jun ini.

Antara kandungan akta baharu itu termasuk cadangan menjadikan hukuman merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Cadangan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi terutama di media sosial di mana rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan itu.

Bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan pada Ahad telah memberi penjelasan bahawa bukan semua tindakan merotan akan dikategorikan sebagai kesalahan jenayah seandainya ia tidak menyebabkan kecederaan fizikal atau mental. - Astro Awani




Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
"Jika merotan satu kesalahan, bagaimana pula anak yang menderhaka?" Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:23 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Setuju..

    Santai - https://www.youtube.com/watch?v=TMLr5tOjF3A

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.