Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Jangan kaitkan dosa yang dilakukan dengan orang lain

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Apa komen ustaz tentang seorang bekas ahli politik yang mengaku merasuah pengundi untuk dia menang kerusi 1/3.

Jawapan:

Bismillah,

Pertama kali saya mendengar pengakuan yang seperti ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kebaikan ke atas beliau atas pengakuannya tersebut.

Komen saya yang pertama sekali, kita ucapkan tahniah kepadanya kerana mengaku kesilapan dan kesalahan. Kita berikan pujian, kita doakan kebaikan untuk mereka yang mengakui kesilapan dan kesalahan. Moga Allah SWT menerima taubat mereka.

Kedua, pada zaman Nabi, apabila ada pengakuan secara terbuka, contohnya sahabat Nabi datang kepada Nabi mengaku berzina, Nabi menyuruhnya pulang. Datang lagi sahabat tersebut kali kedua dan Nabi berpaling daripadanya, sampai kali ketiga Nabi memerintahkan agar dijatuhkan hukuman ke atasnya.

Jadi apabila ada orang yang mengaku, dia terdedah dengan hukuman. Saya kira pihak berkuasa boleh mengambil tindakan hasil daripada pengakuan tersebut. Terpulang kepada mana-mana pihak berkuasa kalau hendak memaafkan atau sebaliknya, kerana telah wujud pengakuan.

Kalau kita bertaubat sebenarnya memadai kita bertaubat kepada Allah SWT. Tetapi apabila dia mengaku di khalayak ramai, kita tidak mahu sikap seperti ini menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain. Jadi pihak berkuasa boleh untuk mengambil tindakan untuk memberi tunjuk ajar kepada orang lain.

Ketiga, apabila dia mengatakan dia memberi rasuah, adakah bererti dia hendak memaklumkan di sini bahawa semua orang lain juga beri rasuah? Itu satu persoalan yang perlu dirungkaikan. Kalau dia memaksudkan semua orang lain juga beri (rasuah) dia perlu datangkan bukti.

Jangan semata-mata kerana pada hari ini dia telah berpindah kepada parti yang lain, dia hendak memaklumkan bahawa dulu dia pernah melakukan hal yang demikian dan orang lain turut buat. Betul atau tidak wallaahua’lam. Jadi dia hendak memaklumkan dan sebarkan perkara seperti ini, sedangkan kita tidak tahu hujung pangkalnya. Dia mengaku bererti kesilapan dan kesalahan itu tanggungan dia.
أَلاَّ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى. وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Terjemahan: “Bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan seorang manusia tidak akan memperoleh selain apa yang diusahakannya.” (surah An-Najm: 38-39)

Saya minta juga kepada orang yang seperti ini, apabila dia bercakap di atas pentas bahawa dia sendiri yang beri rasuah, jangan kaitkannya dengan orang lain. Saya terfikir maknanya selama ini dia menang, mendapat kedudukan dan bertahan bermula dengan wang. Adakah dia maksudkan seperti itu, bahawa kejayaannya selama ini kerana rasuah?

Jadi saya minta dia dan semua pihak agar bermuhasabah dalam isu seperti ini dan jangan kaitkan orang lain dengan kesalahan dan kesilapan yang kita sendiri ciptakan dan mulakan. Kita bertaubat dan kembali kepada Allah, sampaikan nasihat kepada teman-teman dan saudara-saudara kita yang lain.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=YxuG9sHcPqw&feature=plcp
Jangan kaitkan dosa yang dilakukan dengan orang lain Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.