Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Kalimah Allah: Majlis syura Pas tiada nilai dalam Pakatan

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

484653_364585920316175_858375829_nSoalan: Tentang isu kalimah Allah, kita melihat ada pertembungan pendapat antara Dato Seri Anwar dan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura. Apa komen ustaz dalam pertembungan isu ini.

Jawapan:

Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, wa ‘ala aalihi washahbihi waman waalaah, amma ba’d,

Kronologi isu kalimah Allah, pertembungan pendapat di dalam Pakatan Rakyat ini saya kira sudah lama. Pertembungan di dalam Pas sendiri di kalangan ilmuwan mereka, ada yang membenarkan dan ada yang tidak membenarkan, malah ada yang mengatakan sesiapa yang membenarkan penggunaan kalimah ini perlu mengucap dua kalimah syahadah semula.

Kemudian, berlaku juga pertembungan di antara Pas dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dan ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju. Oleh kerana rakyat Malaysia sendiri bertindak positif memberi tekanan kepada Pas, Pas akhirnya membuat satu keputusan hasil perbincangan ahli majlis syura.

Keputusan Majlis syura di dalam Pas adalah keputusan yang tertinggi. Maka apabila ahli majlis syura Pas telah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah secara jelas maka sewajarnya pandangan pemimpin-pemimpin Pas, pandangan peribadi dan individu perlu diketepikan demi meletakkan kepentingan dan keutamaan suara ahli majlis syura.

Namun apa  yang mengecewakan adalah apabila keputusan majlis syura yang merupakan keputusan yang tertinggi di dalam Pas diketepikan begitu sahaja oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Ini menunjukkan bahawasanya mereka tidak menghormati keputusan majlis syura. Saya kira pemimpin Pakatan Rakyat sudah semestinya mereka ada hubungan yang baik. Terbaru, dilihat TG Nik Abdul Aziz sendiri menghadiri majlis sambutan hari jadi Karpal Singh menunjukkan hubungan mereka sangat akrab. Jadi sewajarnya perlu ditimbangkan keputusan majlis syura yang merupakan keputusan yang tertinggi di dalam Pas.

Seperkara penting, Pakatan Rakyat membuat kabinet bayangan yang meletakkan Pas sebagai menteri agama. Jadi saya kira sebelum mendapat kuasa pun, pandangan ahli majlis syura yang berada di kedudukan tertinggi dalam Pas diketepikan begitu sahaja kerana kepentingan, apatah lagi sekiranya mereka memperoleh kuasa. Jadi Pas perlu bermuhasabah tentang kerjasama mereka dengan Pkr dan juga Dap.

Soalan: Adakah ustaz berkata tiada kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat? Komen Dato Seri Anwar lagi, dia mengatakan mengapa kita hanya hendak mengangkat satu isu iaitu kalimah Allah daripada majlis syura, banyak lagi isu-isu yang dibawa oleh majlis syura tetapi kita tidak mengambil kisah tentang isu tersebut.

Jawapan:

Ya, saya katakan tidak ada kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat. Kita perlu lihat pada isu yang berlaku. Hadis-hadis Nabi SAW pun meraikan isu-isu yang berlaku. Jika ada isu yang berlaku, kita perlu jelaskan. Disebutkan di dalam kaedah,

تَأْخِيْرُ الْبَيَانِ عَنْ وَقْتِ الْحَاجَةِ لاَ يَجُوْزُ

“Melewatkan penjelasan pada waktu ia diperlukan adalah tidak dibolehkan.”

Untuk isu sekarang ini adalah isu kalimah Allah, maka jangan mengalih isu yang sedang kita bahaskan. Sewajarnya adalah selesaikan isu ini terlebih dahulu. Selesaikan pertembungan antara Pakatan Rakyat, pertembungan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan ahli majlis syura. Ini yang perlu diselesaikan.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=zvWLSv65OX4
Kalimah Allah: Majlis syura Pas tiada nilai dalam Pakatan Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:05 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.