Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Orang Asli beragama Islam terpaksa berkahwin mengikut adat lama



"Asal menepati syariat, Jabatan Agama Islam wajar permudahkan semua urusan pernikahan yang memerlukan wali hakim. Jangan sampai Islam dipandang sebagai agama yang menyusahkan!".

Itu kata penceramah bebas, Fathul Bari Mat Jahya ketika diminta mengulas isu wali hakim yang menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli sehingga akhirnya terpaksa memilih untuk berkahwin mengikut adat Orang Asli sedangkan mereka beragama Islam.

"Saya tidak mahu menyalahkan pihak jabatan agama Islam. Apa yang saya nampak, sistem yang digunapakai untuk menjalankan urusan agama di negara kita sudah cukup cantik dan tersusun.

"Cuma birokrasi yang keterlaluan perlulah diteliti semula agar tidak menyusahkan sesiapa terutama bagi mereka yang baharu mengenal Islam,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Tambah Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu, ada kemungkinan pihak tertentu akan mengambil kesempatan di atas isu yang dibangkitkan.






"Isu ini memang serius kerana ia melibatkan agama dan keturunan. Jika jabatan agama merasakan ada sesuatu yang tidak kena, segerakanlah siasatan.

"Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli ini mesti diselesaikan secepat mungkin kerana jika lambat, seluruh jemaah yang tahu kedudukan mereka yang gagal mendapatkan wali hakim dan kahwin mengikut adat akan menanggung dosa.

"Malah lebih membimbangkan jika pasangan ini melahirkan zuriat sedangkan kita tahu bahawa mereka sebenarnya tidak bernikah mengikut tuntutan agama Islam," ujarnya.

Sehubungan itu kata Fathul Bari, jabatan agama diminta pandang serius permasalahan ini dan permudahkan semua urusan demi memarabatkan Islam.

"Ketepikan yang remeh dahulu dan utamakan yang wajib," jelasnya. - MalaysiaGazette








Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Orang Asli beragama Islam terpaksa berkahwin mengikut adat lama Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 11:30 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.