Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Penjelasan Umno tolak hudud

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: sesetengah pihak menekankan seolah-olah hukum Islam ini cuma hudud sahaja. Bolehkah ustaz huraikan sedikit?

Jawapan:

Bismillah,

Sebenarnya isu hudud ini adalah isu yang telah lama dibangkitkan oleh Pas. Ini usaha yang sangat baik yang perlu kita berikan pengiktirafan apabila ada di kalangan umat Islam berusaha untuk menjadikan hukum Islam itu tertegak di atas muka bumi.

Cuma kadangkala keterlampauan dan keterlanjuran yang berlaku apabila isu hudud ini dijadikan seolah-olah satu isu yang sangat-sangat diutamakan sehingga dijadikan satu syarat untuk menghukum seseorang itu mempraktikkan Islam ataupun tidak tanpa melihat Islam itu secara syumul.

Sahabat-sahabat dari kalangan Pas seringkali membaca firman-firman Allah SWT seperti,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara menyeluruh.” (Al-Baqarah, 2: 208)

Hudud adalah juzuk daripada Islam. Ya, saya setuju sesiapa yang menolak hudud dalam kenyataannya seperti “hudud tak boleh pakai”, “hudud undang-undang lekeh, tidak adil” ia boleh membawa kepada kekufuran atau kerosakan dan keruntuhan akidahnya.

Namun perlu dibezakan antara kelompok yang mengatakan “hudud tak boleh pakai” dengan hudud belum sesuai masanya untuk dilaksanakan pada hari ini kerana kita ada usaha-usaha lain yang sedang dilaksanakan.

Di samping kita berhadapan dengan keadaan dan realiti masyarakat yang majmu’, pelbagai latar belakangnya. Kefahaman masyarakat itu sendiri masih berada di tahap yang sangat-sangat lemah tentang hukum itu sendiri, maka kita terpaksa lewatkan sedikit.

Ini satu kenyataan yang berbeza dengan kenyataan menolak hudud. Jadi saya kira, kita perlu lebih adil dalam menghukum sesuai dengan firman Allah SWT,
وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)

Untuk menghukum teman-teman kita dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno contohnya, sumbangan mereka yang sangat besar dari sudut perbankan Islam, ekonomi Islam, sosial, pembangunan, teknologi, adalah perlu untuk kita berikan pengiktirafan. Ia juga adalah cabang daripada hukum-hukum Islam.

Ini adalah kerana Islam itu tertegak daripada tiga elemen yang utama; akidah, syariah, dan akhlak. Jadi usaha-usaha pemurnian akidah; di sana ada jabatan-jabatan agama Islam, ada JAKIM yang mengepalai jabatan agama Islam untuk isu-isu yang berkaitan dengan keagamaan.

Di sana juga ada isu ibadah dan syariah yang luas merangkumi shalat, pembinaan masjid, mengadakan program-program pengajaran dan pendidikan tentang shalat, zakat, baitulmal, isu haji dan sebagainya. Ini adalah hal-hal utama yang telah disampaikan dan perlu kita berikan pengiktirafan.

Namun tidak kita nafikan, di dalam syariah ada satu cabang iaitu berkenaan hukum hakam berkenaan jenayah Islam, di mana di bawahnya ada qisas, ta’zir, hudud, dan diyah. Hudud ini belum lagi dilaksanakan disebabkan beberapa faktor. Bukan bererti menolak tetapi menangguhkan pelaksanaannya dalam keadaan sekarang kerana faktor-faktor tertentu seperti memahamkan masyarakat Islam tentang hudud. Hudud digambarkan ganas, potong tangan, bunuh, sebat, tetapi masyarakat tidak melihat dari sudut hikmah pelaksanaannya.

Masyarakat non-muslim pada hari ini takut dengan hukum ini, mengapa kita tidak bangkit memberikan penjelasan kepada mereka terlebih dahulu. Sebab itu seingat saya dinukilkan oleh Imam Abdurrazzaq Ash-Shan’aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau,
لا حد إلا لمن علم

“Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya.”

Tetapi bukan bererti boleh menolaknya, kita perlu mendidik masyarakat. Apa usaha-usaha untuk memahamkan masyarakat Islam dan masyarakat non-Muslim tentang hudud.

Alhamdulillah kita telah bermula pada hari ini selangkah demi selangkah memberi penjelasan tentang hukum ini, dan saya hendak tekankan sekali lagi, hudud adalah satu cabang daripada hukum Islam, yang lainnya marilah kita sama-sama usaha sempurnakan kekurangan yang ada.

Berikanlah pengiktirafan kepada apa yang telah dilaksanakan. Jangan sesekali kita ajukan tuduhan tidak melaksanakan hukum Allah, seolah-olah kerajaan tidak pernah melakukan hal-hal yang sesuai dengan kehendak agama.

Ekonomi Islam, perbankan Islam, pembinaan masjid, kempen penganjuran shalat, haji, zakat dan baitulmal semua itu adalah adalah kehendak agama. Di mana pengiktirafan kita terhadap kehendak-kehendak agama yang telah dilaksanakan dengan baiknya oleh pemerintah kita.

Wallahua’lam.

http://www.youtube.com/watch?v=xMb0gT8UaTQ&feature=player_embedded
Penjelasan Umno tolak hudud Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:49 PM Rating: 5

14 comments:

  1. Alhamdullilah. Jawapan ringkas yag saya kira agak lengkap mengenai persoalan Hudud di Malaysia. Walaubagaimana pun bagi pihak-pihak yang taksub dengan hukum Hudud ini bagi mereka Islam adalah Hudud, Hudud adalah Islam tanpa mengambil kira aspek lain dalam agama Islam itu sediri. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Puasa, sembahyang tak perlu tunggu faham baru nak dilaksanakan. Undang2 sivil sedia ada pun berapa kerat masyarakat MAJMUK kita yg faham? Ini bukan masalah politik, ini masalah hukum. Ramai org Islam yg FAHAM, berjudi itu HARAM, tapi tiap2 minggu depa tikam nombor juga. Tak kisah bab siapa nak jadi hero hudud, parti apa pun, sebagai muslim, kesatuan akidah itu jalan kita. Hukum ini sangat2 jelas, WAJIB. Dok nak goreng lagu mana lagi?

    ReplyDelete
  3. Setakat ini belum ada siapa yg berani jawab kenapa Hudud masih tidak dilaksanakan di Kelantan. Penyamun pantai timur punya la bersepah dekat taman aku ni.

    ReplyDelete
  4. Wan Mohd Aidil Mukhtar01 October, 2012

    1) Benar, x perlu fhm br boleh solat n puasa. Tp, jgn lupa, kerana x faham hakikat puasa & solat la, masyarakat islam masih lemah, berpecah dan melawan perintah tuhan. Soal wajib dibuat, telah dituruti, namun hakikat perlaksanaannya, sudah tentu blum mncapai mtlamat sebenar pensyariatan solat n puasa itu. 2) Yg dimaksudkan faham itu, bukan faham pd prosedur syariah / undang2, tetapi, ia bermaksud faham pengajaran agama ini. Jgn buat2 x faham kat situ! Nik Aziz jg pernah timbulkan 1 persoalan bodoh, kalau demokrasi & komunis boleh wat undang2, knp Islam tidak? Soalan sy, Agama Islam itu itu setaraf dgn ideologi komunis @ demokrasi ker (undang2 ciptaan manusia?)? TGNA secara x langsung telah merendah2kan martabat agama itu sendiri. 3) Bezakan FAHAM & TAHU. Sy percaya, semua muslim tahu, Islam melarang judi, tetapi, adakah ia faham hakikat pengharaman itu? Jd, sebenarnya, mereka cuma tahu, tp belum faham lg.

    ReplyDelete
  5. Bercakap tentang penyamun saya teringat dialog dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk arahan Tan Sri P Ramlee
    “Kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.”
    Kita ubah sikit dialog begini:
    “Kalau awak berani laksana hukum hudud, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan undang-undang.”
    Mungkin itu sebab mereka ni takut nak laksana hudud agaknya.

    ReplyDelete
  6. http://www.youtube.com/watch?v=8PioJJFMOvg&feature=share

    Apa komen ustaz?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ustaz,

    Adakah undang-undang Islam (Ta'zir) di Malaysia terbukti menyelesaikan masalah jenayah di Malaysia?

    Pada pendapat saya ustaz,
    Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Mengetahui yang mana yang terbaik untuk hambaNya maka sebab itu Allah S.W.T. telah menyarankan perlaksanaan hukum hudud sebagai undang-undang Jenayah Islam yang utama untuk kes-kes jenayah yang telah ditetapkan dan diikuti dengan Ta'zir iaitu yang ditetapkan oleh pemerintah untuk kes-kes jenayah yang lain. Segala hukum-hukum di dalam Al-Quran bukanlah untuk bahan bacaan semata-mata tetapi merupakan seruan daripada Illahi yang wajib kita patuhi sebagai hambaNya yang taat. Ketaatan itu diukur bukan dengan hanya mengambil sebahagian seruan Allah dalam Al-Quran tetapi keseluruhannya. Definisi TAAT itu sendiri dari sudut syarak, mematuhi SEGALA perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan SEGALA laranganNya.

    Saya agak kecewa apabila ustaz menyatakan antara alasan hukuman hudud belum dilaksanakan kerana ramai masyarakat Islam dan bukan Islam belum faham tentang hukum Hudud. Apa yang memelikkan saya mengapa masyarakat bukan Islam sangat takut dengan hudud ini sedangkan mereka mungkin tidak tahu atau tidak faham tentang hukum tersebut? Bagi saya, rasa takut kepada hukuman itu sudah cukup untuk menunjukkan mereka sebenarnya faham. Sememangnya tujuan atau objektif hukuman diwujudkan bagi setiap kesalahan dalam mana-mana undang-undang di dunia ini mahupun hukuman di akhirat kelak adalah sama iaitu untuk menakutkan bakal-bakal pelaku daripada melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri, Allah S.W.T. sering memberi amaran kepada umat manusia tentang kedasyatan hukuman yang akan dikenakan di akhirat kelak kepada golongan-golongan yang melakukan kemungkaran di muka bumi Allah ini sehinggakan diceritakan di dalam Al-Quran bagaimana dasyatnya neraka yang Allah S.W.T. sediakan untuk golongan-golongan tertentu yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu. Ini juga bertujuan untuk melahirkan rasa takut dalam diri manusia dan mengingatkan manusia betapa tingginya kuasa Allah S.W.T. keatas mahklukNya. Rasa takut kepada Allah S.W.T. dan hukumanNya itulah yang akan mendorong manusia supaya tidak melakukan apa yang dilarang OlehNya.

    Pada pendapat saya, tidak salah bagi saya sebagai rakyat mengingatkan kepada pemerintah tentang perlunya Hukum Allah S.W.T. ini khususnya Hudud dilaksanakan dengan segera kerana undang-undang Ta'zir yang dilaksanakan selama lebih 50 tahun oleh pemerintah tidak menunjukkan jalan penyelesaian yang positif kepada kegiatan jenayah yang berlaku sepanjang tempoh tersebut antaranya mungkin disebabkan hukuman penjara dan denda tidak begitu menakutkan pesalah sepertimana hukuman yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. dalam Hudud yang hanya mendengar namanya saja sudah cukup menggerunkan ramai pihak apatah lagi sudah dilaksanakan kelak. Walaubagaimanapun, saya menghormati pendapat ustaz mengenai perkara ini yang pada saya jika dibandingkan ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan ustaz bagaikan langit dan bumi. Tetapi dengan perkongsian inilah yang akan mematangkan diri saya dan menjadikan saya sebagai seorang insan muslim yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. Bercakap tentang penyamun saya teringat dialog dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk arahan Tan Sri P Ramlee
    “Kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.”
    Kita ubah sikit dialog begini:
    “Kalau awak berani laksana hukum hudud, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan undang-undang.”
    Mungkin itu sebab mereka ni takut nak laksana hudud agaknya

    ReplyDelete
  9. saudara mat nor,kjaan klantan pnah mminta dluluskn usul utk djalankan hudud d klantan ,tp tidak pernah dlayan dan dtolak mentah2.bkenaan masa plaksanaan,sy stuju skiranya tunu masa yg ssuai,tetapi kjaan skrg tiada usaha langsung untuk memberi kefahaman dan penjelasan tentang hudud kepada rakyat,tidak kira muslim atau x.

    ReplyDelete
  10. orang macam hasnul ni la yang menyebabkan hukum hudud ni sukar nak dilaksanakan.. tidak faham dan enggan belajar untuk faham..

    ReplyDelete
  11. betul...... ape nak tunggu.....laksanakan jer hudud.... kite bukan penjenayah nak takut hudud.... lahir dalam islam...dah besar panjang pun masih xfaham hudud... alasan mcm2..

    ReplyDelete
  12. kepala hotak hg la fathul bari, aku tak nampak pon usaha be End nak terangkan pasal hudud ni..yang dok nampaak sanggup melaboq berjuta2 utk GST..untuk Hudud zero, xdak sebarang usaha, jadi p bagitau bos hg kalu xmau bt hudud ngaku ja, jgn ddok byk brdalih sgt..syg sgt hampa ngan undang2 penjajah tu

    ReplyDelete
  13. mohd shafiq bin mohd kamal04 May, 2014

    An-Nisā':61 - Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

    Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

    Bila kita umat islam bersatu, tidak kira parti apa pun anda, kita sokong hudud. Jadi ahli2 politik yg cuba nk tolak hudud secara senyap atau terang2 maka mereka akn fikir 2x nk tarik pengundi islam mesti sokong hudud. Fight for Allah's Right! Not human right.

    ReplyDelete
  14. Karl Azme E07 May, 2014

    Tun Mahathir telah menyuarakan kebimbangannya apabila melihat sendiri kajiannya bahawa semakin ramai pemimpin UMNO dan sebahagian besar ahli UMNO, termasuk lebih separuh rakyat Malaysia yang beragama Islam mula menerima Hudud dan mahu hukum ini ditegakkan.

    Beliau mula membuat retorik membidas pihak yang mahu melaksanakan hukum Islam ini sebagai menggunakan agama untuk meraih keuntungan politik.

    Hakikatnya jelas, Tun Mahathirlah yang selalu menggunakan, bukan sahaja agama, bahkan juga perkauman untuk keuntungan politik.

    Islam itu adalah kebenaran yang nyata. Islam bukan medan politik seperti parti-parti politik sekularisma untuk membuat pelbagai muslihat supaya meraih kepentingan, keuntungan dan kuasa.

    Tetapi oleh kerana di Malaysia, parti-parti sekularisma yang menerajui kerajaan menggunakan platform politik untuk menolak hukum hakam Allah SWT yang utama, maka para pencinta Islam terpaksa turut menggunakan platform politik untuk menegakkan Islam sepenuhnya. Harapan yang syumul adalah untuk membersihkan sekularisma daripada minda, budaya dan kehidupan seluruh muslimin.

    Allah SWT telah menurunkan Al Quran sebagai panduan hidup yang Maha lengkap untuk seluruh muslimin. Maka adalah wajib kita patuh hanya menggunakannya dan tidak perlu terikut-ikut, atau mengikut telunjuk pihak-pihak Al Kafirun, Al Fasikun dan Al Munafikun untuk menggunakan panduan lain.

    La illaha illa ha anta subhanaka inni kuntum minazzalimin.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.