Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Pilihanraya: Hukum sertainya & Hendak pilih siapa?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

hukum pilihanrayaSoalan: Adakah pilihan raya sistem Islam dan bolehkah sertainya? Siapakah yang harus dipilih dalam pilihanraya?

Jawapan:

Perlu kita fahami bahawa asal hukum pilihan raya di dalam Islam adalah tidak ada. Asal hukumnya, pilihanraya bukan sebahagian daripada undang-undang Islam. Ia adalah undang-undang demokrasi. Dan demokrasi asalnya bukan merupakan sistem Islam.

Namun pada hari ini, keberadaan kita di dalam sistem ini membuatkan kita terpaksa memilih. Ini kerana, asal agama kita adalah seperti mana bait kaedah yang disusun oleh Syaikh Nashir As-Sa’di,

الدِّيْنُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْمَصَالِحِ * فِيْ جَلْبِهَا وَالدَّرْءِ لِلْقَبَائِحِ


“Agama ini dibina di atas dasar kemaslahatan, mendatangkan maslahat dan menolak kemudharatan.”

Dan beliau meneruskannya lagi di dalam bait syair tersebut,

فَإِنْ تَزَاحَمْ عَدَدُ الْمَصَالِحِ * يُقَدَّمُ الأَعْلَى مِنَ الْمَصَالِحِ


وَضِدُّهُ تَزَاحُمُ الْمَفَاسِدِ * مُرْتَكَبُ الأَدْنَى مِنَ الْمَفَاسِدِ


“Apabila berlaku pertembungan di antara kemaslahatan, maka didahulukan maslahat yang lebih besar.

Dan lawannya, apabila bertembung keburukan-keburukan (yang banyak), maka ambillah keburukan yang paling sedikit (kecil).”

Ini adalah asas yang juga merupakan kaedah yang perlu kita praktikkan, khususnya di dalam berhadapan dengan isu yang dipersoal dan dibangkitkan, iaitu hendak memilih siapa.

Ia tidak semestinya terletak pada orang yang menggunapakai nama Islam. Sebaliknya hendaklah kita memilih pihak yang mendatangkan kemaslahatan kepada umat Islam secara khususnya dan secara keseluruhannya.

Maka pada ketika ini, menjadi satu kewajipan kepada kita untuk melakukan sesuatu, iaitu memilih pemimpin yang memberi kemaslahatan yang lebih besar atau setidak-tidaknya yang mudharatnya lebih kecil.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa di sana ada pandangan ahli ilmu yang meminta agar para pendokong Ahli Sunnah ini supaya menjauhkan diri daripada isu-isu politik kerana ia sebenarnya mendatangkan fitnah yang lebih besar daripada kebaikan yang berpanjangan.

Ini kerana sebahagian orang politik (bukan semua) hanya manis mulut pada hari-hari kempen mereka. Akan tetapi kita melihat dan kita telah maklumi apa yang berlaku setelah itu.

Wallahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman: Abu Aqif Studio
Pilihanraya: Hukum sertainya & Hendak pilih siapa? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Bukan demokrasi tidak ada saje dalam Islam, bahkan Ianya haram. Knapa ustaz x sebut? Bacalah kitab Asy-Syaikh Muhammad bin Abdullah Al-Imam mengenai demokrasi dan pilihanraya. Dan seperkara lagi, terlalu daruratkah sehingga sampai kpd tahap menceburkan diri dalam sistem demokrasi? Bermula dengan alasan maslahat dan mafsadah, kemudian sedikit demi sedikit bermudah-mudah. Ittaqillah. Janganlah merosakkan lagi da'wah salaf yg sedia sukar ini, Allahul musta'an

    ReplyDelete
  2. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

    (H.R. Muslim)

    ReplyDelete
  3. Barakallahu fik. Terima kasih atas nasihatnya. Apa pun, kita perlu berdepan dengan realiti, di mana kita telah pun berada di dalam sistem ini dan realitinya kita berdepan dengan mafsadah-mafsadah. Sama ada menyertainya atau pun tidak, kedua-duanya adalah keburukan. Maka menurut kaedah, kita harus memilih mafsadah yang lebih kecil. Meninggalkan langsung dalam keadaan kita telah berada di dalamnya akan mengakibatkan mafsadah yang lebih besar. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah mendengar, seorang ustaz mengatakan politik adalah wajib kerana allah telah melantik nabi dan rasul menjadi khalipah.

    Saya agak keliru, Pada saya Orang yang berkusa dilantik olleh allah atas kehendaknya (denga cara yang dia aturkan)

    Sistem Demokrasi sekarang membolehkan orang baik memilih orang baik dan orang jahat memilih orang jahat. Oleh kerana orang baik sedikit, terpaksa mememinta pertoloingan orang jahat, tentulah dengan dengan janji yang sesuai dengan mereka.

    Oleh itu Demokreasi hari ini tidak Islamik, Tetapi inilah makanan didedepan kita yang terpaksa pilih, walaupun pahit

    ReplyDelete
  5. Penghuni Malaya20 April, 2013

    Maka Undilah Barisan Nasional. Hanya BN yang mampu mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Kami tak nak pilih org penipu dan jual agama:
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151633468012990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1&relevant_count=1

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.