Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

MENYINGKAP KENAIKAN HARGA BARANG

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

552154_256129187841739_1964647176_nIslam adalah agama yang sempurna sebagai pedoman untuk sekalian manusia menjalani kehidupan. Bermula sejak sebelum manusia itu dilahirkan hingga selepas kematiannya, semuanya telah dijelaskan dalam Islam hatta hal berkaitan apa yang akan berlaku di alam Barzakh, Padang Mahsyar, Syurga dan Neraka turut dijelaskan dalam Al-Quran dan Hadis. Tidak ada agama lain yang lebih lengkap petunjuknya berbanding Agama Islam.

Demikian juga hal kenaikan harga barang. Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Beberapa faedah dapat dipelajari dari hadis yang mulia ini. Antaranya adalah kita wajib meyakini bahawa naik turun harga sesuatu barang itu berlaku atas ketetapan Allah, kerana Allah adalah Pengatur seluruh urusan. Seorang mukmin tidak boleh murka atas ketetapan ini sebaliknya hendaklah mereka menahan diri (bersabar).

Kenaikan harga adalah sebentuk ujian yang Allah timpakan ke atas manusia, di mana ia adalah suatu yang tidak disenangi. Seseorang boleh menjadi terbeban disebabkan hal ini. Ujian kesempitan harta adalah Sunnatullah dan kewajipan atas manusia apabila berdepan dengannya adalah bersabar, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

Untuk keluar dari kesempitan hidup, manusia dituntut sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah dan bertakwa dengan menunaikan kewajipan serta meninggalkan laranganNya. Firman Allah, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dan dia akan diberi rezeki dari arah yang tidak pernah dia sangka.” (Surah Al-Talaq: 2-3)

Ini kerana apa saja kesusahan yang menimpa adalah disebabkan dosa atau kezaliman manusia sendiri. Setiap mukmin harus memperhatikan iman terhadap Allah yang memberi rezeki, memohon ampun daripada Allah agar kesusahan itu diangkat dari mereka. Para Rasul dan umat terdahulu mengajarkan untuk memperbanyak istighfar supaya dimudahkan urusan dan diberi jalan keluar terhadap apa saja permasalahan.

Rasulullah mengatakan, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Ahmad)

Nabi Nuh turut menasihati umatnya untuk beristighfar dan hal ini direkod dalam Al-Quran, “Aku berkata, ‘Beristighfarlah kalian kepada Tuhan kalian kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Jika kalian selalu beristighfar) Dia akan menurunkan dari langit hujan lebat dan melapangkan untuk kalian kebun-kebun dan anak keturunan kalian.” (Nuh: 10-11)

Allah berfirman, “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa pasti Kami bukakan untuk mereka berkah dari langit dan bumi. Namun mereka mendustakan, maka Kami siksa mereka sesuai dengan dosa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-A’raf: 96)

Harus diingat bahawa Allah menetapkan rezeki, baik kesenangan mahupun kesempitan sesuai maslahat hambaNya. Boleh jadi harta kekayaan dan kesenangan akan menyebabkan seseorang itu lalai, leka, jauh daripada Allah dan sibuk dengan dunia sehingga melupakan Akhirat. Banyak kita perhatikan orang kaya yang membazir, tidak menunaikan zakat, terjebak dalam maksiat dan pelbagai perbuatan melampaui batas. Allah berfirman,

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

Maka jangan terlalu bingung atau menyalahkan pihak lain atas kesempitan, sebaliknya sikap mukmin adalah melihat kesalahan diri sendiri, memperbanyak taubat serta syukur atas nikmat dengan melakukan kebaikan dan membantu orang yang memerlukan. Dengan demikian moga-moga Allah angkat musibah dan tambahkan nikmatNya kepada kita. Menyalahkan orang lain tidak akan memperbaiki keadaan. Hendaklah kita berbaik sangka terhadap Allah yang Maha Memberi Rezeki.

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 08 September 2013
MENYINGKAP KENAIKAN HARGA BARANG Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 7:00 AM Rating: 5

18 comments:

  1. Zunairah Habibi09 September, 2013

    Maaf ustaz, tapi komen ustaz nie mcm menafikan ikhtiar sahaja.

    ReplyDelete
  2. Tidak menafikan ikhtiar, di atas itu dibawakan hadis: Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

    Itu perintah untuk berusaha.

    ReplyDelete
  3. khairulklang09 September, 2013

    Assalamualaikum. Ustaz Fathul Bari perlu lebih berani dengan membuat kenyataan bahawasanya nasihat-nasihat diatas tidak hanya tertakluk kepada peniaga sahaja sebaliknya ianya ditujukan kepada semua peringkat termasuklah pihak kerajaan yang menetapkan harga syiling barang juga sebenarnya tidak memenuhi tuntutan hadis-hadis diatas.

    ReplyDelete
  4. Zunairah Habibi09 September, 2013

    Takkan al fadhil ustaz taknak sarankan kpd Para Penguasa supaya kurangkan pembaziran? Takkanlah ketetapan Allah juga kalau harga barang and harga minyak naik itu adalah disebabkan pembaziran para penguasa?

    Saya rasa, pemimpin kena menjadi contoh yg baik supaya rakyat dpt mengikut. Contohnya, sebelum menyuruh rakyat supaya berikhtiar mengurangkan pembaziran. Ada baiknya, pemimpin yg memulakan ikhtiar dahulu mengurangkan pembaziran.

    Bukankah firman Allah ada menyebut:

    “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

    Saya rasa ayat ini terpakai kpd semua org dan itu termasuk pemimpin.

    Saya suka nak memetik kisah Imam Nawawi dgn Raja(kisah ini diambil melalui blog Minda Tajdid: Dr MAZA), cuba ustaz baca dgn lapang dada takyah pedulikan tanggapan ustaz pada si penulis:

    Dr MAZA berkata:

    Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

    Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

    Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

    Saya amat tertarik dgn sikap Imam Nawawi ini.

    Akhir kalam, saya akui saya adalah org biasa yg jahil lagi kekurangan ilmu. Tdk seperti Ustaz yg mempunyai ilmu yg tinggi yg membuatkan ramai org yg kagum dgn ilmu ustaz termasuk saya sendiri.

    Oleh itu, saya hrp ustaz renungkanlah komen saya ini, untuk terima atau tdk itu terserah sbb ustaz lebih berilmu. Kalau ada pencerahan lanjut sila lontarkan kpd kami-rakyat yg jahil-yg masih memerlukan bimbingan. Mudah-mudahan Allah memperelokkan keadaan ustaz dan memuliakan ustaz dgn ilmu yg ustaz miliki.

    Wallahu Aalam.

    ReplyDelete
  5. Amiin moga hati kita semua lebih tenang dgn meredhoi apa yg berlaku, byk sgt nikmat2 lain yg telah diberi.

    ReplyDelete
  6. Zunairah Habibi. Bukan di sini (blog, facebook dan yang serupa dengannya) tempatnya untuk menasihati pemimpin. Saranan untuk menasihati pemimpin supaya kurangkan pembaziran adalah bagus. Cuma, tempatnya bukan di sini. Nabi suruh nasihat pemimpin secara berhadapan empat mata.

    ReplyDelete
  7. saya percaya ini baru mukaddimah pada penghuraian yg lebih panjang lebar. kalau kita hanya baca harakah dan ikut pas sampai mati pon kita tak akan tau bahawa zaman nabi muhammad saw dah ada peristiwa kenaikan harga barang.

    ReplyDelete
  8. salam..isu ini perlu dijawab dgn baik..mohon ustaz buat pencerahan..saya anggap ini sebagai perselisihan pendapat di kalangan ulama..tetapi y penting dpt kn titik persamaan di sebalik perbezaan untuk menambah baik ilmu y ada..jgn biarkn persoalan dibiarkn tanpa jwpn..

    ReplyDelete
  9. Harga adalah ketetapan, maka tawar menawar itu menolak ketetapan?

    ReplyDelete
  10. Ibnu Muhammad10 September, 2013

    DIATAS ilmu dan ketetapan Allah subhanahu wata'ala yang menetapkan kenaikan harga barang,mudah-mudahan dengan segala ketetapaan dan ujian ini,

    1. RAKYAT semakin mengamalkan polisi hidup berjimat cermat dan dapat membezakan antara keperluan dan kemewahan

    2. RAKYAT dapat bersabar didalam menghadapi kesan-kesan daripada kenaikan harga barang tersebut

    3. PEMIMPIN semakin menyedari kesilapan mereka didalam membelanjakan hasil pendapatan negara

    dan ujian serta ketetapan ini bukanlah seharusnya menjadi peringatan bersama untuk kedua-dua PEMIMPIN dan RAKYAT dan bukanlah terkhusus untuk rakyat sahaja

    RAKYAT yang menyuarakan pendapat walau bagaimanapun caranya samada keras atau lembut,ada yang bertujuan mengingatkan pemimpin terhadap kesalahan-kesalahan mereka,bukankah pemimpin juga MUSLIM?

    عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)

    Dari Anas radhiyallahu 'anh, dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

    (Bukhari dan Muslim)

    DAN seharusnya ayat dibawah ini menjadi peringatan untuk kedua-dua golongan samada PEMIMPIN atau RAKYAT,iaitu sebagai rakyat yang seharusnya bersabar dengan segala masalah-masalah kepimpinan, dan PEMIMPIN yang menerima KETENTUAN TAQDIRNYA sebagai pemimpin harus menyedari tanggungjawab dan amanah yang diberikan,kerana perintah "ATHII 'ULLAHA WA ATHII 'URRASUL" itu selamanya tidak pernah membezakan peranan dan tanggungjawab baik RAKYAT atau PEMIMPIN

    :: FIRMANNYA LAGI ::

    فَكَيْفَ إِذَا جَمَعْنَاهُمْ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

    Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.

    قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    (Surah Ali-Imraan ayat 24-25)

    Allahu a'lam

    ReplyDelete
  11. Seorang Insan10 September, 2013

    Sorry yer Ustaz, Pada zaman Nabi tu, Nabi dah manage negara dengan baik. Namun harga naik mungkin disebabkan kekurangan bekalan atau masalah2 lain. Tapi kenaikan harga barang di Malaysia disebabkan ekonomi negara sedang merudum disebabkan kepincangan pengurusan pihak atasan. Bukan menyalahkan atau menuding jari tapi ia adalah kenyataan. Contohnya elaun2 menteri yang begitu mewah. Perbelanjaan yang tidak munasabah. BR1M diberi hanya untuk mengaburkan mata rakyat. Adalah lebih baik duit itu dibuat untuk pembangunan ekonomi dan bukannya hanya bantuan ehsan sebegitu. Perkataan bantuan ehsan itu sendiri sepatutnya tak boleh dipakai kerana ianya adalah duit rakyat dan bukan duit kerajaan. Kerajaan hanya menguruskan duit rakyat dan pengurusan sekarang terlalu banyak tangan2 gelap. Mungkin tuduhan saya tidak berasas namun, itulah kenyataan. Rasuah berlaku sana sini.

    ReplyDelete
  12. Betulkah cerita ini?..atau sekadar rekaan?..yang mana perlu kita ikut?..rasulullah kah atau cerita2 ulamak yang kita belum pasti benar atau palsu?

    ReplyDelete
  13. Zunairah Habibi nah ini jawapan kps soalan anda
    http://www.youtube.com/watch?v=R2Oi3hO44GA&feature=youtu.be

    ReplyDelete
  14. Al Qabid - Yang menyempitkan dan Al Basit- Yang melapangkan...Adakah selain dari Allah ada lagi kuasa yang dapat menyempitkan dan melapangkan kehidupan kita? Pasti tidak ada...Atau adakah kita hanya menerima ketetapan yang baik dr Allah tetapi apabila Allah menetapkan sesuatu yang buruk kepada kita ..maka tersingkaplah sikap kita menyalahkan pihak2 yang berkaitan diatas mudarat yang menimpa kita..sikap orang beriman ialah dia bersyukur dengan kebaikan dan dia redho dengan ujian kerana semuanya dari Allah semata. terimalah apa yang diputuskan oleh Allah swt kepada kita.. Jadilah hamba yag redho dengan ketetapan Allah dan berusahalah mencari keduniaan.

    ReplyDelete
  15. Dalam persekitaran kerja, dalam apa yang kita lalui hari-hari, kita biasa dengar faktor "luar kawalan" dan "boleh dikawal". Kita bawa kereta dah betul, tiba-tiba ada lori terbabas, rempuh kita, itu faktor "luar kawalan". Kalau nak kata ini TAKDIR memang betullah. Mat Rempit, bawa motor punya laju, hilang kawalan lalu terlanggar pokok dan patah tengkok. Tak boleh terus nak kata TAKDIR. Sebab diawalnya ia merupakan fator "boleh dikawal" sama ada boleh dipandu laju dan melulu atau dipandu cermat. Nak kaitkan dengan UFB yang masih nak menegakkan benang basah. Boleh kata "kenaikan harga" itu TAKDIR, kalau segala usaha dah dibuat, pembaziran/ketirisan/rasuah semua dihindar, bantuan (BR1M, Handphone, Basikal) diberi tanpa muslihat. Tapi kalau sebaliknya dan kita nak mengatakan TAKDIR, pendusta agamalah tu.

    ReplyDelete
  16. Sebuah Catatan Notaku15 September, 2013

    Hmmmm

    ReplyDelete
  17. Ustaz sudah goyang....Sila jawab persoalan-persoalan yang dilemparkan dari komentar yang lain. Adakah pembaziran dari pemimpin juga adalah ketetapan Allah?

    ReplyDelete
  18. Kerajaan memang dah mengawal Harga barang melalui KONSEP HARGA KAWALAN dan PRICE CEILING

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.