Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Fahami erti kebebasan bersuara



KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu memahami dan mengetahui pengertian kebebasan bersuara dengan lebih mendalam supaya tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi dan bentuk penghinaan terutama berkaitan dengan sensitiviti kaum dan agama.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, terdapat segelintir masyarakat yang menyalah tafsir dan keliru tentang definisi kebebasan bersuara yang digunakan di negara demokrasi.

Katanya, golongan tersebut berpendapat mereka mempunyai hak untuk memperkatakan sebarang isu tanpa memikirkan kesan serta tidak mengetahui sama ada perkara tersebut mempunyai unsur negatif seperti cacian, fitnah atau pembohongan.






“Kita perlu sedar bahawa apabila memperkatakan sesuatu perkara, ini boleh mendatangkan tindak balas positif atau negatif daripada masyarakat di sekeliling kita.

“Selain itu, kita juga perlu berfikiran rasional dan tahu tentang kesan apabila sesuatu perkara dilakukan atau diperkatakan serta mempunyai bukti kukuh jika membuat tuduhan kerana akan mendatangkan implikasi besar kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini yang menyifatkan serangan di Perancis adalah akibat tindakan provokasi dilakukan oleh akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo.

Dr. Mahathir berkata, akhbar tersebut tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW kerana menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charlie Hebdo sebelum ini.

Dalam pada itu, Fathul Bari yang mengulas tentang tindakan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen berkata, beliau sepatutnya menunjukkan bukti terlebih dahulu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika terdapat sebarang unsur ekstremisme pada setiap Jumaat.



“Saya bimbang jika terdapat unsur politik di sebalik kenyataan yang beliau lontarkan,” ujarnya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kejadian yang berlaku di Perancis adalah disebabkan tindakan mereka yang melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam sebelum ini.

“Mereka sering membangkitkan isu tentang hak kebebasan dan demokrasi, tetapi dalam masa sama mengganggu dan menghina agama lain.

“Kita perlu menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain agar tidak mencetuskan permusuhan dan huru-hara yang boleh merosakkan keharmonian sesebuah negara,” katanya. - Utusan Malaysia








Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Fahami erti kebebasan bersuara Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:54 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.