Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

WASPADA PEMIKIRAN SYIAH & KHAWARIJ YANG MENULAR DALAM NEGARA

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

182992_10151960650028327_1416555606_nAhli Sunnah sentiasa mengikuti nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah di dalam menilai kedudukan para sahabat. Maka orang-orang yang tersesat dalam menilai keutamaan dan kedudukan para sahabat adalah orang yang menyelisihi manhaj ini.

Para sahabat Nabi dididik dan dipelihara oleh wahyu. Apabila mereka tersilap, Nabi akan perbetulkan kesilapan mereka. Kalau Nabi tidak sebut, wahyu akan turun menegur tindakan dan perbuatan para Sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Didikan mereka adalah wahyu. Zaman mereka adalah zaman yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Adapun kita pada hari ini, siapakah yang memperbetulkan kesalahan kita? Bahkan kita sering menyangka apa yang kita lakukan dan sebutkan adalah yang terbaik dan benar.

Ahli Sunnah wal Jamaah sepakat bahawa Sahabat yang paling mulia secara mutlak adalah: Abu Bakar Al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu, kemudian Umar bin Al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu, kemudian Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, kemudian Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, kemudia ahli syura iaitu yang diwasiatkan oleh Umar radhiyallahu ‘anhu untuk memilih khalifah sepeninggal beliau, kemudian 10 orang yang dijamin syurga, kemudian yang menyaksikan perang Badar dari kalangan Muhajirin, kemudian yang menyaksikan perang Badar dari kalangan Ansar, kemudian mereka yang berhijrah sebelum Al-Fath (perdamaian Hudaibiyah) dan yang ikut berperang mereka lebih tinggi darjatnya dari yang menafkahkan hartanya dan ikut berperang setelah itu, dan masing-masing telah Allah janjikan kebaikan baginya. (Syarh Usul I’tiqad Ahlis Sunnah, Al-Lalaka-i)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut keutamaan Abu Bakar dan Umar berbanding sahabat yang lain,

اقتَدُوا بِاللذَينِ مِن بَعدِي : أَبِي بَكر وعُمَرَ


“Ikutilah dua orang sesudahku: Abu Bakar dan Umar.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas, “Baginda tidak mengkhususkan hal ini bagi selain mereka berdua. Dan Baginda mengkhususkan Abu Bakar dan Umar untuk diikuti.” (Majmu’ Al-Fatawa)

Ibnu Taimiyah adalah seorang tokoh yang mempertahankan Sahabat Nabi habis-habisan. Beliau cukup dibenci oleh puak Syiah dan Khawarij. Sebab itu kalau kita melihat seseorang itu membenci Ibnu Taimiyah, berhati-hatilah kita dengan akidahnya, berkemungkinan orang tersebut berkecenderungan kepada Syiah atau Khawarij.

Sampai ke hari ini, ulama-ulama Islam kalau hendak membuat kajian tentang Syiah tidak akan lari daripada penulisan Ibnu Taimiyah, Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. Itu adalah di antara penulisan beliau yang paling polular, kritikan dan penolakan fahaman-fahaman Syiah melampau. Sebab itu golongan Syiah sangat benci kepada beliau. Golongan Khawarij juga benci kepada Ibnu Taimiyah kerana Ibnu Taimiyah menyeru kepada mentaati pemerintah sebagaimana pemahaman salaf.

Ibnu Taimiyah tidak memberontak kepada pemerintah, walaupun pemerintah menangkapnya masuk penjara. Muridnya sekian ramai termasuklah Ibnu Qayyim, namun dia tidak menyuruh dan tidak membenarkan mereka membuat demonstrasi bagi membebaskan dirinya sekalipun dia di pihak yang benar. Dia mentaati pemerintah, sebab itu golongan Khawarij tidak bersetuju dengan Ibnu Taimiyah.

Pada hari ini, golongan yang menolak sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum mungkin menolak mereka secara langsung atau secara tidak langsung. Jadi kita kena berhati-hati dengan kedua-dua kelompok ini; Khawarij dan juga Syiah. Kerana mereka saling berkongsi ideologi dan pemahaman dalam isu-isu berkaitan sahabat Nabi.

Syiah mengkafirkan sebahagian sahabat Nabi dan mengangkat sebahagian yang lain secara berlebihan, Khawarij mengkafirkan sahabat Nabi yang mereka katakan tidak berhukum dengan hukum Allah. Perkongsian ideologi ini telah berlaku di dalam negara ini, maka kita perlu lebih berhati-hati agar tidak terjebak dalam gejala terrorisme dan pemberontakan yang sebenar akibat terpengaruh dengan pemikiran kelompok ini.

Wallahu a'lam
WASPADA PEMIKIRAN SYIAH & KHAWARIJ YANG MENULAR DALAM NEGARA Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 8:49 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Salam. Dua kumpulan ni memang membimbangkan. Perlu semua pihak pemerintah ehwal Islam, ngo Islam n pemimpin masyarakat politik mengetahui n sedar n usaha tanganinya. Betulkan, beri nasihat n menjauhi budaya ini.jangan atas nama hak asasi demokrasi kita terjebak n menyelisihi ASWJamaah.

    ReplyDelete
  2. aslmkm...saya ingin meminta pendapat ustaz tentang pendekatan kita pada syiah...saya salah seorang yang mengikuti laman facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia (harap ustaz boleh luangkan masa di page ini kemudian hari). Untuk pengetahuan ustaz kami sering berbeza pendapat tentang pendekatan pada syiah. Maksud saya..ada segelintir dari kami yang melaung2kan jihad menentang syiah (mereka mengkafir dan menjatuhkan hukum bunuh kepada syiah)..ada juga yang berpendapat agar kita perlu berdakwah kepada mereka dahulu...kalau boleh minta ustaz jelaskan pendekatan yang terbaik menghadapi syiah didalam negara ataupun syiah di luar negara. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalmu'alaikum wr. Wb.
    islam terus bergejolak, sangat memprihatinkan. Mengapa meski memusuhi syi'ah, bukankah berdakwah berdakwah itu lebih baik, jika mereka tdk menerima, mengapa meski menyakiti. Bukankah islam adalah rahmat bagi seluruh umat, bukankan hidayah itu milik Alloh swt, bukankah terserah Alloh hendak memberikan pada siapa. Bukankah syi'ah jg bersaksi tiada tuhan selain Alloh dan Muhamad utusannya. Mengapa begitu mudah mengkafirkan mereka, bukankah Alloh yang lebih tau segalanya. Bukankah haram hukumnya membunuh seorang muslim. Maaf, sy bukan pendukung syi'ah, dan pengetahuan agama saya juga masih dangkal. Sy hanya berfikir kenapa kita terus bermusuhan, apakah menyakiti mereka dapat menuntun mereka kepada hidayah, apakah semua itu tdk hanya menambah kebencian di hati mereka. Apakah mereka harus dihabisi semua agar tidak menyesatkan lagi,apakan kita ingin mnjd sekejam itu. Mengapa kita tidak hidup berdampingan dengan damai. Dengan syi'ah, dengan non muslim. Mengapa kita tidak memfokuskan diri pada perbaikan. Kenapa terus membahas hal2 yang memicu permusuhan. Apakah kita tidak ingin perang segera usai, agar anak-anak dapat tumbuh dengan baik dan aman. Ya Alloh tuhan yang maha agung, ampunilah atas segala dosa hambamu ini.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.