Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Peluang kepada pemimpin muda mesti dibuktikan, bukan sekadar perbincangan tahunan - DFB



KUALA LUMPUR: Pemuda Umno menggesa janji kepimpinan parti untuk membuka ruang kepada golongan muda tidak sekadar retorik semata-mata.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, kegagalan kepimpinan parti berbuat demikian akan menyebabkan Umno terus berada di takuk lama.

"Ruang yang perlu diberikan daripada pemimpin atasan kepada golongan muda perlu dilihat dan dizahirkan. Bukan sekadar perbincangan tahunan semata-mata. Ia kena buktikan dalam kabinet, dalam kementerian, GLC dan kepimpinan parti itu sendiri.

"Sekarang baru berapa peratus sahaja, jika nak dibandingkan antara BN dan pembangkang, tak sampai 10 peratus. Hanya tujuh peratus sahaja wakil rakyat BN yang usinya bawah 40 tahun. Maka hal seperti ini perlu kita muhasabah untuk kita berubah," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.

Semalam, ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Pemuda Umno, Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu parti itu 'mencontohi' parti-parti pembangkang yang sentiasa memberi ruang kepada golongan muda menjadi pemimpin.

Seiring dengan peredaran zaman, pucuk pimpinan parti perlu memikirkan strategi itu sebagai salah satu proses peremajaan Umno.

Sebagaimana Datuk Seri Rais Yatim, Tan Sri Shahril Samad, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Isa Samad yang pernah diberi peluang sebagai menteri kabinet, menteri besar dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) ketika berusia 30-an, maka hal yang sama perlu dilakukan pimpinan masa kini.

Buat masa kini, hanya Khairy seorang daripada golongan berusia 30-an dilantik sebagai menteri kabinet.

Beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan. - Antarapos



Share terus ke facebook dan twitter anda menerusi networkblog http://www.networkedblogs.com/syndication/?bid=1438683

Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Peluang kepada pemimpin muda mesti dibuktikan, bukan sekadar perbincangan tahunan - DFB Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 9:30 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.