Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Fathul tak tolak kerajaan campuran wujud selepas kerjasama banjir

Dr. Fathul Bari bersama Dato' Sri Najib Razak dan Datuk Seri Mustapha Mohamed memberi sedikit tazkirah dan semangat kepada mangsa banjir dan sukarelawan di Tumpat, Kelantan.

SHAH ALAM: Pemuda Umno tidak menolak kemungkinan kerajaan campuran antara Umno dan PAS Kelantan dapat diwujudkan sekiranya kerjasama berhubung isu banjir ini 'membuka jalan' ke arah tersebut.

Namun Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, buat masa ini apa yang penting membantu rakyat Kelantan untuk membangunkan semula penempatan mereka yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.

"Bagi saya yang saya nak fokuskan (adalah) kerjasama untuk bangunkan semula negeri Kelantan.

"Jadi pembangunan negeri Kelantan itu sudah tentu perlu kerjasama antara kerajaan Pusat dengan negeri Kelantan. Saya kira kerajaan Pusat tiada masalah untuk bantu, saya difahamkan antara bajet yang diumumkan baru-baru ini RM500 juta (untuk Kelantan).

"Saya kira cadangan Sinar Harian itu peringkat yang kedua. Saya yakin kerajaan campuran ini boleh terhasil dengan kerjasama positif di peringkat permulaan.

"Ia sewajarnya merentasi fahaman politik, itu yang perlu kita bina sekarang. Rentetan dari kejayaan ini, mudah-mudahan bila ada kerjasama yang positif diantara mereka baru kita boleh berbicara mengenai kerajaan campuran. ," katanya kepada Antarapos.






Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan oleh penerbit akhbar Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacob agar PAS dan Umno bersatu dalam menangani isu banjir di Kelantan.

Katanya, kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri untuk membantu rakyat sudahpun bermula walau tidak melalui kerjasana kerajaan campuran.

Akhbar tersebut turut mengutip kenyataan pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata, kerjasama “kerajaan campuran” di antara BN dan PAS itu telah dilaksanakan.

Katanya ia boleh dilihat dalam beberapa urusan terutama dalam menangani bencana banjir ketika ini.

Tambah Fathul lagi, sekiranya kerjasama yang sedang berjalan ini tidak berlangsung dengan baik, maka hasrat ramai pihak itu mungkin belum tiba masanya lagi.

"Tanpa kerjasama positif di permulaan, usah bicaralah mengenai kerajaan campuran. Dalam tempoh ini masing-masing berbicara isu soal mangsa banjir, bantuan dan sebagainya," katanya lagi. - AntaraPos








Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Fathul tak tolak kerajaan campuran wujud selepas kerjasama banjir Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.