Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Kronisme dan nepotisme dalam Umno

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

kroni dalam umnoSoalan: Dalam segala aspek, Umno dilihat lebih membudayakan politik kronisme. Islam dalam Umno hanya sekadar slogan, tidak lebih daripada itu.

Jawapan:

Orang yang mula-mula menyentuh isu kronisme dan nepotisme ini akhirnya parti mereka menjadi parti kroni, parti anak beranak dan kaum keluarga. Sebenarnya, perkataan kronisme dan nepotisme ini sangat subjektif.

Sekiranya orang tersebut benar-benar memiliki kelayakan, maka tidak ada masalah walaupun dia merupakan anak beranak atau ahli keluarga. Kadang-kadang kita melihat kronisme ini dari sudut yang sangat sempit.

Apabila satu pihak menolong pihak yang lain dan ianya berjaya, automatik orang akan memberi kepercayaan kepadanya dan akan menggunakan khidmatnya lagi pada masa yang lain. Konsep dalam masyarakat Melayu juga dikenali sebagai kenang budi.

Ini berbeza jika seseorang itu menolong satu pihak dan pertolongan tersebut tidak berjaya. Sudah tentu orang tidak memerlukan pertolongannya lagi di lain masa. Ini adalah perkara lumrah dan biasa.

Tuduhan kroni bukan berlaku pada zaman ini sahaja. Tuduhan kroni ini telah berlaku sejak zaman pemerintahan Utsman bin Affan radhiyallaahu’anhu. Bayangkan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga pun dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme, apatah lagi kita pada hari ini.

Jadi ia merupakan satu hal yang lumrah, cuma satu hal yang perlu dibuktikan adalah apakah orang yang dipilih itu benar-benar layak atau tidak layak.

Kalau dia tidak layak tetapi diberikan juga peluang, maka di situ barulah perlu disiasat apakah ada unsur-unsur kronisme dan nepotisme.  Sebaliknya, kalau dia benar-benar layak, tidak timbul isu kronisme dan nepotisme.

Wallaahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=z0xhqWDj2vA
Kronisme dan nepotisme dalam Umno Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz.
    Ustaz mempunya Facebook page?
    Sekian, Jazakalllahu khair

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.