Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Amanat Haji Hadi: Perlembagaan Malaysia tidak Islamik?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

malaysia-imgOrang bertanya kepada saya tentang perlembagaan negara apabila timbul (disebut) di dalam satu amanat. Apabila timbul amanat yang mana isi kandungan serta intipati amanat tersebut jelas wujud di sana pengkafiran kepada sesiapa yang mengekalkan perlembagaan penjajah, orang bertanya kepada saya, adakah perlembagaan Malaysia ini perlembagaan penjajah? Adakah perlembagaan Malaysia ini perlembagaan kufur, tidak Islamik, salah? Di mana yang tidak Islamiknya?

Mungkin mereka tidak melihat sejarah perlembagaan itu sendiri. Mereka hanya melihat kepada pihak yang diamanahkan untuk menyusun perlembagaan. Lord Reid diamanahkan untuk menyusun perlembagaan, tetapi yang membuat perlembagaan, yang memberi idea untuk isi kandungan perlembagaan tidak ditanya siapa. Yang memberikan idea membuat perlembagaan ini adalah orang-orang Islam; seorang dari India, seorang dari Pakistan, salah seorang namanya Hamid seingat saya. Turut dibincangkan isi kandungan perlembagaan itu oleh Raja-raja melayu.

Sekiranya Lord Reid sahaja yang menyusun perlembagaan, tidak mungkin pada ketika itu dia akan meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Ini menunjukkan bahawasanya yang menyusun dan memberikan idea perlembagaan itu adalah orang Islam. Tetapi oleh kerana Lord Reid itu diamanahkan untuk menyusun dan menjadikan ia dalam bentuk perlembagaan, maka nama Lord Reid itu dikedepankan.

Bahkan pada hari ini, sebahagian daripada pimpinan PAS, antaranya Dr. Mujahid Rawa dalam penulisannya tentang negara Islam dan tentang perlembagaan, mengatakan bahawasanya perlembagaan kita pada hari ini adalah perlembagaan Islam yang sejajar dan sesuai dengan kehendak Islam. Itu kata beliau dan memang tidak dinafikan masih ada kelemahan dan masih ada kekurangan.

Mana mungkin sesuatu itu sempurna. Kita juga tidak mampu menghasilkan seorang pemimpin yang sempurna. Apabila tidak ada orang yang sempurna, sudah semestinya idea, pendapat dan pandangan yang disumbangkan juga tidak sempurna dan memiliki kekurangan. Tugas untuk menyempurnakan kekurangan dan perbetulkan kesilapan itu adalah tugas kaum muslimin. Perbetulkan, bukan menghancurkan atau memusnahkan. Tanpa mengkaji dan tanpa meneliti, amanat seperti ini dikeluarkan lebih 30 tahun lalu tanpa ada sebarang penarikan semula dan penjelasan yang didokumentasikan.

Ceramah dalam video yang menjelaskan amanat pun tidak ada. Di dalam internet, penjelasan terhadap amanat itu juga tidak ada. Yang diminta adalah 1jam di RTM ataupun di TV3. Saya katakan kalau benar-benar ingin memberi penjelasan, populariti golongan-golongan ini pun selama ini bukan di media arus perdana. Populariti mereka di akhbar-akhbar mereka, di media alternatif khususnya di internet, blog, Twitter, Facebook.

Tetapi dalam isu ini mereka tidak mahu pula memanfaatkan Facebook, tidak pula mereka memberikan ruangan 1jam memberikan penjelasan di Youtube. Apa yang saya tekankan adalah sikap kita apabila berhadapan dengan isu seperti ini.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=Zq4tamb-Ifc

 
Amanat Haji Hadi: Perlembagaan Malaysia tidak Islamik? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.