Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Qaradhawi menimbulkan provokasi & membangkitkan emosi rakyat menentang pemerintah

(sambungan)

Qaradhawi sering melakukan provokasi 

Jadi kalau dilihat apa yang dibangkitkan oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi sedang beliau berada di Qatar, orang di Mesir sedang berperang, bergaduh, bercakaran sesama sendiri, beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan provokasi sehingga berlaku pergaduhan dan perkara yang tidak diingini di Mesir.

Sikap Qaradhawi terhadap kerajaan Qatar

Adapun di Qatar, apa yang beliau lakukan di Qatar? Adakah beliau melakukan demonstrasi di Qatar selain daripada demonstrasi menentang Israel? Adakah beliau melakukan demonstrasi untuk menegur pemerintah di Qatar? Jadi ini persoalan-persoalan yang timbul kerana kenyataan beliau banyak membangkitkan emosi dan amarah rakyat kepada pemerintah dalam negara yang lain tetapi tidak terhadap penduduk Qatar kepada Raja Qatar. Saya tidak mengatakan bahawasanya beliau perlu melakukan sedemikian. Tetapi apabila beliau menyatakan perkataan seperti itu di luar sana, ia adalah satu soalan yang wajar diajukan kepada beliau.

Ini menunjukkan pada diri beliau ada ciri-ciri dan cara berfikir golongan-golongan yang dinamakan dalam sejarah sebagai khawarij. Kerana itu apabila ada tokoh ulama seperti Syaikh Rabee’ bin Haadi Al Madkhali dari Saudi dan juga yang agak tajam perkataannya Syaikh Muqbil Abdul Haadi Al Wadi’i daripada Yaman menulis tentang Dr Yusuf Al Qaradhawi, Dr Yusuf dilihat tidak dapat menerima kritikan-kritikan yang diberi oleh dua orang tokoh dalam ilmu hadis ini.

Pendokong Qaradhawi menggelar Syaikh Dr. Rabee bin Hadi al-Madkhali dan Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wad’ie sebagai pengibar bendera khawarij

Sebab itu juga pendokong kuat dan orang yang cenderung mengangkat Dr Yusuf Al Qaradhawi secara keterlaluan menggelarkan Syaikh Rabee’ bin Haadi Al Madkhali dan juga Syaikh Muqbil sebagai khawarij dan pernah juga mengatakan sebagai pengibar bendera khawarij di abad ini. Sedangkan Syaikh Rabee’ dan Syaikh Muqbil bukan pemberontak. Mereka menyeru manusia agar mentaati pemerintah muslim yang sah, sedangkan ciri-ciri asas khawarij adalah memberontak kepada pemerintah muslim yang sah. Itu bezanya.

Mana mungkin kita mengatakan Syaikh Rabee’ itu adalah khawarij. Adakah kerana beliau membid’ahkan ideologi dan pemikiran Dr Yusuf Al Qaradhawi? Membid’ahkan adalah sikap para ulama. Imam Ahmad telah membid’ahkan berapa ramai orang? Sikap Imam Abul Jauzaa sehingga beliau mengatakan, “Lebih baik aku berjiran dengan kera dan babi daripada aku berjiran dengan pengikut hawa nafsu dan juga ahli bid’ah.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=oZxiPRhPYRI&feature=relmfu
Qaradhawi menimbulkan provokasi & membangkitkan emosi rakyat menentang pemerintah Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 11:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Qqrqdhawi nak jual buku kasi laku maka dia create cerita sensasi...kasi laris bukunya....macam zamihan al ghari pun 2x5 jual buku punyer pasal habis nabi saw pun kene fitnah dengan mereka2 nih... mohon allah jauhkan aku dari tergolong dikalangan org yg sebegini....

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.