Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Ibrahim Ali, jangan mudah sangat label orang lain

Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali diminta tidak terlalu mudah melabelkan orang lain yang dilihat tidak sependapat dengannya.

Penasihat Aktivis Belia Tanahair (Abata), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar dibuat pada mana-mana individu atau organisasi yang mempunyai perspektif berlainan dengan Perkasa.

"Kita semua berbeza pendapat dan tidak semuanya harus dipersetujui. Kita hormat menghormati sesama kita dan walaupun mungkin pendirian beberapa isu tidak sama, kita tahu hala tuju masing-masing.

"Cuma perspektif lain sesama kita dilihat bukan satu tindakan mudah untuk melabelkan orang lain yang tidak sependapat...saya kita tidak wajar.

"Kita harus cari titik temu di antara kita dan pendekatan yang lebih sesuai, progresif serta intelektual," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr. Fathul mengulas kenyataan Ibrahim yang menempelak empat pemimpin UMNO yang disifatkan tidak berani membela orang Melayu.

Empat pemimpin tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Muhamad, bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.






Kata Fathul lagi, Ibrahim sendiri harus faham senario yang dihadapi beberapa pemimpin UMNO berkenaan dengan kumpulan serta golongan sasar yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Masing-masing ada kecenderungan tersendiri dan misi masing-masing.

"Masing-masing juga ada sasaran dan berkerja pendekatan berbeza, Perkasa dengan cara mereka dan UMNO dengan cara tersendiri," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, pendekatan yang dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Islam dan pemimpin UMNO harus selari dalam mempertahankan agama.

"Kita tuntut hak Melayu dan mempertahankan hak agama, itu sudah jelas.

"Semestinya kita perlu saling lengkap melengkapi daripada sibuk mencari kelemahan orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, tiga daripada empat individu yang dinyatakan, Khairy, Khairul Azwan dan Saifuddin enggan mengulas lebih lanjut mengenai tempelak Ibrahim kepada mereka.

"Biarlah dia, tak perlu, biar dia hendak kata apa," kata mereka. - Astro Awani








Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Ibrahim Ali, jangan mudah sangat label orang lain Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 11:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.