Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Dengar suara Allah: Jangan gunakan ALLAH untuk kepentingan politik

Soalan: Mula-mula mereka kata Nik Aziz macam Nabi. Kemudian mereka kata Allah membantu Anwar Ibrahim. Kemudian mereka kata dapat perintah dari Allah untuk mengambil Putrajaya. Sekarang pula ada seorang hamba Allah mengatakan bahawa dia mendengar suara Allah suruh dia masuk politik kembali. Cuba ustaz ulas sedikit.

Jawapan:

Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala aalihi wa shahbihi waman waalah, amma ba’d.

Satu hal yang amat menakjubkan apabila seorang hamba Allah ini yang saya kira sangat lama bersama-sama dengan perjuangan UMNO itu sendiri pada hari ini bangkit di atas pentas pakatan rakyat lalu bercakap dan menyatakan bahawasanya beliau mendengar suara Allah SWT menyatakan bahawa beliau perlu kembali semula berjuang dalam arena politik negara.

Saya sebenarnya kurang berminat untuk mengulas hal ini dalam bentuk ataupun bersifat prejudis kepartian. Saya ingin mengulas secara umum agar kita semua boleh mengambil manfaat dan mempraktikkan kaedah ini kepada sesiapa pun yang bercakap tanpa mengira Umno, Pas, Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Sesiapa sahaja pun yang bercakap seperti ini; Allah SWT bersuara kepadanya. Kalau kita lihat kepada sejarah Islam, dalam Al-Quran Allah menceritakan bagaimana Nabi Musa A.S.  berbicara dengan Allah,
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

“Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan kata-kata.” (surah An-Nisaa, 4 : 164)

Kata-kata yang bagaimana, wallaahua’lam. Yang bersuara atau tidak, dengar atau tidak, wallaahua’lam. Tetapi kita beriman bahawasanya Allah berkata-kata dengan Nabi Musa a.s. dan Allah SWT bersifat dengan sifat berkata-kata.

Nabi Musa a.s. yang mendengar kalamullah ‘Azza wa Jall menerima wahyu perintah dari Allah SWT untuk naik ke gunung ataupun Jabal Thur ataupun dipanggil sebagai Jabal Sinai di Mesir pada hari ini, di mana beliau berbicara dengan Allah SWT secara langsung. Itu pada zaman Nabi Musa.

Kemudian pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda hanya berbicara secara langsung dengan Allah SWT ketika baginda di Sidratul Muntaha.

Sekarang ini, datang seorang ahli politik mengatakan beliau mendengar suara Allah SWT. Jadi saya kira seolah-olah kedudukan ini, saya tidak mengatakan beliau menyamakan tetapi boleh difahami bahawasanya seolah-olah kedudukan ini dilihat sama seperti apa yang berlaku kepada Nabi Musa dan apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW.

Adakah ini Nabi baru? Itu satu persoalan. Dan saya yakin beliau bukan mengakui menjadi Nabi, tetapi apa yang berlaku secara realitinya, adalah pengakuan dan kata-kata seperti ini; sama ada Allah perintahkan kami ke Putrajaya, Allah SWT bersuara kepada saya untuk kembali kepada politik.

Sekarang ini zaman penyampaian wahyu sudah tamat. Dan Nabi Muhammad SAW adalah penutup bagi segala Nabi dan rasul. Tidak ada lagi wahyu. Maka saya katakan di sini, kalau sekiranya kita hendak berpolitik pun, turunlah berpolitik, tetapi tidak perlulah tarik Allah SWT sekali, gunakan nama Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan.

Tidak kiralah anda Umno, Pas, ataupun PKR. Jadi kita perlu berhati-hati dalam isu dan hal yang seperti ini. Saya harap orang-orang yang berkata seperti ini tidak kira siapa pun dia, bertaubat kepada Allah SWT dan beristighfar banyak-banyak.

Wallaahua’lam.

http://www.youtube.com/watch?v=lYTeimtugZ4&feature=plcp 
Dengar suara Allah: Jangan gunakan ALLAH untuk kepentingan politik Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:13 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Saifullizan Hashim24 September, 2012

    Assalamualaikum. Saya hendak bertanya satu soalan. Ada tak nas sama ada dari al-Quran atau hadith Nabi SAW yang melarang secara khusus kaum perempuan menjadi hakim atau qodhi? Terima kasih.

    ________________________________

    ReplyDelete
  2. Kadiaq tu telah kena penyakit senile

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.