Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Nabi berkata Islam akan bangkit di tangan Anwar Ibrahim?

Soalan: Saya ingin bertanya, sekarang kecoh video khatib berkhutbah menceritakan Mursyidul Am Ikhwan bermimpi bertemu dengan Nabi SAW dan Nabi mengatakan Islam itu akan bangkit di Asia. Apabila ditanya Asia itu di mana, beliau berkata di Malaysia. Kemudian ditanya ia akan bangkit di tangan siapa, beliau mengatakan di tangan Anwar Ibrahim. Lebih kurang begitulah ceritanya, minta ustaz ulas sedikit.

Jawapan:

Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, amma ba’d,

Saya mendengar sepintas lalu khutbah tersebut dan saya tidak pasti siapa yang berkhutbah, dan saya kira saya tidak perlu mengambil tahu tentang di mana dan siapa, cuma saya ingin komen tentang isi kandungan khutbah tersebut tanpa menyandarkan kepada mana-mana pihak.

Pertama sekali saya inginkan bukti bagi yang membaca dan mengeluarkan kenyataan seperti ini, bukti bahawasanya Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataan tersebut; daripada mana sumbernya, perkataannya, ada recording atau tidak, video atau ada di dalam akhbar, minta dibuktikan. Jangan ia bersifat dakwaan semata-mata.

Kedua, mimpi tidak boleh dijadikan dalil. Kalau sekiranya mimpi dijadikan dalil, nescaya akan berlaku kerosakan yang sangat besar. Masing-masing akan mula mendakwa dalam keadaan ramai di kalangan manusia pada hari ini tidak boleh dikategorikan sebagai saksi yang bersifat adil. Maksudnya, untuk kita mencari saksi yang adil itu susah. Jadi adakah boleh kita mempercayai bahawasanya mimpinya itu adalah mimpi yang benar?

Kalau ada orang bermimpi menunjukkan Dato Sri Najib kekal menjadi pemimpin negara, bertemu dengan Nabi SAW, adakah kita akan mengatakan bahawasanya mimpi tersebut adalah mimpi yang palsu? Ada pula orang bermimpi mengatakan bahawasanya TG Nik Abdul Aziz tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, tidak juga kita mengatakan bahawasanya ia adalah mimpi yang palsu.

Jadi sekiranya kita membuka ruang ini, ia akan memberi kesan dan impak kepada hal-hal yang lain. Atas sebab itu, asas kita jelas iaitu merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau sekiranya Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin itu memang benar mengatakan “wallahi, wabillahi, watallahi aku mimpi bertemu dengan Nabi SAW”, dan beliau menyatakan ciri-ciri Nabi SAW dan ciri-ciri tersebut sesuai dengan penceritaan hadis-hadis yang dibawa oleh Imam At-Tirmidzi dalam Syamail Muhammadiyah, maka kita lihat adakah orang yang dikatakan bakal membawa Islam itu sesuai atau tidak sikapnya, cirinya, dan akhlaknya dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Timbanglah ia dengan neraca tersebut.

Wallahua’lam.

http://www.youtube.com/watch?v=7tmzK1LQWuQ&feature=plcp
Nabi berkata Islam akan bangkit di tangan Anwar Ibrahim? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:37 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.