Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

PAS, PKR, DAP bertembung sesama sendiri. Bagaimana hendak memerintah?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

dap pas pkr bertembungSoalan: Pimpinan Pakatan seperti Pas dan Pkr kelihatan membisu terhadap kenyataan Lim Guan Eng.

Jawapan:

Wallaahu A’lam mengapa mereka membisu. Mereka telah berpakat dalam satu pakatan (Pakatan Rakyat) di mana mereka membawa isu-isu bersama dalam manifesto mereka.

Adapun isu-isu objektif atau matlamat hadaf Pas ataupun Pkr yang berbeza, mereka membawanya secara bersendirian. Itu yang disebut oleh TG Haji Abdul Hadi Awang.

Walaubagaimana pun akan berlaku pertembungan dan percanggahan apabila mereka mendapat kuasa.

Dalam Pakatan Rakyat tidak ada agenda Islam. Yang ada hanyalah mempertahankan perlembagaan sedia ada di mana secara automatik termasuk di dalamnya Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Itu yang mereka sepakati.

Adapun agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun, serta negara Islam yang Pas laungkan puluhan tahun tidak ada. Tetapi dalam bab ini Pas menyebut bahawa negara berkebajikan yang disebut di dalam manifesto itulah negara Islam.

Kenyataan mereka itu jelas bercanggah dengan kenyataan DAP yang mengatakan bahawa negara berkebajikan yang disebut di dalam manifesto Pakatan Rakyat bukan negara Islam tetapi negara sekular. Ini yang disebut oleh pemimpin DAP.

Jadi jelas berlaku pertembungan dan percanggahan. Mana mungkin golongan yang di dalam manifesto mereka sendiri saling bercanggah dan bertembung antara satu sama lain diberikan kepercayaan untuk memerintah. Tiba-tiba kita berikan kuasa kepada mereka.

Sudah tentu apabila mendapat kuasa akan berlaku pertembungan dan percanggahan yang lebih besar. Jika Pas hendak membawa objektifnya, DAP akan membantah. Lim Guan Eng telah menyatakan secara jelas kepada PAS dan juga PKR bahawasanya pelaksanaan hudud sama sekali tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP.

Secara langsung ataupun tidak, seperti isu pluralisme atau isu kalimah Allah, DAP melampaui kuasa sultan dan Raja-raja. Mereka tidak berhak untuk mengatakan sesuatu itu mesti dengan izin dan persetujuan mereka kerana urusan agama berada di bawah kuasa Raja-raja. Di mana penghormatan mereka kepada Raja-raja Melayu?

Wallaahua’lam.

Petikan dari rakaman sidang akhbar, 26/12/2012
PAS, PKR, DAP bertembung sesama sendiri. Bagaimana hendak memerintah? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:06 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.