Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Akta Hasutan: Tindakan PM @NajibRazak Tidak Menyalahi Sunnah




KUALA LUMPUR - "Bagi saya tidak timbul soal mungkir janji kerana keputusan itu (kekal Akta Hasutan 1948) bukan daripada Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Abdul Razak seorang," demikian respon Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya berkenaan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan PM sudah memungkiri janji dalam soal tersebut.

Fahtul berkata, keputusan itu adalah hasil keputusan dalam Parlimen yang mana persetujuan itu merujuk kepada suara orang ramai.

"Suara ramai itu mendahlui suara individu dan cadangan Perdana Menteri pada peringkat awal tentang Akta Keharmonian Nasional, ia hanya pada soal penamaan, namun Akta Keharmonian Nasional ada empat perkara yang di fokuskan.

"Demikan juga Akta Hasutan yang telah kekalkan, disamping ada penambahbaikan kepada dua perkara asas pertama kesucian Islam dua hasutan gerakan keluar Sabah Sarawak ke luar daripada Malaysia, jadi saya kira tidak timbul masalah.

"Jadi saya rasa dia hanya pada perkataan hasutan dan harmoni itu sahaja perbezaan perkataan maka tidak timbul janji PM untuk hapuskan beliau, berbicara soal mengantikan, itu sahaja," katanya kepada Sinar Online di PWTC di sini hari ini.

Mengulas lanjut Fahtul berkata, apabila Perdana Menteri berbicara soal mengantikan, maka cadangan ia dibuka kepada perbincangan.

"Dan hasil perbincangan selepas mendengar suara rakyat itulah hasilnya... tak kan kita hendak dahulukan soal pendangan peribadi kita sahaja.

"Kalau Nabi Muhammad SAW dalam perangan Uhud sebagai ketua tentera boleh terima suara minoriti untuk berperang diluar bandar Madinah... sedangkan Nabi orang awal mencadangnkan peperangan dibuat dalam bandar Madinah jadi cadangan nabi kesampingkan semata-mata mendahului suara sahabat nabi untuk berperang diluar Madinah, kalau nabi sendiri ketepikan pandangan dan kepentingan beliau semata-mata meraikan suara ramai dalam kalangan sahabat dalam hal yang tidak bercanggah dengan syariat pun...saya kira tiada masalah PM ketepikan pandangan dan kepentingan sendiri semata untuk utamakan suara rakyat.

Semalam Anwar di Parlimen dilaporkan sebagai berkata Najib disifatkan sebagai mungkir janji apabil membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Alasan digunakan Najib kekalkan akta itu juga tidak berasas kata Anwar. - Sinar Harian





Like | Follow | Subscribe

Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscribe)
Google+ (Please Follow)
Instagram (Please Follow)
Feed Burner (Please Subscribe)
Akta Hasutan: Tindakan PM @NajibRazak Tidak Menyalahi Sunnah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.