Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Komen dakwaan Nik Aziz - Umno murtad

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya

Soalan: Bagaimana komen ustaz tentang kenyataan Nik Aziz baru-baru ini bahawa Umno itu murtad?

Jawapan:

Bismillah,

Sebenarnya perlu diperbetulkan sedikit kenyataan tersebut. Saya melihat video kenyataan TG Nik Abdul Aziz beberapa kali dan saya tidak mendengar perkataan beliau menyatakan Umno itu murtad. Tetapi saya dapat pastikan bahawasanya cara beliau bercakap adalah dengan menggunakan kaedah mantiq – ilmu kalam.

Kaedah mantiq ini ada muqaddimah; muqaddimah 1, muqaddimah 2 dan natijah. Contoh;

Muqaddimah 1: Benda yang memabukkan adalah haram

Muqaddimah 2: Arak itu memabukkan

Natijah = Arak itu haram.

Begitu juga dalam isu ini, berulang kali saya dengar perkataan TG Nik Abdul Aziz meletakkan dua muqaddimah dan satu lagi muqaddimah ketiga sebagai sokongan, tetapi beliau tidak menyebutkan natijahnya.

Muqaddimah pertama beliau menyatakan: Memperlekeh Islam itu hukumnya murtad.

Muqaddimah kedua beliau menyatakan: Umno tolak Islam dan tolak Islam bererti memperlekeh Islam.

Tapi dia tidak menyebutkan natijahnya secara jelas. Sebenarnya natijah dari perkataan beliau itu sangat jelas. Beliau secara langsung atau tidak langsung telah menghukum Umno sebagai murtad. Ini adalah kaedah mantiq yang memang diguna pakai oleh golongan-golongan falsafah dan ahlul kalam.

Apabila saya melihat hal yang seperti ini berlaku, saya katakan ini satu hal yang serius.  Beliau memberikan keluasan untuk orang memahami perkataannya itu dengan apa jua cara; memperlekehkan Islam hukumnya murtad, Umno tolak Islam dan memperlekehkan Islam, natijah yang difahami adalah Umno murtad.

Ini perkataannya yang sangat jelas. Saya sebenarnya tidak mahu menghukum sedemikian rupa, tetapi saya minta secara terbuka beliau menarik semula kenyataan seperti ini kerana ia akan mendedahkan manusia kepada menghukum Umno sebagai parti murtad. Berikan penjelasan dan betulkan semula kenyataan. Kita tidak mahu peristiwa amanat Haji Hadi berulang.

Dulu pernah berlaku perceraian, tidak sah makan sembelihan orang Umno, haram shalat di belakang orang Umno, haram berkahwin dengan orang Umno, perkahwinan yang dinikahkan oleh orang Umno tidak sah, ini semua telah berlaku dalam sejarah. Jadi kita tidak mahu hal yang seperti ini berulang kembali. Saya kira kenyataan TG Nik Abdul Aziz dalam isu ini bercanggahan dan bersalahan dengan Islam.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=FrFxLm6xxmY&feature=plcp
Komen dakwaan Nik Aziz - Umno murtad Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 2:14 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Oleh Kerana fartwah Wali Terompah, orang UMNO murtad, berapa ribuan orang PAS yg berkahwin dgn orang2 UMNO, dah hidup suami isteri bertahun tahun, ada yg sampe bercucu cicit, Jadi apa pandangan ahlul2 PAS dan penyokong2 Fuckaton haramjadah dalam kesahihan perkahwinan yg begitu. Adakah hasil dari perkahwinan dgn orang murtad dan benih yg terjadi, sudah beratus ribuan, mungkin juga mencecah jutaan ramainya bilangan. Apakah kira perkahwinan tidak sah? dan hasil2 dari benih2 dari perkahwinan, anak2 dan cicit2 nya pun dikira anak luar nikah? Harap MurShit dol hampas kelapa, Wali Terompah (Gelaran yg Anwar sendiri tabalkan bukan UMNO) Nik Najis bole tampil dan beri penjelasan, kalau Wali Terompah tidak bacul sperti yg kita semua tahu. Harap ahlul2 bahalul dan penjilat2 Fuckaton haramjadah yg tidak bacul bole ajukan persoalan ini. Kesian ahlul2 PAS yg dalam situasi ni, berkahwin dgn orang UMNO dan hasil mendapat anak pinak dan cucu cicit, apakah situasi mereka sekarang setelah Fartwah Nik Najis, bahwa semua dalam UMNO adalah murtad, dan menggunakan doa Yahudi Zionist, menghancurkan dan KO BN dan UMNO. Harap tidak bacul ahlul2 dan penjilat2 Fuckaton haramjadah untuk mengusul kerumitan ahli2 PAS yg dalam situasi yg begitu.

    ReplyDelete
  2. alangkah indahnya Islam jika umatnya saling berbaik-baik ..

    ReplyDelete
  3. Khairul Anwar bin Mohd. Din24 November, 2012

    ya.. tak da UMNO.. tak da PAS.. yang ada cuma umat Islam dan yang bukan Islam.. ada pun UMNO, berbaik dengan PAS.. kalau ada pun PAS sangat baik pada UMNO.. ustaz-ustaz.. semua mengalahkan diri.. memperhambakan diri kerana Allah.. tak da tujuan lain.. kalau berdebat.. atau pun berbincang..satu-satu tujuan ialah untuk mencari jalan tengah. dan memohon kepada Allah semata-mata supaya Dia membantu usaha hambaNya..

    Tapi.. masing2 ada pilihan masing2.. memilih atas kepentingan diri sendiri.. bukan kerana Allah.. masing2 nak syok sendiri.. nak betul sendiri.. pentingkan diri sendiri.. termasuklah diri saya sendiri..
    hmm.. bukan senang nak jadi satu UMAT yang menjadi CONTOH..

    kuntum khairum ummatin..

    kamulah UMAT yang TERBAIK.... UMAT ISLAM..

    ternyata kita belum lagi jadi yang terbaik.. masih dalam proses..

    mudah2an Allah bantu kita semua.. bukan sahaja dia Malaysia ni.. tapi UMAT ISLAM SELURUH DUNIA..

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.