Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Benarkan UFB menuduh Dr. Qaradhawi sebagai khawarij?

Rentetan fitnah dan tuduhan dusta yang dilakukan oleh beberapa portal dan page pembangkang bahawa Ustaz Dr. Fathul Bari menuduh Syaikh Dr. Qaradhawi sebagai khawarij, maka kami tampilkan kenyataan penuh yang disalin dari video yang dimaksudkan.

Pihak admin memohon semua pihak berhenti memanjangkan tuduhan dusta ini. Dan menerapkan prinsip tabayyun dan tatsabbut terhadap setiap berita yang diterima.

Berikut kenyataan beliau:

Kritikan terhadap Dr Yusuf Al Qaradhawi

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya

Berkenaan dengan beberapa kenyataan saya di dalam video menyatakan bahawasanya pemikiran Dr Yusuf Al Qaradhawi ada unsur-unsur khawarij. Kalau dilihat dan dikaji apa yang dibawa oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi dari sudut isu-isu yang hangat diperkatakan seperti seruan kepada masyarakat Mesir agar berdemonstrasi di Medan Tahrir, kenyataan beliau yang menghalalkan darah Muammar Ghaddafi, kenyataan mati syahid bagi sesiapa yang mati di Medan Tahrir kerana demonstrasi dan hal-hal yang sebelumnya seperti kecenderungan beliau kepada gerakan Ikhwanul Muslimin, saya katakan wujud di sana ideologi-ideologi khawarij.

Siapakah Khawarij?

Apabila kita membahaskan apa itu khawarij, kita perlu faham bahawasanya khawarij itu ada dua kelompok yang asas. Dr Abdul Karim Nashir Al ‘Aql membahagikan khawarij kepada dua kelompok yang asas.

Khawarij suka membuat provokasi

Kelompok pertama adalah Khawarij Qa’idiyah. Qa’idiyah berasal daripada perkataan qa’ada (duduk). Duduk yang dimaksudkan adalah duduk yang menimbulkan provokasi sebagaimana munculnya ideologi ini pada zaman Nabi SAW. Pengasasnya adalah Dzulkhuwaisirah yang cuba membangkitkan kemarahan sahabat Nabi kepada Nabi ketika Nabi membahagikan harta rampasan perang kemudian beliau bangkit dan berkata “Berlaku adillah wahai Muhammad.” Kata Nabi SAW, “Kalau aku tidak adil siapakah lagi yang lebih adil daripadaku.” Sahabat Nabi bangkit menghunus pedang dan berkata, “Ya Rasulullah lepaskan aku, biar aku pancung kepalanya.” (Hadits Riwayat Bukhari VI/617, No. 3610, VIII/97, No. 4351, Muslim II/743-744 No. 1064, Ahmad III/4, 5, 33, 224).

Apa yang cuba dilakukan oleh Dzulkhuwaisirah di saat orang sedang keletihan, luka dan sakit selepas berperang adalah beliau cuba melakukan provokasi dan cuba membuat orang benci dan ragu-ragu kepada Nabi SAW. Sebab itu mereka digelar khawarij qa’idiyah kerana mereka hanya duduk tetapi melakukan provokasi.

Khawarij dan pemberontakan 

Khawarij kedua adalah khawarij yang melakukan pemberontakan dengan pedang dan senjata. Golongan ini muncul buat pertama kalinya pada zaman Utsman bin Affan sehingga terbunuhnya Utsman bin Affan.

Kedua-dua ini dalam satu perkataan “Khawarij” bermaksud kelompok yang memberontak kepada pemerintah Islam yang sah. Maksudnya di sini terdapat dua jenis pemberontakan; pemberontakan secara provokasi, dan pemberontakan secara rusuhan.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=oZxiPRhPYRI&feature=relmfu
Benarkan UFB menuduh Dr. Qaradhawi sebagai khawarij? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. hjh sadiah buang18 December, 2012

    Semuga Allah S.W.T. perliharakan hati- hati kita untuk tetap ikhlas berjuang menegakkan aqidah yang hak, demi dan untuk Allah Azza waJallah. Amin.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.