Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

USAHA MENYINGKIR IMAM YANG DIKATAKAN WAHABI

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

395753_465581380183415_1949415956_nSoalan: Ada masjid buat petition untuk singkirkan imam masjid kerana dikatakan wahabi kerana dia tidak baca doa selepas solat dan tidak baca qunut. Minta komen Ustaz.

Jawapan:

Mereka yang buat petition ini tidak faham, imam itu saya kira bukan tidak baca doa, dia baca doa tetapi tidak baca secara kuat dan berjamaah. Orang yang belajar sunnah juga seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, jangan lepas bagi salam terus bangun. Memang kadang-kadang kita sibuk dan tidak ada masalah untuk bangun selepas solat, tetapi berzikir selepas solat ada dalam petunjuk Nabi, ada dalam hadis Nabi. Maka duduk dan berzikirlah secara perlahan dan sendirian.

Seingat saya pernah dibahaskan oleh Syeikh Ali Hasan Al-Halabi, imam selepas dia memberi salam, dia akan menyebut Astaghfirullah 3x, kemudian dia menyebut Allahumma Anta As-Salam wa minka al-Salam tabarakta Ya Zal Jalali wal Ikram, kemudian dia akan beralih pusing menghadap makmum.

Sebelum imam pusing menghadap makmum, kita diminta duduk di tempat kita, jangan bergerak dahulu sampai imam beralih. Ulama membahaskan perkara itu, antara hikmahnya adalah agar imam memperhatikan makmumnya, siapa yang hadir solat dan siapa yang tidak hadir solat. Itu di antara sunnahnya.

Jadi kita kena tunjukkan contoh kepada mereka bahawasanya memang ada zikir selepas solat. Kesan buruknya sampai orang mengatakan bahawa puak-puak ini tidak baca doa selepas solat disebabkan sikap kita sendiri yang terus bangkit apabila selesai solat.

Saya yakin imam itu berzikir, cuma dia tidak berzikir secara berjemaah. Sebenarnya boleh berzikir secara kuat asalkan tidak dilakukan secara berterusan dan tidak dianggap sunnah. Imam boleh iklankan kepada makmum bahawa dia akan berzikir secara kuat dalam tempoh enam bulan untuk tujuan mengajar bagaimana zikir yang Nabi ajarkan (selama mana tidak ada makmum yang masbuq sedang mengerjakan solat). Selepas enam bulan, masing-masing akan berzikir secara sendirian. Bukan dilakukan secara berjamaah, tetapi sekadar kuatkan suara untuk tujuan mengajar.

Namun kadangkala disebabkan sikap imam atau sikap orang yang bersama-sama dengan imam, impak dan kesan buruknya adalah kepada imam itu sendiri.

Isu tidak baca doa qunut, benda ini benda yang saya kira sangat biasa tetapi kadangkala ada orang yang tidak faham menyebabkan berlakunya kesan buruk. Orang seperti ini apabila pergi ke Makkah dan Madinah dia tidak kisah pun tidak baca qunut, tetapi apabila balik ke Malaysia mereka kalut hendak membaca qunut. Ada setengah orang, doa qunut pun dia tidak hafal, tetapi apabila imam tidak baca qunut dia marah.

Isu doa qunut itu sendiri, doa qunut mana yang Nabi ajar. Bacaan doa qunut witir itu yang Nabi ajar. Adapun bacaan doa qunut subuh tidak ada disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yakni lafaz bacaan itu. Jadi sebagai imam terpulanglah dia hendak buat qunut nazilah pada mana-mana waktu pun, dia boleh buat qunut nazilah pada waktu Isyak, Maghrib, Subuh, Zuhur, dan tidak mengkhaskan pada waktu Subuh sahaja. Jadi apabila masyarakat dibiasakan seperti itu, apabila ia ditinggalkan sekali sekala pada waktu Subuh mereka tidak akan kisah sangat.

Adapun isu wahabi, semua kita wahabi. JAIS wahabi, JAKIM wahabi, JAWI wahabi. Kenapa wahabi? Sebab berlawan dengan Syiah. Syiah lawannya Wahabi. Syiah melawan Saudi, Saudi jadi yang paling kuat wahabi. Wahabi nombor satu adalah Saudi, sebab Saudi musuh nombor satu Syiah.

Bahkan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah tokoh yang paling banyak menulis kritikan terhadap Syiah. Tulisan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah rujukan utama yang dipakai sepanjang zaman, Minhaju Al-Sunnah Al-Nabawiyah. Rujukan paling kuat untuk menentang Syiah. Bahkan orang yang tidak suka Ibnu Taimiyah pun akan memakai kitab Ibnu Taimiyah apabila hendak menentang Syiah.

Jadi siapa yang mengkritik Syiah, yang melawan ajaran sesat berkaitan akidah akan dituduh Wahabi. Contohnya di Pulau Besar Melaka, pihak jabatan agama pergi meroboh binaan kubur yang disembah di sana, Jakim mengeluarkan arahan-arahan melarang tangkal dan perbuatan syirik, semua ini dikatakan wahabi. Ini kerana dakwah tauhid dan menghapuskan Syirik ini adalah modus operandi yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ketika melakukan dakwah Tauhid di Saudi dulu. Dia popular kerana mempertahankan akidah, maka sesiapa yang mempertahankan akidah Tauhid akan dikatakan wahabi.

Dakwah Muhammad bin Abdul Wahab bukan tertumpu pada masalah feqah. Adapun masalah fekah hanyalah khilaf yang berlaku antara mazhab sahaja, seperti Maliki, Hanbali, Syafi’i, Hanafi. Ini masalah kecil jika hendak dibandingkan dengan masalah-masalah akidah.

Jadi daripada mereka hendak mengatakan orang wahabi, lebih baik mereka semak semula kerana silap-silap mereka juga wahabi.

Wallahu a’lam.
USAHA MENYINGKIR IMAM YANG DIKATAKAN WAHABI Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 1:27 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Mungkin imam tu perlu jelaskn dahulu serta bacakan dalil2nya supaya makmum yg tak tahu menjadi tahu sebelum menghilangkn qunut dalam solat subuh, kita masih dalam proses pemurnian sunnah, bukan smua mampu digest dengan lancar, kekadang ada yg cepat, ada juga penerimaannya lambat.

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera, ada dua golongan islam sahaja ke?.dimana ahlussunnah waljamaahnye?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ,
    ان بني اسراءيل تفرقت علي ثنتين وسبعين ملة وتفترق امتي علي ثلاث وسبعين ملة كاهم في النار الا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله ؟ قال : ما انا عليه واصحابي
    Ertinya : bahawasanya bani israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah(firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah,semuanya masuk neraka kecuali satu..sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : siapakah yang satu itu ya rasulullah?..nabi menjawab : yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai peganganku(I’tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku..
    (hadis ini diriwayatkan oleh imam turmizi,lihat sohih turmizi) dan banyak lagi hadith yang serupa.

    Jadi jumlahnya adalah
    1.kaum syiah : 22 aliran
    2.kaum khawarij : 20 aliran
    3.kaum mu’tazilah : 20 aliran
    4.kaum najariyah : 3 aliran
    5.kaum murjiah : 5 aliran
    6.kaum jabariyah : 1 aliran
    7.kaum musyabbihah : 1 aliran
    JUMLAH 72 aliran
    Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham kaum ahlussunnah wal jamaah,maka cukuplah menjadi 73 firqah,sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan imam turmizi. Persoalannya dimanakah WAHABI?.ketahuilah wahabi datang selepas zaman Sahabat dan dipelopori oleh MUHAMMAD BIN ABD WAHAB yang mengikut sejarahnya ANTARA GURU2NYA ialah seorang syeikh majmui yaitu seorang ORIENTALIST .Jadi ertinya WAHABI ialah satu aliran yang sudah dicemari oleh orientalist barat.boleh bayangkanlah bagaimana isi ajaran agama yang dicedok dari musuh.
    Demikianlah sedikit ilmu yang boleh kongsi bersama..semoga memberi manfaat kepada semua..Wallahu a’lam..

    ReplyDelete
  4. http://puterasembilan.blogspot.com/2012/12/menmbongkar-rahasia-wahabi-satu.html. Maaf pembaca sekelian , silalah baca tentang ini ,moga ada manafaatnya,

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.