Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam serius dalam menolak Fitnah

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

484731_504871196215766_1349281202_nMenangkis fitnah adalah tugas dan tanggungjawab kita semua lebih-lebih lagi kepada umat Islam. Saya ingin berkongsi satu kisah bagaimana cara Nabi menolak fitnah yang berlaku pada zaman Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, apabila munculnya orang seperti Ka’ab bin Al-Asyraf, seorang Yahudi Madinah yang ditaja dan ada kesepakatan dengan golongan Arab Jahiliyah di Makkah.

Dia adalah seorang penyair, dan melalui syairnya dia menghina Islam dan menghina Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Budaya dan hobi masyarakat Arab pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah bersyair (seperti pantun dan sajak). Itu di antara hikmah Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang sangat tinggi dan sangat hebat susunannya.

Oleh kerana ramai yang meminati syair, Ka’ab bin Al-Asyraf diminta supaya menyusun syair-syair menghina Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, menghina agama Islam, dan menghina Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini fitnah.

Bagaimana cara Nabi menangkis dan menolak fitnah? Baginda bersabda kepada para Sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in,

من لكعب بن الأشرف، فإنه قد آذى الله ورسوله


“Siapakah yang akan (mencari) Ka’b bin Al-Asyraf. Sesungguhnya dia telah menyakiti Allah dan Rasul-Nya.”

Muhammad bin Maslamah segera berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau suka jika aku membunuhnya?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Benar.”

Muhammad bin Maslamah akhirnya pulang dengan membawa berita perihal Ka’b bin Al-Asyraf yang telah dibunuh. (Lihat hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kita bukan suruh pergi bunuh orang, bukan kita menangkis fitnah dengan cara itu. Tetapi kita menceritakan bagaimana dan betapa seriusnya Nabi di dalam menangani fitnah. Kita tidak boleh terus membiarkan keadaan ini.

Ada sesetengah orang mengatakan “Tidak mengapalah, biarkan sajalah mereka”. Mana boleh kita membiarkan benda yang tidak betul, benda yang salah dari segi akidah, syariah, akhlak dan manhaj sebagai Ahlus Sunnah, semua ini perlu dijawab dan perlu kita betulkan.

Ini adalah pendirian dan prinsip kita. Nabi menyuruh supaya dibunuh Ka’ab bin Al-Asyraf yang menjadi punca fitnah, dan Muhammad bin Maslamah menyambut cabaran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Dia membunuh dan mendatangkan kepada Nabi kepala Ka’ab bin Al-Asyraf. Bukan suka-suka Nabi suruh bunuh, tetapi seperti kata Nabi,

فإنه قد آذى الله ورسوله


“Sesungguhnya dia telah menyakiti Allah dan Rasulnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini menggambarkan betapa Nabi serius di dalam menangkis fitnah sampai ke tahap itu. Kita pada hari ini, tidak bolehkah kita menjawab sepatah?

Orang yang bermain dam, jawablah dengan cara orang yang bermain dam. Orang yang berceramah, jawablah di dalam ceramahnya. Orang yang mampu menulis, jawab di dalam penulisannya. Kita masing-masing berperanan.

Kita perlu bekerja dengan lebih keras dan kita perlu tegas di dalam memberikan penjelasan kepada masyarakat. Tidak boleh kita abaikan dan buat tidak tahu sahaja apabila fitnah berleluasa di depan mata. Kita perlu menolak segala fitnah yang muncul.

Wallahu a’lam.

 
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam serius dalam menolak Fitnah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. akum ustaz. saya sebagai pemilik gambar di atas berharap ustaz dapat memadam gambar tersebut kerana digunakan tanpa kebenaran saya dalam masa 24 jam. Ustaz pun tahukan hukum menggunakan sesuatu kepunyaan orang lain.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.