Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Hukum mewarnakan rambut dengan selain inai. Adakah perlu botakkan kepala?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

colorful-flowers-pictures-Favim.com-504132 (1)Soalan: Ada seorang ustaz cakap, siapa yang warnakan rambut dengan selain inai kena botakkan kepala kerana mandi wajib tidak sah. Yang bertanya adalah perempuan, adakah perempuan itu kena botakkan kepalanya?

Jawapan:

Selain daripada inai, pada hari ini pewarna rambut sudah ada banyak. Ada yang berunsur dari unsur yang halal dan ada yang berunsur dari unsur yang haram.

Cuma isunya di sini, adakah sah mandi wajib ini air wajib diratakan pada rambut atau air perlu diratakan pada kepala?

Sah mandi wajib ialah air diratakan di kepala. Buktinya ada di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di mana jelas Baginda mengatakan bahawa bagi wanita yang bersanggul atau rambutnya berpintal, dia tidak perlu membuka sanggulnya jika hendak mandi wajib.

Jadi wanita itu tidak perlu mencukur kepalanya.

Tetapi jika dia mewarnakan rambut dengan pewarna yang haram, selepas ini jangan warnakan lagi dengan pewarna tersebut.

Asal pewarna rambut ada warna hitam, ada warna oren. Warna hitam asalnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam larang. Nabi melarang khusus bagi orang yang sewajarnya pada usia tersebut telah beruban tetapi dia tidak mahu mengiktirafnya.

Melainkan kalau budak itu berumur 13 tahun tetapi rambutnya habis beruban, itu tidak kena dengan keadaannya. Adapun bagi orang yang memang sudah berusia, contohnya 30-an, 40-an, dan dia telah beruban, tidak boleh dia menghitamkan rambutnya.

Kedua, hitamkan rambut yang dibolehkan juga adalah sekiranya terlibat dalam peperangan, untuk menampakkan muda tentera-tentera Islam.

Itu pun dibahaskan disebabkan bapa kepada Abu Bakar, Abu Quhafah di dalam hadis yang boleh dibaca di dalam Riyadhus Salihin tentang hukum mewarnakan rambut, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menegurnya kerana dia datang dalam keadaan rambutnya berwarna putih.

Nabi lalu memerintahkan kepadanya,

غَيِّرُوا هَذَا بِشَيْءٍ وَاجْتَبُوا السَّوَادَ


“Ubahlah ini dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.” (Riwayat Muslim)

Dari situ ada perselisihan. Ada yang mengatakan kalau sudah tua dan beruban tidak boleh mewarnakan rambut dengan warna hitam, hendaklah mewarnakan dengan warna oren atau coklat keoren-orenan (warna inai). Adapun warna hitam betul hanya dibolehkan bagi orang-orang muda sahaja. Itu untuk tujuan peperangan.

Walau bagaimanapun, kembali kepada soalan, orang yang mewarnakan rambut tidak perlu membotakkan kepala. Sebab asal mandi wajib itu adalah meratakan air di tubuh badan.

Begitu juga dengan menyapu kepala ketika wudhu. Yang perlu disapu adalah kepala, tetapi kenapa kita menyapu rambut adalah sebab rambut berada di atas kepala. Bukan tujuannya menyapu rambut. Kalau orang yang memang botak dan tidak ada rambut, adakah dia tidak boleh wuduk kerana tidak ada rambut?

Yang betul yang perlu disapu (ketika wuduk) adalah keseluruhan kepala, bukan menyapu tiga helai rambut, atau menyapu rambut sampai ke hujungnya. Kita bukan disuruh menyapu rambut tetapi kita disuruh menyapu kepala.

Begitu juga mandi wajib, kita hanya perlu meratakan air di kepala. Jika bersanggul, sanggul itu tidak perlu dibuka, cukup sekadar meratakan air di atasnya.

Wallahu a’lam.

 
Hukum mewarnakan rambut dengan selain inai. Adakah perlu botakkan kepala? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:39 PM Rating: 5

11 comments:

  1. Saya pelik kenapa ustaz selalu hentam antara satu sama lain. Sebelum ini saya tidak berminat untuk belajar agama. Tapi pendekatan UAI membuatkan saya minat dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang yang beragama islam. UAI atau UFB dua-dua seorang penceramah yang hebat yang tidak dapat disangkal lagi. Dua-dua memberi ceramah agama dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajarnkepada mereka yang tidak tahu. Jadi usahlah menghentam antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  2. [admin]: Afwan, UFB hanya menjawab soalan orang yang bertanya kepadanya. Tidak kami melihat beliau menghentam sesiapa di dalam jawapannya di atas. Harap dapat memberi komen yang adil, barakallahu fika.

    ReplyDelete
  3. Org Perlis16 June, 2013

    Admin yg agak rabun.. tak pasti sama ada rabun mata atau mata hati... tak perlula nak bersembunyi sambil menyalak. Kenyataan saudara "Saya", diatas langsung tidak mengkhususkn kpd jawapan ufb di atas. Org yg cerdik saja faham beliau merujuk kpd kenyataan ufb yg menghentam uai dlm video2 youtbe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz,

    saya tidak faham maksud ustaz dimana ustaz kata bagi wanita yang bersanggul atau rambutnya berpintal, dia tidak perlu membuka sanggulnya jika hendak mandi wajib.

    Tetapi bukannya rambut itu harus dibilas semasa mandi wajib kalau tidak ia tidak sah ??
    Setahu saya seluruh anggota badan harus dibilas kan ??
    N when kita dye our hair the color coats our original hair color jadi does this still mean solat dan mandian wajib saya sah ??

    ReplyDelete
  5. mohon pencerahan dari ustaz, saya remaja lelaki berusia 19 tahun. dan rambut saya mula beruban sekitar umur 14-15 tahun. dan saya menggunakan inai hitam jenama HENNA bagi menghilangkan uban. dengan umur yang masih muda, ia menghalang keyakinan diri apabila beruban. dan saya menggunakan alternatif yang ada untuk menggunakan inai HENNA. apa hukumnya?

    ReplyDelete
  6. haram warna rambutkan.,botakkan kepala bagi lelaki,dan perempuan kan bertudung..takut brtudung ..mangapa perlu mewaran kan rambut.??jelas hukumnye tidak bole mewarna rambut..bagi permpuan yang sudah mewarnakan rambut..ada bleacer bole hilna jadi warna asal..

    ReplyDelete
  7. Kalau mewarnai rambut berwarna kuning / pirang boleh/sah kah solat nya

    ReplyDelete
  8. Rambut wajib dibilas dengan rata dalam mandi wajib, bukan kulit kepala sahaja. Ini adalah syarat sah mandi wajib yang saya pelajari dari dahulu lagi dan ia juga kenyataan yang dikeluarkan oleh penceramah agama JAKIM dan JAWI melalui kursus kahwin di putrajaya presint 15 yang saya hadiri 2 minggu lepas. Tidak sah hukum mandi wajib sekiranya rambut dibaluti pewarna selain dari inai. Dan apabila tidak sah mandi wajibnya, maka hampir semua amalan ibadah tidak juga sah kerana diri masih lagi dalam keadaan berhadas besar

    ("Yang perlu disapu adalah kepala, tetapi kenapa kita menyapu rambut adalah sebab rambut berada di atas kepala. Bukan tujuannya menyapu rambut..") - kenyataan ini salah dan terpesong dari hukum syarat sah mandi wajib.

    Hukum mandi wajib tidak sah sekiranya rambut tidak dibasahi air sepenuhnya, kerana rambut adalah sebahagian dari anggota tubuh badan. Saya harap ustaz dapat kaji semula kenyataan ustaz dalam artikel di atas agar tidak menimbulkan kekeliruan dan takut pula akan menyesatkan mereka yang ingin mencari ilmu. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ustaz,

    saya tidak faham maksud ustaz dimana ustaz kata bagi wanita yang bersanggul atau rambutnya berpintal, dia tidak perlu membuka sanggulnya jika hendak mandi wajib.

    Tetapi bukannya rambut itu harus dibilas semasa mandi wajib kalau tidak ia tidak sah ??
    Setahu saya seluruh anggota badan harus dibilas kan ??
    N when kita dye our hair the color coats our original hair color jadi does this still mean solat dan mandian wajib saya sah ??

    mintak penjelasan untuk masalah ini... terima kasih

    ReplyDelete
  10. faizah yahya29 August, 2014

    Biar betul ustaz ustz, klau kita mbil wuduk tp mascara tak buang p wuduk tak sah.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustaz,

    saya nak tanya . adakah sah solat jika rambut berwarna dan dihitamkan semula dengan inai ?

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.