Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Syiah perlu disekat dari terus berkembang

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

say-no-to-syiah-300x132

Isu syiah adalah isu yang serius dan perlu diberi perhatian serius dan perlu disekat daripada terus berkembang melalui PAS.

Kita ada bukti banner-banner ucapan hari raya dan ucapan-ucapan tertentu sempena hari-hari kebesaran Islam yang ditaja ataupun yang menaikkan nama-nama pemimpin PAS kawasan tertentu yang membawa hadis-hadis yang bersumberkan kitab-kitab Syiah. Jadi kita minta supaya berhati-hati.

Bahkan dalam enakmen jenayah Syariah negeri Terengganu dalam isu liwat yang hangat dibangkitkan di Parlimen yang menyatakan bahawasanya liwat merupakan satu kesalahan yang dilakukan di antara lelaki dan wanita selain isteri.

Maknanya jika dilakukan dengan isteri tidak menjadi masalah, tidak dijatuhkan hukuman dan tidak dikategorikan sebagai satu kesalahan di bawah enakmen jenayah syariah negeri Terengganu. Pendapat yang membolehkan suami meliwat isteri cuma satu pendapat; iaitu mazhab Syiah.

Adapun mazhab ahli sunnah wal jamaah semua bersepakat menolak dan mengharamkan perbuatan suami meliwat isteri. Persoalan, adakah dalam enakmen itu sendiri wujud unsur-unsur dan elemen Syiah dalam penyusunan enakmen syariah negeri Terengganu? Ini bukan tuduhan tetapi satu persoalan.

Jadi perlu diberi penekanan yang serius dalam isu dan hal yang seperti ini. Ini bukan isu main-main, ini adalah isu akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang perlu kita pertahankan di dalam negara kita.

Wallahua’lam.

Teks dipetik dari rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=VY7imCa02ak
Syiah perlu disekat dari terus berkembang Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:07 AM Rating: 5

1 comment:

  1. syiah mengkafirkan sahabat utama Abubakar, Umar danOsman. implikasinya mereka menolah hadith2 dan quran yg didokumenkan melalui sahabat2 ini. gulungan ini jelas tergelincir dari sunnah

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.