Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Ulama sertai Umno hanyut

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Ulama sertai Umno hanyut. Kenyataan yang dibuat ini saya kira terlalu umum dan ia memberi satu persepsi yang negatif. Sedangkan ini seolah-olah memberi hukuman kepada semua ilmuwan-ilmuwan agama yang berada di dalam Umno.

Ini perkataan yang sangat tidak adil. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)

Maka orang yang mengeluarkan kenyataan yang seperti ini sewajarnya lebih adil dalam menghukum. Sewajarnya dia spesifikkan dalam bab apa dan siapa yang terlibat walaupun tidak dinyatakan nama tetapi dinyatakan permasalahan dan konflik yang berlaku, kerana keadilan itu lebih dekat dengan takwa.

Jadi saya mohon kepada orang yang mengeluarkan kenyataan seperti ini agar bertakwa kepada Allah SWT agar lebih adil dalam berhukum yang akhirnya membawa kepada ketakwaan.

Kalau dia katakan ulama dalam Umno hanyut, adakah ulama dalam Pas tidak hanyut? Bagaimana di dalam Pkr?

Bagaimana dengan ulama yang tidak ada di dalam mana-mana parti tetapi apabila dia berada di atas pentas parti tersebut dia menyokong parti tersebut, tapi apabila dia berada di atas pentas parti yang lain dia bercakap menyokong parti tersebut pula. Ini lebih teruk dan lebih parah.

Sumber: Media Umno
Ulama sertai Umno hanyut Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 7:05 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Sejak akhir2 ini y agak hairan dengan Dr. Asri.. beliau melihat UMNO sepertimana PAS menilai UMNO - yakni bukan dengan Ilmu tetapi dgn nafsu dendam. Kadangkala sy terfikir.. mungkingkah unsur2 fanatik PAS sudah meresap ke dalam jiwa Dr.Asri??

    ReplyDelete
  2. usaini hj sulaiman07 November, 2012

    Telah lebih 2 tahun saya meninggalkan blog dr. asri kerana sikapnya kian hari kian meninggi diri. Artikel beliau di dalam akhbar utusan saya gunting setiap minggu, hampir menjadi sebuah buku, itu dulu... Bagaimanapun saya doakan agar dr, asri akan kembali seperti yg saya kenali dulu... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Maaf bro yg comment atas ni. Tuan dah tak suka dr asri sebab artikel ni atau apa? Lebih baik minta penjelasan ttg statement dibuat. Sebab tahu la kan paper hari ni..fitnah jd bahan utama...hati2

    ReplyDelete
  4. kan bagus kalau ulama semua bersatu..

    ReplyDelete
  5. kan baik kalau ulama umno ambil komen-komen seperti ini dengan dada yang lapang dan mula bertindak mengubah apa yang patut diubah kerana ahli dalam parti Islam di mana-mana negara seluruh dunia sekalipun tidak akan nampak cacat cela ulama dalam parti Islam mereka. kalau ulama umno tetap minta parti Islam berhenti beri komen sampai bila-bila pun mereka tidak akan berhenti. apa kata ulama umno yang sudah mendapat perhatian sekarang bermula dari sekarang cuba tonjolkan karisma ulama yang ada dan buat sesuatu supaya orang menilai kita bukan daripada lambang yang kita cipta tetapi rasa sedar yang lahir daripada diri mereka sendiri. cuba perhatikan ayat-ayat Al Quran yang banyak sekali Allah Taala tidak ciptakan paksaan untuk seseorang mendapat hidayah tetapi lahir daripada rasa sedar dari dalam diri sendiri seperti Surah Aii Imran ayat 142 dan At Taubah Ayat 16

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.